05 July, 2021

TEKNOLOGI tidak mengenal usia.

. HenPon. 

Syukur Alhamdulillah ke hadrat ILLAHI, kita semua dianugerahi kesihatan dan umur anugerah daripada-Nya. 

Okey, saya akan bawa penceritaan ini ke tahun 2011 yang mana pada sebelum itu telefon genggam bersaiz gergasi dengan dua bateri. Satu diguna dan satu lagi dicas dengan adaptor berwayar. Seandainya dimasukan ke poket seluarnya ia akan membenjol keluar. Harganya RM1500 dengan bayaran ansuran bil bulanan tidak kurang RM180 dan ke atas. 

Selepas itu 2003 lahirlah nokia302 ke tah berapa, harga 320, ada yang 165 AP, harga mahal pada masa itu. Seterusnya banyaklah jenama-jenama yang dikeluarkan seperti motorola, sony, samsung, xperia dll dengan harga mampu milik. Ketika itu siapakah guru akan kita belajar teknologi baharu ini? Selain takutlah, mahallah, ada yang lain lagi pentinglah. 

Pernah saya belikan untuk bapa dengan harga 180 dengan satu pertanyaan. 

 Piyey arek nutol ki. Tulisan seng gedi orak eneng ke?...2006 GianT SA. 

Soalannya di sini. Siapa belajar dia akan dapat. Siapa tidak mahu dia akan tertinggal. Mungkin anda mengingati akan suatu peristiwa bagaimana mahu belajar menggunakan telefon genggam ini. Jom kita tersenyum sendiri dahulu akan peristiwa itu. Kadang geli hati juga, kan? Hik hik hik... 

Satu mesej dihantar dengan bayaran 20 sen. Gaya tulisan pun berbagai dan ada 16 gaya tulisan. Contohnya; 

1. Akum Sya nk pg k kdai mmbli gla n tpung. 

2. Nnt apbla sdh smpi kol sy ya Jgn lpa. 

3. Psnn rngks ni mlbtkn 100 aksara pertma Jka lbh msk bwh 200 dabel cas dkenakn Begitulh strsnya. 

4. SmjksymmblihpnihtikusgTrujaskali Mnxnyamelilaujemeikumnaip&mncriprkatAn.Sshsgekenkmenulisni.BgKtSyLhKnSngJer. <siapa yang boleh membaca ini, dia memang terer>. 

Peristiwa awal 2012 masih jelas diingatanku yang mana seorang lelaki baharu membeli *hp* pada hari semalamnya dan belum pernah menerima panggilan masuk. Maka, tekan, punya tekan, tenyeh dan tenyeh pun tidak dapat menjawab panggilan itu sehinggakan panggilan telefon itu mati sendiri. Jiwanya kosong dan hampa kerana tidak tahu mengendalikannya. 

Begitulah pada kali kedua panggilannya pun sia-sia, tiada akan jawabannya. Dari kejauhan datanglah akan seseorang, emak sidara kali, menunjuk ajar bagaimana untuk mengambil dan menjawab panggilan itu. 

"Bukan ditutol-tutol la cikgunya", ditekan dan diseret ke kanan. Letak di telinga, dengar dan mulakan perbualan. Bila sudah selesai, tekan yang merah ini pula, ya cikgu...

"O..oo..begitu ya". Baruku tahu itu, kan M.. M tu merah...berhenti. 

Pada masa itu henpon yang ber'areal' dan yang berkelip-kelip perbagai warna cahaya sudah tidak ada lagi. 

Berwasap. 

Eh... apa itu wasap? Berasap ke hapa (haper)?.. 

Semenjak tahun 2012 itu maka ramailah yang membeli hp pintar yang memungkinkan harga 800 sehingga 2000 yang boleh diguna pakai dengan 4, 8, 16, 32, dan yang 64 gig memang tercanggih pada masa itu. 

WhatsApplah yang paling popular pada masa itu. Timbullah kumpulan demi kumpulan wasap bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 

Kini sudah hampir 18 tahun kita semua mempelajari teknologi ini. Malah suda ada yang mahir mengendalikan perisiannya. 

Sekalung TAHNIAH buat diri kita walaupun usia kita dikala itu menghanpiri atau sudah berusia emas namun tahniah dan syabas kita telah berjaya melaluinya bersama. Teknologi ini, siapa lambat dia tingallah. Mungkin dialog ini anda semua masih ingat lagi. 

"E eh, mengapa kita ini tidak ikut bersalam". Jangan ketinggalan. 

"Datuk Mangkubumi, mari mari". (filem msg brjnggt). 


Toi-80407

5Jul2021 3.50 pm