26 April, 2014

01-Hj-KAS-Basic

1.         Keluarga 8.4.1 K dalam kenanganKu Al-Fatihah. 

Kpd: Irna Yanti Nazmi dan Emilia 

1-         Cik mohon semak dan perbetulkan data cerita Keluarga ar Hj Kas dan Hjh Siti, bonda anakanda tercinta. Tambah mana-mana bahagian yang perlu.

2-         Setelah siap sentkan kepada cik melalui visnu.sururi@gmail.com

ARAHAN: Tiada panduan khusus bagi membina cerita keluarga ini. Apa yang difikirkan sesuai dalam dua muka surat sahaja.

Mula mengenali beliau secara jarak jauh dalam tahun 1967 bila mana memulakan tugas sebagai guru biasa di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Trengganu setelah menamatkan pengajian Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur. Membeli kereta Mini Cooper BV 5773 dengan harga $2,800.00 sahaja. Balik kampung Ijok selepas tengah malam. Idea yang cukup jahat. Menduga bapanya di malam hari. Dengan memakai cermin mata hitam pada waktu malam menjadikan bapa ketakutan dan kehairanan. Hai, malam-malam sebegini ada orang mencarinya. Apakah ungkapan di hati ayahanda diketika itu?. ~!@#$%^&*()_+. Itulah ungkapan beliau.


Maktab Perguruan Bahasa 1965-1966

Mulai tahun 1971 bertugas di Darjah Menengah Kebangsaan Batang Berjuntai (menumpang di SMK Sultan Sulaiman Shah). Persamaan nama dengan sekolah pertama – sehingga tahun 1975. Penulis sangat beruntung menumpang percuma kereta beliau, selama tiga tahun semenjak dari 1971 sehingga 1973 pergi dan balik ke sekolah. Tersebut kisah guru yang paling disukai,  mengajar Seni Lukis ialah Cik Siti. Dan seorang lagi cik Jamaliah binti **, berasal dari kampung yang sama Bukit Badong, menjadi persaingannya. Tahun 1972 penulis mengikut beliau membaharui cukai jalan di Kuala Lumpur. Masa balik ke rumah, kereta hampir masuk lubang. Ojo ngomong karo sopo-sopo lho. Itulah pesannya.

Tibalah giliran ayahanda pula masuk meminang walaupun dua orang kakaknya masih solo. Melalui buah fikiran pakcik Mohd Basrah, pinangan diterima yang akhirnya memberi ruang dan peluang kepada dua orang kakaknya pula.
Hantaran belanja 1974. 

Majlis perkahwinan dan persandingan berlangsung dipenghujung tahun 1975. Dengan murah rezeki apabila telah berkeluarga. Kekanda Kas belajar sepenuh masa pada 1976 di University Malaya di Petaling Jaya. Motor Honda CB100 BAF9500 dipakai juga. Satu pengorbanan adinda Ros menjelma. Berrambut “raggy” gayanya.

Tahun 1978 bertugas disebuah kolej di Klang. Tinggal menyewa rumah di Taman Goodwood, Jalan Banting. Beli kereta baru BAV 7421, Toyota Corolla. Membeli rumah di nombor 28 Shah Alam, Selangor. Mula menduduki pada tahun 1981. Dengan tugasnya sebagai Pensyarah Psikologi di Maktab Perguruan Raja Melewar, Paroi, Ampangan, Negeri Sembilan. Pada tahun 1982 berpindah rumah secara total ke Taman Paroi Jaya. Berakhirlah tempoh mengulang yang agak lama.

Tahun 1982 membeli kereta Volvo. Tahun 1986 membeli kereta Honda Accord 1.8 cc dengan adiknya Rosmin tolong belikan sebelum balik belajar di Amerika Syarikat selama tiga tahun. Pada tahun 1988 demi memenuhi kepuasan telah membeli kereta Mercedes Benz berwarna biru. Di penghujung tahun membawa ayahanda dan bonda melawat adindanya di Bintangor sambil menunjukajar orang tuanya menaiki belon bagi persediaan ke tanah suci kelak. Di samping anakandanya berusia 12, 10. 8 dan 3 tahun.

Tahun 1990 bertugas di Maktab Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah. Tahun 1996 ketika berumur 50 tahun, memilih bersara pilihan. Dua tahun di KISAS Shah Alam yang sedia menunggu. Lambaian Ka’abah sentiasa meruntun di jiwa dan sekali lagi menunaikan Umrah pada tahun 1997. Penerima anugerah PPT; Kemudian tiga tahun bertugas di INPENS, salah sebuah anak syarikat Perbadanan Negeri Selangor. Seterusnya kekanda berdua menunaikan ibadah haji pada tahun 1999 bersama isteri tercinta.

Demi kelangsungan usia, pada tahun 2005 tibalah giliran anakanda Irna berumah tangga. Tahun 2008 pula Yanti dan seterusnya giliran Emilia pada tahun 2012. Banyak masa dihabiskan melawat negeri dan negara yang disenangi olehnya. Sabah, Sarawak, England dan lainnya.


Lot 378, Ijok batu 7, Hari raya Edul Fitri 1997.

Hj Kas pembedahan usus pada 5 Januari 2011 di SMC Shah Alam dan telah sihat sepenuhnya. Kimoterapy lagi pada 13 MEI 2011, Thanks Allah MAC 2011.


GAMBAR
Wajah-wajah ceria. Semua sudah berpunya, satu yang belum.

SUMBANGAN.
Ketua keluarga SRIMU mulai 1996.
AJK TOISU    selaku  Penolong Setiausaha musim Pertama 2007 -2010.
AJK Bahagian Hiasan dan Penyediaan Tempat, dalam majlis perjumpaan zuriat keturunan TOISU pada 22 Disember 2007 di Dewan Orang Ramai Assam Jawa 45700 Bukit Rotan.

Mesyuarat ’post-mortem’ perjumpaan TOISU di rumahnya pada 16 Feb 2008. 

Sebenarnya hati ini merinduimu wahai K abang longku. Kumasih tidak mempercayai walaupun sebenarnya telah berlaku kini. Terima kasih di atas jasamu yang menjadikanku seorang guru biasa penyambung warisanmu.

No comments:

Post a Comment