27 April, 2014

Mulalah TOISU 2014 Vol 01 BERAYAN SEGEMAL SERI

Mulalah TOISU 2014 Vol 01 - BERAYAN SEGEMAL SERI.



kosong




Jawatankuasa MUJALAH TOISU

kosong

26 April, 2014

12_08.04.12Saif







Telah siap dihantar kepada saya. Terima kasih.

11.Keluarga-8.4.11-Ely

11.       Keluarga 8.4.11

Anakanda Nurul creatkan cerita keluarga ini dalam 2 muka surat.


Gambar


Bersekolah di SK Ijok pada tahun 1981 - 1986, kemudian di SMK Raja Muda Musa Bestari Jaya 1986 - 1991. 

Gambar Hari Raya 2014 yamg lalu.


Nama anak-anak.
Bersekolah di 


Tahun *1984 – 1986 melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim, Perak. 


Bekerja di SK Kampung Kuantan, SK Sungai Terap sehinggalah kini.

10.Keluarga-8.4.10-Shah

10.       Keluarga 8.4.10 Shah


Ha yang ini Ayah dan Ibunya cretkan cerita keluarga ini, ada gambar keluarga dalam dua muka surat.



Tahun 1979 – 1984 bersekolah di SK Ijok, 

SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya 1977 - 1981. 

Disember tahun 1981 mula bekerja sebagai pengeluaran mesyen di Malaysian Sheets Glass Sdn Bhd Sungai Buloh dan Pasir Gudang (mulai raya cina 2003), Johor DT sehinggalah kini.  

Anak-anak

Persekolahan anak-anak. 

Kisahkan Ct pula. Dia anak keberapa dalam adik beradiknya. 

09.Keluarga-8.4.09-Sham

9.         Keluarga 8.4.09 Sham

Anakanda Faez, Erin dan Farriq; buatkan cerita mengenai keluarga ini dalam dua muka surat berserta gambar keluarga. Ibu bapa sebagai monitor. 


CADANGAN 

Bersekolah di SK Ijok BBA3011, SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya 1975 -1979. Bekerja di Malaysia Explosive Batu Arang sehinggalah kini.


Biodata keluarga antara Sham dengan Kam, 

ahli keluarga, 

pekerjaan anak-anak, no hp, alamat 


GAMBAR keluarga

Latar belakang diri keluarga, anak-anak, anak menantu, cucu. 
Anak kedua telaah melangsungkan perkahwinannya pada ..... dengan pasangangannya dari Bestari Jaya. Manakala anak yang sulung pula masih dialam pertunangannya dengan Nama dari Nama Bandar. 


Dan apa-apa yang perlu dan patut dituliskan sebagai Cerita Keluarga ini dalam dua muka surat termasuk gambar.

08.Keluarga-8.4.08-Juan

8.         Keluarga 8.4.08 JUAN



Anakanda Mumtaz dan Faroq; creat kan cerita keluarga ini. Tambah, buang, edit semula dalam dua muka surat.



GAMBAR RAYA 2014
Gambar keluarga pada Hari Raya Eidul Fitri 1434h yang lalu.

Bersekolah di SK Ijok BBA3011, DMK 1973 - 1975 dan SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya 1976 - 1977. Bekerja di Toyota Motors Shah Alam sehinggalah diterima melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur tahun 1981 - 1984 dengan penempatan pertama di SK Dato Maharaja Lela, 45800 Jeram Selangor.

Mendirikan rumah tangga dengan isterinya sekarang pada tahun 1988. Menyewa di rumah sewa Abdul Rahim di batu 23 Jalan Klang Kuala Selangor sebelum berpindah ke kuaters SK Dato Maharaja Lela, Jeram pada tahun **1995**. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang masih menuntut di Universiti dengan nama MA dan FI yang masih bersekolah menengah lagi.

Kemudian pada tahun 1995 melanjutkan pelajaran Diploma Khas selama satu tahun dalam bidang Pendidikan Muzik di maktab yang sama. 

Ditahun berikutnya berselang enam bulan, permohonan diterima dan memulakan pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak pada tahun 1996 – 1997 dengan separuh gaji. Penempatan seterusnya di SMK Rantau Panjang, Bestari Jaya sehingga kini.

