26 April, 2014

02_Keluarga_8.4.2_hjMaf

2.         Keluarga 8.4.2 Maf

Anakanda Ainul, Azmi: Tolong buat penambahan dan semakan semula. 

GAMBAR

Dilahirkan di kampong Ijok batu 7 pada 20 Mac, 1948 merupakan anak kedua dari pasangan ini. Sangat aktif dan pintar dalam selok belok pertukangan dan kerja kayu. Pernah diceritakan semasa beliau bermain bersama Kas abangnya dan Ros adiknya, bagai Mc Giver diciptakan tali henjutan buaian ke bawah di tempat permainannya di bawah rumah. Madz dan Nor adalah adik kesayangan yang dibuai henjut itu. Menamatkan persekolahan hanya darjah 5 bagi memberi laluan kepada adik-adiknya yang lain. Seterusnya semasa beliau berumur 12 tahun, tinggal bersama datuknya Taimon_bin_Rono_Sengojo di Assam Jawa sehingga membolehkan beliau mengenali lebih rapat lagi akan kedua orang pakcik dan makcik-makciknya yang lain sebelah ibu. 

Dalam masa 10 tahun itu antara lain beliau pernah menjadi kuli menebang pokok balak di Sekinchan di mana hutan tebal jelas di hadapan pemandangan matanya. Sehinggakan bossnya begitu tertarik dengan kerenah akal kepandaiannya membawa kayu log keluar untuk dibawa ke kilang kayu. Kaedah yang digunakan hanyalah idea seorang remaja yang cukup ringkas iaitu dengan menggelongsorkan kayu di atas landasan menuju stesyen pemunggahan ke lori.

Di waktu malam beliau rajin menemani datuk kesayangannya bercerita malah ke kebun pun ada. Pesanan percakapan nendanya masih jelas kedengaran. Katanya 

Cu, lek ngawe omah ko neng kene lho, apik, yo adem”. 

Tepat dugaan itu. Tempat tinggal beliau kini mula dibina pada tahun 1974 adalah antara kebun yang sering dikunjunginya dimasa dahulu.

Kepuasan beliau bukan setakat itu sahaja. Beliau mula belajar memandu ketika umur di bawah umur pemanduan sah. Apa tidaknya setiap hari melihat pakcik-pakciknya memandu kereta, tersentuh juga hatinya. Beliau cukup rapat dengan pakcik Basrom dan pakcik Sufi an. Dari situlah minat memandu beliau timbul. Waw! Pernah ditunjukan kepada adik-adiknya sehelai kertas berwarna merah kekuningan lesen pemanduan sah kelas B2 dan E. Kaedah tampal dan lipat dengan yuran $10.00 setahun.

Awal tahun 1969 melalui ikatan perkahwinan di Assam Jawa, Kuala Selangor, antara beliau dengan Ainoun bt Salleh telah dilangsungkan dalam keadaan sederhana meriah. Terima kasih kepada pakcik Sufian Taimon kerana jasanya dapatlah beliau mendirikan rumah tangga dan mempunyai pekerjaan tetap walaupun bergaji $45.00 dikala itu. Masih jelas terbayang Vespa putih dengan pendaftaran BW 668 hanya dua tiga bulan bekerja. Dikurniakan anak pertama seorang anak lelaki pada Januari 1971 hanya seminggu Khairil Zaman telah dijemput oleh penciptanya kembali kepada-Nya. 

Hari berganti hari. Bulan saling silih berganti. Begitu juga tahun pun cemburu. Beliau sangat bahagia dengan penghidupannya kini.



Gambar keluarga, Disember 2006 persandingan anakanda ketiga. 

No comments:

Post a Comment