26 April, 2014

03.Keluarga-8.4.03-hjRos

03.       Keluarga-8.4.03-Ros 

Anakanda Rohai dan Zak, Miza dan Raim teruskan, tambah, ubah dan teruskan. 

Berkepit sahaja, itulah tahunya. Ke mana sahaja pergi beliau tetap setia dengan buku pelajarannya. Lulus pangkat Dua dalam MCE 1966 merupakan kebanggaan seorang remaja bernama Ros Sururi. Hanya berbekalkan keazaman tanpa pengalaman, beliau memohon guru sementara di SJKT Ladang Sungai Buloh di Batu 1, 45700 Bukit Rotan dan terus diterima. Dalam keadaan terpana akhirnya beliau diterima ke sesi 1968 – 1969 di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
Bersemangat sekali memulai tahun 1970, bertugas di sekolah pertama di negeri Melaka. Saya tidak ingat nama sekolah. Penghujung tahun, motor Honda CB100 pendaftaran BAF9500 dibelinya bersama abang saudaranya Kasmn Mohd Basrah. Satu masa mereka balik kampong sering bersama sehinggalah di suatu masa BAF9500 mengalami masalah enjin motor. Mereka betul-betul berhenti di tepi jalan jirat cina. Meremang ada, lucu pun ada. 
Hei, lek mendeq kuvi ngarep neh sitik. Ojo nang kene. Teloq ka ea, clererap celerop. Bulan ngobori. Veroh rak?”. 
Bagai lipas kudong menolak dan di tarik motornya melimpasi (bahasa Sarawak) kawasan itu.
Penempatan kedua di SK Munshi Abdullah, Sabak Bernam. Bertemu guru sementara dan beralih kepada bakal Jururawat. Bertunang pada tahun 1979 dan April 1981 melangsungkan perkahwinannya di Sekinchan. Berpindah buat kali ketiga ke SK Ampang 2, Kuala Lumpur sebagai guru muzik beredar. Tinggal di rumah sewa, atas bukit di Sungai Buloh, Kepong. Selangor.

Pada tahun *1993 kali keempat, berpindah ke SK Seri Mawar, Parit Baru, Sabak Bernam sebagai Penolong Kanan Kurikulum. Sempat juga membeli kereta Proton Wira dengan pendaftaran Proton 15**. Di SK Dato’ Maharaja Lela, 45800 Jeram pada tahun 1999 sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum. Mula menduduki rumah yang dibeli Lot 128 Ijok, Bestari Jaya dengan Mem sebagai Ketua Jururawat di Poliklinik Ijok Simpang. Kemudian Jawatan tertinggi di SK Ijok dari tahun 2002 dengan kenangan manis yang ditinggalkan, iaitu Dataran Ilmu, menara Madinah, dan perancangan Dewan Serbaguna yang sedia ujud dewasa ini. 

2002 Umrah, 2004 Haji

Seterusnya bersara wajib pada tahun 2006. 

Mac 2009 masuk hospital Sungai Buloh.

Hj Ros, bleeding on his right ears – dibawa dengan ambulan Klinik Kesihatan Ijok ke hospital Sungai Buloh Kepong pada jam 7.10 malam Selasa 23 MAC, 2010. Sebulan di sana dan dibenarkan pulang ke rumah. Kumat lagi dan dihantar ke Hospital Daerah Tanjong Karang dan sihat sepenuhnya empat bulan selepas itu. Sepanjang rawatan beliau dijagai oleh isteri tersayang bercuti tanpa gaji. Thanks Allah.



Dari kiri: Rai, Hj Maf, Hjh Mut, Hj Suru,
Hj Ros dan Hjh Sar. (Gambar pada 02.02.2014).

Nama sebenar terpaksa ditiadakan untuk perlindungan data. Admin

No comments:

Post a Comment