24 April, 2024

Siapa yang Dato’.

 2.0 TEMA : 2.1 – 2.5

3.1.3 BIDANG / SYARAT : Certot / Anekdot.

TAJUK : Siapa yang Dato’. 


Dalam perkenalan itu mereka bertemulah disebuah gerai minum di bawah pokok berhampiran pejabat TNB Kuala Selangor. PERBUALAN antara Isma Han dengan Ato Halap untuk lebih akrab lagi. Hampir tujuh puluh kali sambutan hari lahir mereka. 


Isma Han : Apa khabarmu Dee. 

(Dengan ingat tak ingat terpacullah, sambil tangan di hulur). 

Ato Halap : Waras. Eh eh.. Kok Dee. Siapa yang kau maksudkan Han. Dee itu 

siapa? Apa kena-mengena dengan aku?

Isma Han : Ada. Awaklah siapa lagi. Bukan ada orang lain lagi. Boleh saya 

panggil Dato’. 

(Cucunya telah menyediakan tapi rupanya Isma Han terlupa makan ubat dua sudu plastik besar minyak zaiton ori di pagi itu).

Ato Halap : Boleh, panggillah apa sahaja, tiada salahnya. Dato’ pun dato’lah. 

Ehem, tapi bukan Dato’ yang bercucu, kan. 

(Mereka rancak bertemu akhirnya sampailah air minuman yang telah dipesan oleh mereka. Mereka minum dan makan buras @ burasak yang terhidang sambil meneruskan perbualan). 

Isma Han : Dato’ dato’. Lain maciam bunyi.

Dahulu kan, ramai orang menyeberang ulang alik dari seberang Tanjong Karang atau nama lainnya Pasir Penambang ke pekan Kuala Selangor ini. Dengan apa mereka menyeberang?

Orang dahulu kata senang menyeberang sungai. Betulkah begitu?.

Ato Halap : Senang, kau ini orang mana? Duduk di mana sekarang? 

Tak payah guna alat, Datuk. Berenang sahaja, dua tiga minit sudah sampai. Kalau ada buaya lagi cepat sampainya. 

Isma Han : Kok ke situ pulaknya Dato’ ni. Dahulu datuk saya pernah bercerita 

ada orang menggunakan bot berenjin, menolak buaya darat sampai 

keseberang, sebelah sinilah tujunya. 

Oh, itu kerja hendak mencari nahas namanya. Kalau buaya laut lainlah. 

Ato Halap : O oo ooo itu. Berbentuk segi empatkah rupanya ia? Itu kota Ferri. 

Bila saya ingin menyeberang menggunakan feri, perkhidmatan itu sudah tiada. Ia telah ditamatkan.

Isma Han : Memanglah kalau Dato’ datang pada bulan April 1979 perkhidmatan 

itu sudah ditamatkan. Aduhai la omak den.

(Suasana seketika menjadi senyap, sunyi dan diam membisu. Angin sepoi-sepoi bahasa sekilas menerpa. Sayup, sayu dan sunyi. Entah apa yang melintas lalu, getusnya).

Ato Halap : Han, dahulu semasa banjir besar di negeri Darul Makmor dengar-dengar RM500K kau dermakan bagi meringankan beban mangsa. Benarkah begitu Datuk Han? Syabas dan tahniahlah kalau betul. Sekejap  lagi kau dapatlah Anugerah. Makmor hidup awak. 

Suara 1 : “Terima kasih Dato' Ferri Anugerah, semoga sihat, Makmor dan panjang umur”. kata pengawal Keselamatan yang bertugas di situ dengan pelat tetapi jelas didengari. 

Dengan tidak semena-mena, Dato’ datuk itu saling berpandangan sesama mereka, tercengang, terdiam, membisu seribu bahasa apabila terdengar Suara 1 itu, serentak dengan bunyi siren kereta api yang hendak berhenti di stesyen Kuala Selangor. Terbatuk-batuk apabila terhidu asap yang berkepul-kepul. Malah di sudut sebelah belakang yang mereka duduki, jelas kelihatan kelibat seekor harimau betina dengan dua ekor anak-anaknya berjalan lalu terjun ke dalam sungai kerana ketakutan bungi siren. 

