07 December, 2013

ATURCARA - Perjumpaan Keluarga TOISU Ke-3 Dan Hari Raya AedulFitri


ATURCARA - Perjumpaan Keluarga TOISU Ke-3 Dan Sambutan Hari Raya AedulFitri - 
Ahad 11 Ogos 2013. Anjuran TOISU dan SRIMU.  Http//toisu.blogspot.com
.





 ATURCARA

10.00      - Kehadiran zuriat keturunan TOISU.
10.15      - Kehadiran para jemputan.
- Alu-aluan Juruacara majlis
- Lagu Negaraku
- Lagu rasmi TOISU
- Bacaan Doa.
- Bacaan Yassin
10.40      - Ucapan ketua rumah SRIMU
10.50      - Ucapan Perasmian Pengerusi TOISU
- Ucapan dari wakil keluarga
·         Pn Norhani Hj Sururi *Hj Kasmurin Hj Sururi
·         Pn Hjh Kiswanon Taimon
·         Tn Hj Sufian Taimon
·         Yang Bhg Datin Hjh Rostijah Taimon PJK; PPN;
·         Pn Hjh Rusmiah Taimon
·         Pn Hjh Rusikin Taimon PJK;
·         En Jais Mohamad
·         Pn Hjh Marsijah Mansor
·         Tn Hj Kasmudin Hj Basrah AMN; PJK;
·         Pn Sazanul Kesumawati Basrom
11.40      - Ramah mesra – bathan.
- Ucapan ketua keluarga
                (TOIJEM/TOIKEM ar) SEDANG DIJEJAKI,
Pn Rajmah Bt Suradi (TOINEM ar) Assam Jawa,
Tn Hj. MohamadHj Abdullah (TOINAH ar) Bukit Badong,
Tn Hj. Tukimin Bin Miskijan (TOIMAH ar) SgBesar,
Aminaton Hj Roslan(TOIJAH ar) SURABAYA,
TnHjSaimoTukiban (TOKIAHar) Assam Jawa,
Tn Hj Said b Reduan (TOIMIN ar) Bukit Badong,
Tn Hj Sufian Taimon (TOIMON ar) Taman Keramat,
Tn Hj Madrus b Hj Wahab (TOIMAN ar) Assam Jawa,
Tn Hj Mohd Shah Hj Sidek (TOILANar) Ampang Jaya.
- Ucapan wakil muda (cicit TOISU)
- Keluarga En Jais Mohamad
- Keluarga Pn Hjh Marsijah Mansor
- Keluarga Tn Hj Kasmudin Hj Basrah AMN; PJK;
- Pn Norhani Hj Sururi *En Saiful Ashik Hj Sururi
- Keluarga Pn Hjh Kiswanon Taimon
- Keluarga Tn Hj Sufian Taimon
- Keluarga ar En Basrom Taimon 
- Keluarga PnHjh Rostijah Taimon 
- Keluarga Pn Hjh Rusmiah Taimon
- Keluarga Pn Hjh Rusikin Taimon PJK;
12.30      - Jamuan tengahari.
- Selingan muzik / pertandingan karaoke.
*1.35      - Solat dzuhur.
2.00        - Majlis disambung semula
- Penyampaian cenderahati / sijil Kehadiran.
- Potong kek Hari lahir (hari, minggu atau bulan ini)
- Nombor bertuah.
- Sesi bergambar
- Bersurai.
Susunan aturcara mengikut keistimewaan.
Lagu Raya danmuzik / karaoke / pertandingan akan berselang-seli.

Seni kata lagu      : BerayanSegemal Seri (TOISU)
Kunci suara           : F Major  Durasi : 120
Lagu ciptaan         : Hj Fadlilah Osman
Seni kata               : Hj Fadlilah Osman, Pn Hjh Rushikin @ Rusmiah Taimon
  Dan Tn Hj Sufian Taimon.
Susunan muzik iringan : Hj Fadlilah Osman &Hj Isnu Hj Sururi

In san is ti me waToi mon Ser ta is tri nya Su pi ah
Ke luar ga nya ai de al Hi dup a man ba ha gia
Toi su ge la ran kluar ga Ka mi i ni wa ri sa an nya
Sen ti a sa ber us ha De ngan rah mat yg a da

c/o          Bera yan Se ge mal Se ri I tu lah co gan ka ta ka mi
Ber sa tu ki ta te guh Ber de rai ki ta roboh
Ber syu kur ke pa da Al lah Ki ta se mu a ber ja ya
Hi dup ka mi sen to sa Men ca pai ci ta ci ta..

..muzik..ulang.c/o.dan.sambung..
Hi dup ka mi sen to sa Men ca pai ci ta ci ta..


Skor lagu 



Kod_08.04.07

Rombongan Ke Panggol, Indonesia pada 24 Jun – 02 Julai 2008

Rombongan Ke Panggol, Indonesia pada 24 Jun 2008 – 02 Julai 2008.


