25 April, 2014

DATA KETURUNAN MUTIAH TAIMON - Basic

DATA KETURUNAN MUTIAH TAIMON.

Ilham rasa Saudara Isn.

Bismillah hirroh man nir rohim pembuka bicara. Pantun lama jangan dilupa.

Buah lemah buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buanglah emak buang saudara,
Kerana kekasih daku turutkan.

Bidalan dahulu memang sungguh indah dan amat mengasyikan. Begitu enak kedengaran di cuping telinga tiap-tiap insan pabila dapat diperdengarkan kepadanya. Keampunan dipinta demi satu kencurahan rahsia dan semua rasa. Kisahnya bermula hanya berkerja kebun biasa, Mengambil upah daripadanya. Itulah kepandaian dengan sedikit ilmu pertukangan tangan yang diwarisi dari ayahnya. Pun begitu, kisah ini bermula daripada seorang anak muda biasa demi memenuhi hasrat hati dilamun runtunan hati dan perasaan jiwa, berbekalkan sedikit keberanian akhirnya disuakan juga kepada kedua orang tuanya. Dengan bayaran $100.00 setahun diberikan oleh siapa yang menyangka bakal Pak Mentuanya. Bagai ada satu kuasa yang melorongkan perjodohan itu. Kalau tak Kuah, di Langkawilah ujudnya.

Bagai ada yang melorongkan, bagai magnet besi pinang sebatang digahkan jua.  Runtunan hati takkala itu bila mana acap kali disuakan nak dara pingitan demi mencari siapa yang ingin mengerjakan kebun kopan $500, orang kaya Assam Jawa. Berputar kembali perakam lama dengan dialog semasa. 
Pakmu, anak ea ves ti ve i, upah pun ves ti ke ie. Opo mengko kon thi ngo mbayar karo oppo. 
Termangu seketika sibapa. Taruna dan Dara sesekali berjumpa, nampak kaki pun bagai bulan dah jatuh ke riba. Begitulah bermulanya kisah bakal sebuah keluarga kecil akan bermula.

Pabila gayung telah disambut, kata sepakat telah di padu, janji telah pun diikat rapi. Akhirnya berbesanlah Abdul Karim bin Hasan Rejo dan ibu tercinta Aishah binti Abdul Samad dengan Toimon bin Rono Sengojo dan Supiah binti Hj Noor dengan puterinya Mut (kecil-kecil molek dan manis ketika itu) berkesahlah dipandangan pertama dengan nama panggilan mesra bermaksud “Yang Gembira”. Sungguh dan amat payah untuk berjumpa mahu pun bersua. Sungguh kental halangan di mata dan jiwa raga. Itulah daulat orang lama. Dapat melihat kaki sekelumit cuma. Mahu mendongak, hanya Hang Tuah dibolehkan cuma. Walau bertulis surat bertanya kabar, ingin bertanya berita, takkan dapat punya. Sungguh ketat dan rapi dijaga. Bagai bulan nun jauh di atas sana.

Lazimnya perpindahan kedua insan ini ke sebuah rumah di belakang rumah kedua orang tuanya, amat perit diterima.  Sungguh mewah. Cuma satu blok rumah beratapkan rumbia dan berdindingkan papan sayong dengan nilai $25.00 agaknya. Dikala umur emak 11 tahun dan ayah berumur 18 tahun, bermula 3 September 1946 lahirlah abang sulong Kas diberi nama. Dan seterusnya sambutan demi sambutan kasih bagai berduet lagu lagaknya, kelahiran demi kelahiran tidak terbendung jua. Tidak terbatas. Begitulah kehendak-Nya. Malahan lebih selesa.

Cucu pertama, cucu kedua dan seterusnya kebanggaan datukda dan nenda,  sungguh mulia. Ayahanda dan bonda juga. Maf anak kedua dengan Ros adindanya. Hati siibu sungguh gundah-gulana. Hanya seterusnya penghibur duka. Kelahiran Su pengubat duka nestapa. Madz pengubat rindu dan air mata malah Nor penyeri kasih berduka. Terubat sudah tanpa menjawab malah saling gegak gempita bersuasana. Masih teringat papan dinding dipasang buat sementara kononnya. Lahir anak kelapan masih sama sahaja. Tidak berganti malah seperti sediakala. Jelas ditahun 1981 papan itu utuh masih ketara. Apabila tahun 1960 masih kelihatan anggun selesa. Untuk diganti tanpa banyak periksa.

Keriuhan anak-anak penawar rasa. Tanpa diduga Isn, Juan, Shami, Shah terpacul juga. Ingatkan sudah berakhir malah masih bermula. Zai tahun 1966 dan Saif sama bulan kelahiran 9 September 1970 anak pertama mengakhiri derita. Tanpa sedar enam nama teruna dan enam nama sidara. Maka episod seterusnya terus bermula dan membuka dengan segala bicara seadanya. Dengan semua kekuatan yang ada. Kami sungguh kaya dengan bahagia. Kaya dengan derita dan kaya kemiskinan di mata sikaya. Namun kami tetap menghormati kedua ibu bapa seadanya. Alhamdulillah syukur kepada yang Esa.

Disember 1974.
Su, Maa, Nori, Kas, Juan, Isn, Ros, Madz,
Ayahanda, Bonda, Saif, 
Shah, Zaid dan Sham.