Aku pon Dato Harimau juga, ia berkata dalam ngaumannya itu lalu pergi. 

Kejebur… dan hilang dari pandangan nyata. 

Mereka berdua pun … … … (hilang dari radar).


Nukilan: Nor Isna – Ijok, 16 Apr, 2024.


SOALAN.

1. Bolehkah anda huraikan ejaan bagi setiap perkataan gelaran Dato yang ada di Malaysia. 

2. Berhampiran TNB Kuala Selangor, di manakah letaknya lokasi asal Rumah Kerajaan ATAU rumah guru disuatu masa dahulu. 

3. Klasifikasikan ras / bangsa bagi kedua-dua watak di atas. 

4. Bagaimanakah perasaan anda ketika mrmbaca cerdot di atas..

5. Kalau anda ingin ke Klang menaiki kereta api wap, ditahun berapakah anda harus berada di situ..  

Pentingkah Peranan Alumni.

 Pentingkah Peranan Alumni. 


Untuk dikenali sebagai lepasan pelajar sesuatu sekolah yang boleh menjadi satu perspektif penyemaian identiti dan boleh dibanggakan oleh sekolah. Persatuan bekas pelajar yang aktif bukan sahaja akan memberi manfaat kepada sekolah, malah masyarakat setempat juga boleh menerima faedahnya. Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari bharian.com.my/2022/01, terdapat kira-kira 10,223 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. KPM menerima sebanyak RM52.6 billion atau sebanyak 16 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan yang dibentangkan. 

Jika setiap sekolah boleh mempunyai PIBG berdasarkan peruntukan Akta Pendidikan KPM 1996, bolehkah jika setiap sekolah juga turut disarankan untuk menubuhkan persatuan bekas pelajar atau Alumni? Kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam membantu KPM dan pihak sekolah menelusuri proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dan murid yang lebih efektif. Jika setiap ibu bapa menyumbang berupa yuran PIBG kerana mempunyai anak yang menjalani persekolahan di sekolah itu, bolehkah juga setiap bekas pelajar turut menyumbang dan ia bukan hanya dari segi wang ringgit. 


Melihat saranan-saranan di atas;-  

1. Pihak KPM boleh melihat kepada potensi untuk memberikan lebih kuasa autonomi kepada sekolah yang mempunyai persatuan bekas pelajar yang aktif dan berdaya maju malah berdaya saing. 

2.  Pelajar dan murid seramai 4,987,401 orang murid dan 416,743 guru di seluruh negara bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/01/909138/. 

3. Kebanyakan sekolah menengah atau 2,440 buah sekolah mempunyai persatuan bekas pelajarnya sama ada aktif atau tidak aktif. Cabarannya ialah menubuhkan alumni bagi sekolah rendah di seluruh negara. Andainya jika disasarkan sekurang-kurang 50 peratus daripada jumlah sekolah di Malaysia yang mempunyai alumni yang bergiat aktif, pastinya pelajar dan murid akan merasai nikmatnya. Ia membantu peruntukan tahunan KPM boleh menjadi lebih bersasar kepada perkara yang lebih berkeperluan terutamanya untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik akan berlaku. 

4. PIBG lebih kepada fokus sumbangan kewangan melalui yuran dan program kecemerlangan akademiknya. Alumni pula boleh mengambil tumpuan kepada perkara bersifat ko-kurikulum dan kemenjadian daripadanya. 


Kekuatan akan Peranan Alumni. 

1. Alumni adalah entiti kedua yang penting sebagai nadi sesebuah sekolah selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang sedia ada. 

2. Sesebuah persatuan bekas pelajar perlu berperanan aktif bagi dilihat menarik untuk disertai. Aktiviti penjanaan sumber kewangan tidak seharusnya hanya menumpukan kepada majlis makan malam tahunan, majlis perjumpaan semula dan yuran persatuan sahaja. Ia boleh dikembangkan kepada penjualan barangan persatuan, penganjuran liga alumni setempat serta sebarang bentuk perniagaan yang mampu dan mampan. 