Data bertarikh 5 Mei 2014

07-Isn

07. Mon

His son K Aji and Halfyn

Work experience:



Picture of the year * Sept 1970 darjah 6 SK Ijok
Eleven of the left.


Posing on 1974 's visual style.


0-1977 until 1979 kept with the song I am unemployed.

1-Packer 1979 to 30 June 1981 in Malaysia Explosive, Batu Arang. Increase promotion to Mesyen Production.

2-External Assistant FELCRA Bukit Jerantut Pahang Blessings, from July 1981 until 15 June 1982.



3-trainee teachers Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Eusop Jalan Tenteram Kuala Lumpur.

4-the first Settlement SRK Tanjung Bundung Meradong District AS687, 95000 Bintangor, Sarawak State. Marriage on 21 July 1986.
Kids

5-SK Jeram Batu 20 from 1 January 1989 to 30 November 1994.

6-SK Parit Mahang from 1 December 1994 to 15 January 2000.

7-attend National principalship studies khohort 2 from 16 February until 16 January 2001.

8-working at SK Jeram Batu 20 with effect from December 2001 until 31 January 2006.

9-from 1 February 2006 to 31 December 2010 at the District Education Office Kua; a

Selangor – Assistant Supervisor of Data and ICT.





http://www.youtube.com/watch?v=ZEmCJk0rEmk
Acceptance depends on the hp/pc.

10-Senior Assistant Teacher Ko at SK Puncak Alam 3 up to now.


A small re-union http://www.youtube.com/watch?v=BSo05_BnWqM
Acceptance depends on the hp/pc.


11-was the Hon. Secretary TOISU since 2010 replaces the older brother Hj Kasdin M Basra until now.





@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



07. Isn

Anakanda K Aji dan Halfyn

Pengalaman kerja:



Gambar tahun *Sept 1970 darjag 6 SK Ijok
Sebelas dari kiri.


Posing on 1974 tampak bergaya.


0- Tahun 1977 sehinggalah 1979 asyik dengan lagu Akulah penganggur.

1- Packer – 1979 sehingga 30 Jun 1981 di Syarikat Malaysia Explosive, Batu Arang. Dinaikan pangkat ke Pengeluaran Mesyen.

2- Pembantu Luar FELCRA Bukit Nikmat, Jerantut Pahang dari Julai 1981 sehingga 15 Jun 1982.




3- Guru pelatih Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Eusop / Jalan Tenteram, Kuala Lumpur.

4- Penempatan pertama SRK Tanjung Bundong AS687 Daerah Meradong, 95000 Bintangor Sarawak. Perkahwinan pada 21 Julai 1986.
Anak-anak 

5- SK Jeram Batu 20 dari 1 Januari 1989 sehingga 30 November 1994.

6- SK Parit Mahang dari 1 Disember 1994 sehingga 15 Januari 2000.

7- Menghadiri kursus Kepengetuaan Kebangsaan khohort 2 dari 16 Februari sehingga 16 Januari 2001.

8- Bertugas di SK Jeram Batu 20 mulai 17 Januari 2001 sehingga 31 Januari 2006.

9- Dari 1 Februari 2006 sehingga 31 Disember 2010 di Pejabat Pendidikan Daerah Kua;a 
Selangor – Penolong Penyelia Data dan ICT.



http://www.youtube.com/watch?v=ZEmCJk0rEmk
Penerimaan bergantung kepada hp/pc anda. 

10- Guru Penolong Kanan Ko di SK Puncak Alam 3 sehingga sekarang.

A small re-union http://www.youtube.com/watch?v=BSo05_BnWqM
Penerimaan bergantung kepada hp/pc anda. 


11- Menjawat jawatan Setiausaha kehormat TOISU semenjak 2010 menggantikan abang saudara Hj Kasdin M Basrah sehingga sekarang.  

06.Keluarga-8.4.06-Norh

6.         Keluarga 8.4.06 Norh

Anakandanya 'creat' kan cerita keluarga ini bersama gambar dalam dua muka surat


Lahir pada  November 1956

Persekolahan SK Ijok pada tahun 1963 sehingga tahun 1968. 