Tarikh: Rombongan Ke Panggol 24 Jun hingga 02 Julai 2008.

1.         24 Jun 2008 - Ahli rombongan berkumpul di LCCT Kuala Lumpur jam
2.00 pm dan terbang ke Solo jam 4.25 pm. Perjalanan ke LCCT adalah persendirian. Penerbangan ke Solo tiba jam 6.55 pm. Tidur di Solo.
2.         25 Jun 2008 - Pagi sarapan jam 8.00 am. Bersiar-siar di Solo ke pasar Kelewer dan kawasan-kawasan di tepi sungai Solo. Tengahari bertolak ke Jogjakarta. Melawat beberapa kawasan di Jogjakarta dan bermalam di Jogjakarta.
3.         26 Jun 2008 - Bersiar-siar di Jogjakarta. Tidur di Jogjakarta.
4.         Pagi jam 8.00 am bertolak ke Panggol. Singgah dibeberapa tempat termasuk Gua Gong. Sampai di Panggol petang.. Tidur di Panggol atau Tenggelek.
5.         28 Jun 2008 – Di Panggol, menghadiri khenduri dan melawat ke rumah
saudara-saudara. Tidur di Panggol atau Telungagung.
6.         29 Jun 2008 – Pagi bertolak dari Telungagung ke Malang dan tidur di Malang.
7.         30 2008 – Pagi bertolak dari Malang ke Bali. Tidur di Bali.
8.         1 Julai 2008 – Bersiar-siar di Bali.
9.         2 Julai 2008 – Pagi bersiar-siar hingga makan tengahari. Jam 12.00 tgh hari berkumpul di Lapangan Terbang Denpasar, Bali. Jam 2.25 pm, bertolak balik ke Kuala Lumpur dan sampai jam 5.30 pm. Balik persendirian ke rumah masing-masing.

Jangan lupa bawa pasport, kad pengenalan, wang saku lebih kurang 1 juta Rupiah dan pakaian yang secukupnya.

Semua masalah adalah tanggungan bersama dan bersabar dalam setiap perjalanan. Semoga selamat dan berjaya.

Yang benar,


……………………….......................…
(HJ KASMUDIN HJ BASRAH AMN; PJK;)


Barang-barang yang perlu dibawa semasa rombonganbagi setiap orang.

1                    Pakaian selama 8 hari.
2                    Satu sut pakaian yg sesuai untuk menghadiri kenduri iaitu baju batik bagi lelaki   dan baju kurung / kebaya bagi perempuam.
3                    Telekung.
4                    Sejadah.
5                    Kasut / selipar.
6                    Kasut lembut yang sesuai untuk berjalan.
7                    Ubat-ubatan.
8                    Satu beg besar untuk pakaian.
9                    Satu beg kecil untuk dibawa ke kapal terbang.
10               Berus, ubat gigi serta sabun mandi.
11               Songkok atau kopiah.
12               Cukur janggut / misai dan pemotong kuku.
13               Jangan lupa bawa paspot dan kad pengenalan.
14               Bawa juga baju-baju lama yg boleh dihadiahkan kepada saudara mara di sana.
15               Bawa wang rupiah secukupnya untuk jajan.


Sejarah_Biodata_Embah_ToiSu

Sejarah_Biodata_Embah_ToiSu.. 


OH IBUKU SUPIAH, KUCERITAKAN

KELAHIRANMU.



(     AL-FATEHAH...........................AMIN    )


Assalamualaikum pembuka kata,
Waalaikum salam jawapannya nyata,
Takdir Tuhan yang Maha Esa,
Tersebut kisah suatu cerita.

................................. nama kampungnya,
Seorang gadis enam tahun umurnya,
Dengan seorang adik Ahmad namanya,
Ditinggal oleh kedua orang tuanya.

Gadis comel ini hidup menumpang,
Di rumah Kakek, hatinya walang,
Ayahnya Haji Noor bersikap lawang,
Bastiah ibunya yang tersayang.

Haji Noor dan isterinya telah datang merantau ke Tanah Melayu, menumpang di rumah kongsi (bangsal) sepertimana orang-orang Jawa datang ke Tanah Melayu. Akhirnya menempat di Kampung Baharu, Assam Jawa. Di sini Hj Noor menjalankan kerja-kerja bersama orang tempatan. Sepanjang mereka berada di Assam Jawa ini, Hj Noor dan isterinya Batsiah tiada dikurniakan oleh tuhan seorang anak pun. Ini menyebabkan Hj Noor banyak masa untuk berkebun..

            Pasangan ini menjalankan sara hidupnya sama seperti orang-orang lain, bersama ke hutan, menebang, menebas, memerun dan membakar. Menukarkan hutan belantara itu kepada ladang atau tanah lapang. Tidak kira siang atau pun malam, kalau siang bermandikan cahaya suria kalau malam bermandikan embun. Falsafah mereka senang sahaja. ”KALAU BERBUDI KEPADA TANAH, LAMBAT LAUN AKAN BERBALAS JUA”. Lebih-lebih lagi, mereka menggunakan sikap BERGOTONG-ROYONG.
                        