3. Memberi peluang kepada bekas pelajar kembali berkhidmat kepada komuniti mereka. 

4. Menyumbang semula dalam program-program kecemerlangan pendidikan. 

5. Melalui program-program kecemerlangan pelajar malah kepada pembangunan infra dibekas sekolah. 

6. Bekas pelajar sesebuah sekolah berkenaan mempunyai kekuatan tersendiri untuk membantu dari segi sumbangan dalam menjayakan aktiviti dan pembangunan dalam kemenjadian sekolah. 

7. Bekerjasama dan menggunakan sumber kekuatan untuk membangunkan sekolah, bukan sahaja dari segi sumber kewangan tetapi cadangan serta idea-idea bernas daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang dengan kepakaran, pendidikan serta kemampuan tenaga malahan wang ringgit. 

8. Menggunakan sumber-sumber yang dibolehkan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah dan juga melihat dari segi aspek pembangunan infra. 

9. Menyumbang kembali kepakaran kepada murid dan pelajar di sekolah lama dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih efektif. 

10. Tidak hanya terhad kepada aspek kewangan semata-mata, malah boleh memberi sumbangan mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing. 

11. Semua pengalaman adalah penting untuk dimanfaatkan dalam membimbing pelajar dan murid di sekolah bagi menghadapi persaingan yang sangat mencabar. 

12. Sebagai penaja bilik khas atau sudut tertentu mengikut bidang masing-masing yang bersesuaian dengan aktiviti semasa, di sekolah. 

13. Kerjasama erat dengan pihak sekolah dan Pengetua Guru Besar untuk berkongsi ilmu serta maklumat tentang kerjaya mereka agar memberi pelajar impak yang positif. 

14. Peranan aktif yang dimainkan akan mempunyai pengaruh yang besar terhadap kecemerlangan pendidikan kerana ia berkait rapat dengan sokongan emosi dan fizikal secara terus dengan pelajar-pelajar, para ibu bapa dan guru-guru, prasarana serta kualiti kemudahan terbaik. 


Saranan.

1. Mencontohi sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) di Negara Findland dan Jepun khasnya yang menitik-beratkan akan dasar asas pembelajaran dan pengajaran awal kanak-kanak (5 - 9 tahun, membina asas kekuatan), dengan adab dan sopan santun, pengukuhan dan kekuatan mengikut landasan ajaran Islam. Umur 10 tahun darjah 4 baharulah dimulakan dengan pengajaran PDP dan seterusnya. 

2. Menyusun, menghalusi akan keberkesanan dan melaksanakan Akta sekiranya belum terlaksana, dan penubuhan Alumni di semua peringkat Instirusi dan sekolah. Di semua Universiti pengajian tinggi termasuk swasta, semua sekolah menengah kebangsaan, semua sekolah rendah dan semua sekolah kebangsaan, semua SJK Tamil dan semua SJK China, termasuk sekolah persendirian mandatori tanpa berkecuali. 

3. Menggariskan aktiviti-aktiviti yang wajib ditubuhkan dan aktiviti-aktiviti pilihan dalam sesebuah Alumni disemua Institusi pendidikan tinggi, menengah, Kolej, sekolah dan yang sekelas dengannya. 

4. Memulakan dasar aktiviti dengan kos tagihan yang rendah sebagai asas kukuh ke arah pelebaran aktiviti dengan bantuan peruntukan KPM menerusi kebenaran khas yang diluluskan. 

5. Pengajian tinggi dan menengah atas harus mendahului penubuhannya sebagai penanda aras sebelum meneruskan ke peringkat sekolah rendah pula. 

6. Keanggotaan ahli. Bagi ibu bapa bekas pelajar dan ibu bapa pelajar @ murid dengan pecahan iaitu bapa menganggotai Alumni di peringkat sekolah tinggi termasuk Universiti, Kolej, Maktab dan yang setaraf dengannya, dan di sekolah menengah rendah. Manakala ibu @ isteri-isteri pula menganggotai Alumni di sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6. Yakni dalam PIBG dan juga Alumninya juga (mungkin ini sukar). Begitu juga kesesuaian pendapatan keluarga dan kewangan harus diambil kira. ATAU yang difikirkan layak dan bersesuaian. 


Yang harus difikirkan. 

1. Kertas kerja jitu yang lengkap dan mampan untuk menubuhkan Alumni disesebuah sekolah / Institusi / Kolej. 

2. Penglibatan amat diperlukan dari pihak-pihak lain dalam memperkasakan Alumni yang bakal ditubuhkan dan menjalankan aktiviti yang dibenarkan dengan mengambil kira kerjasama dan kesinambungannya. DBP dan ayah angkat contohnya. 