Alam pekerjaan. Mula bekerja sebagai kerani biasa di Pejabar Daerah Klang dari tahun ....  sehingga tgahun ..... Berpindah ke Pejabat Daerah Kuala Selangor sebagai Kerani Harta Pesaka Kecil 

Alam perkahwinan pada November 1981. 

Nama anak-anak.

Yang telah bekerja.

Yang telah berkeluarga. Ceritakan. 

Ayah pula. Anak yang keberapa. 

Kelulusan. 

Pekerjaan di SMK Dato Harun 45500 Tahjong Karang. Berpindah kerja di SMK Sultan Sulaiman Shah pada .... Part time. 

Bersara. 

05.Keluarga-8.4.05-Madz

5.         Keluarga 8.4.05


Anakanda Norai, M Ridu, Noras dan M Far ; siapkan. Tambah yang perlu. Ayah dan ibu sebagai monitornya dalam dua muka surat.

Detik November 1983 telah menyatukan antara dua hati keluarga ini dengan restu kedua-dua keluarga. Sepanjang melayari bahtera perkahwinan telah dikurniakan empat orang anak, dua perempuan dan dua lelaki.

Disember tahun 1984 Ayahanda Ab J menolong membena rumah dapur sebelah bawah. 

Nama anak-anak.

Pekerjaan. 

Tempat tinggal sekarang.

Berbekalkan semangat dan kekuatan jati diri, pasangan ini telah menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun *2012 yang lalu. 


GAMBAR
Mohd Far, Noras, Norai, M Ridu,
Hj A Lilaj dan Hjh Madzl.



GAMBAR
Hari persandingan M Rid  dan

Siti Shahar pada 26 Jan 2014.

04.Keluarga-8.4.04HjhSu

4.         Keluarga 8.4.04

Anakanda Yati dan Mohamad serta Yusai dan Suhan : Sila tambah, semak, betulkan dan creatkan data keluarga ini<<<<<

Tahun peperiksaan MCE 1969. Tahun 1970 atas saranan kawan rapatnya, cuba melamar dan dapat bekerja sebagai guru sementara di LKTP Bukit Mendi, Mentakap, Triang Pahang. 

Menghadiri Kursus Dalam Cuti melayakan menjadi guru bertauliah.

Bertemu jodoh.

Detik November 1974 telah menyatukan antara dua hati keluarga ini dengan restu kedua-dua pihak keluarga. Sepanjang melayari bahtera perkahwinan telah dikurniakan tiga orang anak lelaki dan lima orang anak perempuan.
           
Tahun 1980 berpindah ke SK Batu Hampar, Bruas Perak sehinggalah bersara wajib pada tahun 2007.

Berbekalkan semangat dan kekuatan jati diri, pasangan ini telah menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun 2013 yang lalu. 


GAMBAR di Ban 2 1/2
Bersama anak dan anak menantu pertama pada 26 Jan 2014.

Diiringi oleh Ayahanda dan Bonda 

Nama sebenar terpaksa diTIADAKAN demi keselamatan data.

03.Keluarga-8.4.03-hjRos

03.       Keluarga-8.4.03-Ros 

Anakanda Rohai dan Zak, Miza dan Raim teruskan, tambah, ubah dan teruskan. 