            Sikap bergotong-royong menjadi amalan mereka. Mereka tahu ”Pisang seikat gulai sebelanga, tanda muafakat makan bersama. Kalau yang berat itu sama dipikul kenapa yang ringan tidak sama dijinjing? Hj Noor dan Batsiah menumpahkan sepenuh tenaganya ke bumi di situ..

            Kehendak Allah tiada siapa yang tahu. Tiba-tiba Hj Noor pun jatuh sakit. Walaupun beberapa ikhtiar dilakukan, namun kehendak Allah-lah jua yang termakbul. Haji Noor kembali ke rahmahtullah. Tinggallah Batsiah dengan masghulnya setiap hari. Apa hendak dikata Tuhan lebih sayangkan umatnya dari kita sebagai manusia. Alhamdulillah dengan berkat iman yang tebal hasrat yang kuat dapatlah juga Batsiah menghilangkan sedikit demi sedikit perasaannya terhadap arwah suaminya.

Setelah beberapa ketika Batsiah menjanda, datanglah seorang jejaka teruna dari kampung yang sama, dari keluarga orang berada bernama Palil. Palil telah lama teringin janda tu, baharu sekarang dia mendapat. Setelah perundingan diadakan lalu Batsiah pun terus menerima Palil menjadi suaminya.

Sebelum ini anak Batsiah yang ditinggalkan di Tanah Jawa sana dan ditumpangkannya di rumah Kakeknya telah lama berada bersama Batsiah semasa Hj Noor masih ada. Kini apabila Batsiah bersuamikan Palil, maka kedua anaknya ini iaitu, Supiah yang berumur 10 tahun, adiknya bernama Ahmad berumur 8 tahun, turut tinggal bersamanya di rumah Palil.

 Masyarakat kampung ini terus berjalan seperti biasa. Mereka masing-masing dengan tugasnya masing-masing. Dalam keadaan begitu tersebutlah kisah seorang pemuda bernama Toimon, yang menjadi ketua peneroka tanah baru tinggal bersama-sama adik beradiknya serumah. Toimon sememangnya dikenali oleh para peneroka di situ, kerana ketokohannya memimpin serta ketegasannya bila membuat satu-satu keputusan. Namanya semakin dikenali oleh orang ramai kerana sikapnya seorang penyayang dan suka menolong.

Rumah di kampung biasanya mempunyai halaman yang luas untuk kanak-kanak bermain dengan jiran bersebelahan bila waktu petang. Sementara siibunya berbual-bual di tangga rumah. Supiah yang ketika itu berumur baru 10 tahun sama bermain di halaman rumah Palil.

Dalam keadaan begini seringlah Toimon melihat anak dara sunti Batsiah yang sudah mulai meningkat anak gadis. Sigadis ini sememangnya dapat menarik perhatian sipemandangnya kerana dari raut mukanya yang bulat, seolah-olah bulan penuh purnama. Hidungnya yang mancung, rambutnya yang lebat mengurai, sudah cukup menarik perhatian.

Bagi Toimon yang sudah berumur 30 tahun ini, mulai tertarik dengan anak gadis Batsiah yang bernama Supiah kini menjangkau 10 tahun. Apakala kata di hati telah bulat, rasa pun sudah setuju, Toimon pun menghantar pinangan ke rumah Palil dan Batsiah. Alhamdulillah gayung pun bersambut. Maka Toimon pun melangsungkan hari perkahwinannya dengan Supiah.

Setelah Supiah menjadi isteri kepada Toimon, lalu mereka pun berpindah ke rumah Toimon. Oleh sebab rumah itu begitu kecil, sedangkan penghuninya lebih dari 4 orang, lalu Toimon pun membina rumah sendiri. Di sinilah Toimon dan Supiah terus melipat gandakan usahanya berbudi pada tanah.


Toimon bekerja siang malam. Bila bulan terang, Toimon turun ke ladang mencangkul dan menajak. Supiah yang menjadi temannya hingga menjelang tangah malam. Di hati mereka tidak lain tidak bukan, mereka cuba mencari harta sebanyak mungkin bagi keperluan anak-anaknya di suatu hari nanti. Bagitulah perjuangan Toimon dalam siri menghimpun harta bagi anak-anaknya.


TETAPI APAKAH PENGORBANAN ITU
PENILAIAN, DARI ANAK-
ANAKNYA?



Dihasilkan oleh;

Dato’ Dr Haji Yusoff bin Hassan.
Timb Pengerusi TOISU
Musim 1,2, dan 3.


Diterbitkan pada 22 Disember, 2007 di Dewan Orang Ramai, Kampung Assam Jawa, 45700 Bukit Rotan, Kuala Selangor jam 10.00 pagi dalam perhimpunan Keluarga TOISU Kali Pertama

Dicatat oleh Kod_08.04.07_Disember-2013