3. Agihan beban tugas guru dan pegawai dilantik atau terlantik termasuk elaun sekiranya ada, agihan kerja, peruntukan sumber kewangan yang diperolehi, masa dan waktu perlaksanaan dan lain-lain berkaitan dalam organisasi Alumni sekiranya perlu dan lain-lain yang amat mendesak. 

4. Huraian dan masalah pelaksanaan Alumni yang bersekali dengan perkhidmatan dan peranan kedai buku di sekolah rendah. 

5. Sekolah menumpang dan Sekolah Kurang Murid (SKM) dan bagaimana pula sekolah-sekolah yang tidak didaftarkan termasuk sekolah Agama Islam, yang sudah pastinya satu keluarga akan menganggotai lebih daripada satu Alumni. 

7. Yang belum difikirkan akan kesesuaiannya demi kebaikan dan cabaran Alumni. 

Rujukan. 

https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/01/909138/alumni-sekolah-mampu-bantu-pendidikan-negara-masyarakat - Dilayari pada 19 Apr 2014. 

https://www.scribd.com/doc/58356160/Kertas-Cadangan-Penubuhan-Alumni - Contoh penubuhan. 

https://www.utusanborneo.com.my/2018/07/13/alumni-punya-peranan-penting - Dilayari pada 17 Apr 2014. 

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/alumni-sekolah-perlu-berperanan-bantu-sumbang-kepakaran/ - Dilayari pada 18 Apr 2014. 

Nukilan: Nor Isna. 22 Apr 2024 / 13 Sya 1445H.

Ke sekolah kuberbasikal.

 Bidang 2 - Puisi moden; Sajak.

Tajuk: Ke sekolah berbasikal.


1974 April, adalah sejarah piluku

Tatkala melalui hari-hari biasa

Bas sekolah tepat waktu akan berlalu

Cikgu Ngadinah Sukim, tinggi lampai sungguh anggun dan ayu, 

sentiasa bersama mengawasi kami

Menghormati guru dengan sikap membisu 

Menunggu bas sekolah bersama kami

Sampai awal, terkadang lewat sampai bersama-sama. 

Itulah kami dan rutin kami adanya.


Iya tambang? Ia masih jelas diingatan 

Lima belas sen satu perjalanan.

Tidaklah mahal mana bagi orang kaya 

Kami? Ya kami. 

mencari tambang Enam Ringgit sebulan pun susah dan terkial-kial.

Pernah kutelusuri jualan getah cair emak hari itu 

Cuma $3.20 sen hasil menoreh, cukup untuk hari itu.

Ada juga menoreh di hujung minggu 

sekati sekrap Cuma $0.25 sen.

Apatah lagi lapan dari dua belas beradik tika itu. 

Kayakah kami? Ya kaya, namun kami tetap gumbira seadanya.


Isnin 8 April 1974 adalah hari malangku. 

Memang lewat sampai ke sekolahku. 

Kerlingan guru disiplin amat menyakiti 

Bersama dengusan dan penat berjalan kaki 

Stesyen bas pekan lama menjadi saksi 

Adoi, perih amat menyeksakan sekali. 

Oh begitu rasanya 

Hampir 1.33 kilometer, terengah-engah. 

Begitu laju berjalan, Doraemon pun kalah. 

Petanda apakah ini. 


15 April 1974 pertama kali kuberbasikal ke sekolah 

Melewati pekan Bukit Rotan, Assam Jawa sejauh 12 batu 

Pulangnya ke DMK Batang Berjuntai, 

kuambil buku prestasi 1973. 

Dan putaran segi empat hari itu tertunai sudah 

Muzik keroncong tanda kelaparan sudah 

jam 4.10 petang, sampailah rumah. 

Akan kuberi kepada guru kelas tingkatan 4 Sastera A. 

Cukup, cukuplah lima hari kuberbasikal. 

22 Januari, 1974 pulih dan tidak mogok lagi. 

Syukron ya ILLAHI. 


Nur Isna 19 Apr 2004 // 10 Syaw 1445H.