Berkepit sahaja, itulah tahunya. Ke mana sahaja pergi beliau tetap setia dengan buku pelajarannya. Lulus pangkat Dua dalam MCE 1966 merupakan kebanggaan seorang remaja bernama Ros Sururi. Hanya berbekalkan keazaman tanpa pengalaman, beliau memohon guru sementara di SJKT Ladang Sungai Buloh di Batu 1, 45700 Bukit Rotan dan terus diterima. Dalam keadaan terpana akhirnya beliau diterima ke sesi 1968 – 1969 di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
Bersemangat sekali memulai tahun 1970, bertugas di sekolah pertama di negeri Melaka. Saya tidak ingat nama sekolah. Penghujung tahun, motor Honda CB100 pendaftaran BAF9500 dibelinya bersama abang saudaranya Kasmn Mohd Basrah. Satu masa mereka balik kampong sering bersama sehinggalah di suatu masa BAF9500 mengalami masalah enjin motor. Mereka betul-betul berhenti di tepi jalan jirat cina. Meremang ada, lucu pun ada. 
Hei, lek mendeq kuvi ngarep neh sitik. Ojo nang kene. Teloq ka ea, clererap celerop. Bulan ngobori. Veroh rak?”. 
Bagai lipas kudong menolak dan di tarik motornya melimpasi (bahasa Sarawak) kawasan itu.
Penempatan kedua di SK Munshi Abdullah, Sabak Bernam. Bertemu guru sementara dan beralih kepada bakal Jururawat. Bertunang pada tahun 1979 dan April 1981 melangsungkan perkahwinannya di Sekinchan. Berpindah buat kali ketiga ke SK Ampang 2, Kuala Lumpur sebagai guru muzik beredar. Tinggal di rumah sewa, atas bukit di Sungai Buloh, Kepong. Selangor.

Pada tahun *1993 kali keempat, berpindah ke SK Seri Mawar, Parit Baru, Sabak Bernam sebagai Penolong Kanan Kurikulum. Sempat juga membeli kereta Proton Wira dengan pendaftaran Proton 15**. Di SK Dato’ Maharaja Lela, 45800 Jeram pada tahun 1999 sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum. Mula menduduki rumah yang dibeli Lot 128 Ijok, Bestari Jaya dengan Mem sebagai Ketua Jururawat di Poliklinik Ijok Simpang. Kemudian Jawatan tertinggi di SK Ijok dari tahun 2002 dengan kenangan manis yang ditinggalkan, iaitu Dataran Ilmu, menara Madinah, dan perancangan Dewan Serbaguna yang sedia ujud dewasa ini. 

2002 Umrah, 2004 Haji

Seterusnya bersara wajib pada tahun 2006. 

Mac 2009 masuk hospital Sungai Buloh.

Hj Ros, bleeding on his right ears – dibawa dengan ambulan Klinik Kesihatan Ijok ke hospital Sungai Buloh Kepong pada jam 7.10 malam Selasa 23 MAC, 2010. Sebulan di sana dan dibenarkan pulang ke rumah. Kumat lagi dan dihantar ke Hospital Daerah Tanjong Karang dan sihat sepenuhnya empat bulan selepas itu. Sepanjang rawatan beliau dijagai oleh isteri tersayang bercuti tanpa gaji. Thanks Allah.



Dari kiri: Rai, Hj Maf, Hjh Mut, Hj Suru,
Hj Ros dan Hjh Sar. (Gambar pada 02.02.2014).

Nama sebenar terpaksa ditiadakan untuk perlindungan data. Admin

02_Keluarga_8.4.2_hjMaf

2.         Keluarga 8.4.2 Maf

Anakanda Ainul, Azmi: Tolong buat penambahan dan semakan semula. 

GAMBAR

Dilahirkan di kampong Ijok batu 7 pada 20 Mac, 1948 merupakan anak kedua dari pasangan ini. Sangat aktif dan pintar dalam selok belok pertukangan dan kerja kayu. Pernah diceritakan semasa beliau bermain bersama Kas abangnya dan Ros adiknya, bagai Mc Giver diciptakan tali henjutan buaian ke bawah di tempat permainannya di bawah rumah. Madz dan Nor adalah adik kesayangan yang dibuai henjut itu. Menamatkan persekolahan hanya darjah 5 bagi memberi laluan kepada adik-adiknya yang lain. Seterusnya semasa beliau berumur 12 tahun, tinggal bersama datuknya Taimon_bin_Rono_Sengojo di Assam Jawa sehingga membolehkan beliau mengenali lebih rapat lagi akan kedua orang pakcik dan makcik-makciknya yang lain sebelah ibu. 

Dalam masa 10 tahun itu antara lain beliau pernah menjadi kuli menebang pokok balak di Sekinchan di mana hutan tebal jelas di hadapan pemandangan matanya. Sehinggakan bossnya begitu tertarik dengan kerenah akal kepandaiannya membawa kayu log keluar untuk dibawa ke kilang kayu. Kaedah yang digunakan hanyalah idea seorang remaja yang cukup ringkas iaitu dengan menggelongsorkan kayu di atas landasan menuju stesyen pemunggahan ke lori.

Di waktu malam beliau rajin menemani datuk kesayangannya bercerita malah ke kebun pun ada. Pesanan percakapan nendanya masih jelas kedengaran. Katanya 

Cu, lek ngawe omah ko neng kene lho, apik, yo adem”. 

Tepat dugaan itu. Tempat tinggal beliau kini mula dibina pada tahun 1974 adalah antara kebun yang sering dikunjunginya dimasa dahulu.

Kepuasan beliau bukan setakat itu sahaja. Beliau mula belajar memandu ketika umur di bawah umur pemanduan sah. Apa tidaknya setiap hari melihat pakcik-pakciknya memandu kereta, tersentuh juga hatinya. Beliau cukup rapat dengan pakcik Basrom dan pakcik Sufi an. Dari situlah minat memandu beliau timbul. Waw! Pernah ditunjukan kepada adik-adiknya sehelai kertas berwarna merah kekuningan lesen pemanduan sah kelas B2 dan E. Kaedah tampal dan lipat dengan yuran $10.00 setahun.

Awal tahun 1969 melalui ikatan perkahwinan di Assam Jawa, Kuala Selangor, antara beliau dengan Ainoun bt Salleh telah dilangsungkan dalam keadaan sederhana meriah. Terima kasih kepada pakcik Sufian Taimon kerana jasanya dapatlah beliau mendirikan rumah tangga dan mempunyai pekerjaan tetap walaupun bergaji $45.00 dikala itu. Masih jelas terbayang Vespa putih dengan pendaftaran BW 668 hanya dua tiga bulan bekerja. Dikurniakan anak pertama seorang anak lelaki pada Januari 1971 hanya seminggu Khairil Zaman telah dijemput oleh penciptanya kembali kepada-Nya. 

Hari berganti hari. Bulan saling silih berganti. Begitu juga tahun pun cemburu. Beliau sangat bahagia dengan penghidupannya kini.



Gambar keluarga, Disember 2006 persandingan anakanda ketiga. 

01-Hj-KAS-Basic

1.         Keluarga 8.4.1 K dalam kenanganKu Al-Fatihah. 

Kpd: Irna Yanti Nazmi dan Emilia 

1-         Cik mohon semak dan perbetulkan data cerita Keluarga ar Hj Kas dan Hjh Siti, bonda anakanda tercinta. Tambah mana-mana bahagian yang perlu.

2-         Setelah siap sentkan kepada cik melalui visnu.sururi@gmail.com

ARAHAN: Tiada panduan khusus bagi membina cerita keluarga ini. Apa yang difikirkan sesuai dalam dua muka surat sahaja.

Mula mengenali beliau secara jarak jauh dalam tahun 1967 bila mana memulakan tugas sebagai guru biasa di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Trengganu setelah menamatkan pengajian Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur. Membeli kereta Mini Cooper BV 5773 dengan harga $2,800.00 sahaja. Balik kampung Ijok selepas tengah malam. Idea yang cukup jahat. Menduga bapanya di malam hari. Dengan memakai cermin mata hitam pada waktu malam menjadikan bapa ketakutan dan kehairanan. Hai, malam-malam sebegini ada orang mencarinya. Apakah ungkapan di hati ayahanda diketika itu?. ~!@#$%^&*()_+. Itulah ungkapan beliau.


Maktab Perguruan Bahasa 1965-1966

Mulai tahun 1971 bertugas di Darjah Menengah Kebangsaan Batang Berjuntai (menumpang di SMK Sultan Sulaiman Shah). Persamaan nama dengan sekolah pertama – sehingga tahun 1975. Penulis sangat beruntung menumpang percuma kereta beliau, selama tiga tahun semenjak dari 1971 sehingga 1973 pergi dan balik ke sekolah. Tersebut kisah guru yang paling disukai,  mengajar Seni Lukis ialah Cik Siti. Dan seorang lagi cik Jamaliah binti **, berasal dari kampung yang sama Bukit Badong, menjadi persaingannya. Tahun 1972 penulis mengikut beliau membaharui cukai jalan di Kuala Lumpur. Masa balik ke rumah, kereta hampir masuk lubang. Ojo ngomong karo sopo-sopo lho. Itulah pesannya.

Tibalah giliran ayahanda pula masuk meminang walaupun dua orang kakaknya masih solo. Melalui buah fikiran pakcik Mohd Basrah, pinangan diterima yang akhirnya memberi ruang dan peluang kepada dua orang kakaknya pula.
Hantaran belanja 1974. 

Majlis perkahwinan dan persandingan berlangsung dipenghujung tahun 1975. Dengan murah rezeki apabila telah berkeluarga. Kekanda Kas belajar sepenuh masa pada 1976 di University Malaya di Petaling Jaya. Motor Honda CB100 BAF9500 dipakai juga. Satu pengorbanan adinda Ros menjelma. Berrambut “raggy” gayanya.

Tahun 1978 bertugas disebuah kolej di Klang. Tinggal menyewa rumah di Taman Goodwood, Jalan Banting. Beli kereta baru BAV 7421, Toyota Corolla. Membeli rumah di nombor 28 Shah Alam, Selangor. Mula menduduki pada tahun 1981. Dengan tugasnya sebagai Pensyarah Psikologi di Maktab Perguruan Raja Melewar, Paroi, Ampangan, Negeri Sembilan. Pada tahun 1982 berpindah rumah secara total ke Taman Paroi Jaya. Berakhirlah tempoh mengulang yang agak lama.

Tahun 1982 membeli kereta Volvo. Tahun 1986 membeli kereta Honda Accord 1.8 cc dengan adiknya Rosmin tolong belikan sebelum balik belajar di Amerika Syarikat selama tiga tahun. Pada tahun 1988 demi memenuhi kepuasan telah membeli kereta Mercedes Benz berwarna biru. Di penghujung tahun membawa ayahanda dan bonda melawat adindanya di Bintangor sambil menunjukajar orang tuanya menaiki belon bagi persediaan ke tanah suci kelak. Di samping anakandanya berusia 12, 10. 8 dan 3 tahun.

Tahun 1990 bertugas di Maktab Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah. Tahun 1996 ketika berumur 50 tahun, memilih bersara pilihan. Dua tahun di KISAS Shah Alam yang sedia menunggu. Lambaian Ka’abah sentiasa meruntun di jiwa dan sekali lagi menunaikan Umrah pada tahun 1997. Penerima anugerah PPT; Kemudian tiga tahun bertugas di INPENS, salah sebuah anak syarikat Perbadanan Negeri Selangor. Seterusnya kekanda berdua menunaikan ibadah haji pada tahun 1999 bersama isteri tercinta.

Demi kelangsungan usia, pada tahun 2005 tibalah giliran anakanda Irna berumah tangga. Tahun 2008 pula Yanti dan seterusnya giliran Emilia pada tahun 2012. Banyak masa dihabiskan melawat negeri dan negara yang disenangi olehnya. Sabah, Sarawak, England dan lainnya.


Lot 378, Ijok batu 7, Hari raya Edul Fitri 1997.

Hj Kas pembedahan usus pada 5 Januari 2011 di SMC Shah Alam dan telah sihat sepenuhnya. Kimoterapy lagi pada 13 MEI 2011, Thanks Allah MAC 2011.


GAMBAR
Wajah-wajah ceria. Semua sudah berpunya, satu yang belum.

SUMBANGAN.
Ketua keluarga SRIMU mulai 1996.
AJK TOISU    selaku  Penolong Setiausaha musim Pertama 2007 -2010.
AJK Bahagian Hiasan dan Penyediaan Tempat, dalam majlis perjumpaan zuriat keturunan TOISU pada 22 Disember 2007 di Dewan Orang Ramai Assam Jawa 45700 Bukit Rotan.

Mesyuarat ’post-mortem’ perjumpaan TOISU di rumahnya pada 16 Feb 2008. 

Sebenarnya hati ini merinduimu wahai K abang longku. Kumasih tidak mempercayai walaupun sebenarnya telah berlaku kini. Terima kasih di atas jasamu yang menjadikanku seorang guru biasa penyambung warisanmu.