Raya 1984 – Masih ‘handsome’ belaka.





a.         Keluarga kecil.
Umum dan lumrah mengetahui wujudnya seorang bayi adalah lantaran ikatan seorang lelaki dengan seorang perempuan melalui hubungan intim dalam ikatan perkahwinan yang sah dari hukum syarak. Semenjak dari kandungan lagi sehinggalah dilahirkan ke dunia. Dari seorang bayi akan yang dibela, disayangi, dan diberi segala keperluan asas semampunya dengan diberi didikan agama dan kasih sayang sempurna berterusan. Bertolak dari sinilah ujudnya seorang insan yang dipanggil manusia atau insan (yang sentiasa lupa). Cendiakawan menyatakan manusia adalah dari spesis haiwan berakal dan mampu meladeni liku-liku kehidupan yang telah diperuntukan oleh-Nya.

Keluarga ini terdiri daripada ibu dan ayah sebagai ketua keluarga yang mempunyai seorang atau dua orang anak. Berkemungkinan tidak mempunyai anak. Ia dipanggil keluarga asas.


b.         Keluarga sederhana.

Ahli keluarga terdiri daripada ayah sebagai ketua keluarga, ibu dan mempunyai dua atau tiga orang anak lelaki dan dua atau tiga orang anak perempuan. Atau mempunyai dua atau tiga orang anak dengan kombinasi jantina anak berlainan atau sama.
Lazimnya, seorang bayi lelaki mahu pun perempuan akan beransur-ansur meningkat ke alam kanak-kanak, alam remaja dan seterusnya dewasa melalui beberapa frasa perubahan perkembangan fizikal dan mental. Dan apabila menjelang dewasa kebiasaannya mereka mempunyai naluri kedewasaan menyerlah yang perlu dipenuhi.

c.         Keluarga besar.
Terdiri daripada keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Lebih daripada dua orang anak lelaki dan mempunyai lebih tiga orang anak perempuan. Manakala keluarga nuklear pula, pada tanggapan saya ia mempunyai bilangan melebihi tujuh atau lapan orang anak dengan jantina yang sama atau berlainan. Ia berkemungkinan melebihi daripada itu. Seterusnya mempunyai keluarga kembangan menjadikan ia sebuah keluarga yang lebih besar.
Bermula dari keluarga asaslah ini akan lahir keluarga kembangan seterusnya. Adik beradik, ipar ruai, bapa saudara, emak saudara, datuk, nenek saudara dan seterusnya. Tiap-tiap orang berasal dari sebuah keluarga. Dari keluarga asaslah merupakan satu titik permulaan sebuah institusi keluarga yang lebih besar akan wujud.
Demi melayari keperluan fisiologi kelangsungan hidup, penyediaan dan pengisian rohaniah amat penting seiring perkembangan seseorang insan meneruskan kehidupan sempurna. Malah penyediaan yang salah akan memberi impak buruk dimasa hadapan. Panduan dan nasihat dari kedua-dua orang tuanya adalah amanah terbaik baginya. Ini penting untuk dilaksanakan sebagai asas mewujudkan seseorang individu itu seorang Majusi, Nasrani atau Yahudi. Ibu bapanyalah yang mencorakkannya.
Selaras dengan kenyataan ini, keharmonian hidup tentulah sukar untuk dicapai tanpa adanya perasaan kasih sayang dan persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu. Lebih-lebih lagi harus menganggotai sesebuah masyarakat yang diwakilinya. Oleh itu, agama Islam adalah salah satu agama yang sentiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada umatnya bagi mempastikan wujudnya nilai perpaduan, kasih sayang dan hormat menghormati. Maka antara peringatan-peringatan tersebut ialah mengingatkan manusia seluruhnya menyedari akan asal-usul mereka dari bapa dan ibu yang satu. Allah berfirman yang bermaksud:

'Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat lelaki dan perempuan yang ramai.'
(Surah an-Nisa’ : 1)



Tahun 2003 - Taman Kris, Ijok. 

Wajah ceria ayahanda dan bonda di rumah Juan Sururi pada tahun *2005.

Pada tahun *1974 menjadi AJK Masjid Nurul Iman, Batu 8 Ijok sebagai Setiausaha kehormat. Apa yang menarik di sini, diceritakan kisah tabungan derma masjid diedarkan kelenting, simiskin menderma. Sikaya pula tidak berbunyi. Pernah menjadi Amil zakat fitrah dikala itu sebanyak $1.25 sen bagi setiap individu. (RM 7.00 pada hari ini 2014). Ayah bercermin mata. Yang pasti umur di awal 46-an.

Membuat kolong jambatan parit masuk ke perkarangan masjid. Ikan darat ditimba. @ Lesen motosikal $110.00 untuk kelas B penuh.

Perebutan kuasa pentadbiran masjid berlaku di awal tahun 1980-an. Sehinggalah tugas ayahanda dibersarakan. Bak kata pepatah, sudah ada rotan yang baharu. 

Dikesahkan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam Kampung Ijok. Kutipan duit derma mendapat $2.00 hanya cukup membeli satu tin biskut. Yang hadir melebihi kapasiti peruntukan satu tin biskut. Satu lagi peristiwa bubur ‘assyura’, majlis keagamaan saban tahun berlangsung. Ayahanda sebagai orang kuat, penolong peneraju utama.

Dengan penuh keberanian yang tinggal sedikit, ilham idea terpaksa daripada anakanda Isnu punya angkara. Didaftarkannyalah nama ayahanda bonda membuka akaun kira-kira Tabung Haji tanpa bertanya. Di jalan Tun Razak diposkan juga. Tinggallah bagaimana mencari kunci kira-kira untuk menerbangkan ayahanda bonda ke tanah suci Mekah, berniat rukun islam kelima. Pernah menolong Datuk sepupu pulang dari haji menaiki ambulan, tiada wang belanja yang telah lima belas tahun kapal berlayar telah tiada.

Seorang demi seorang adik beradiknya telah pergi menunaikan haji. Bagaimana cara agar ayahanda dan bonda dapat ke sana? Allah maha berkuasa. Sungguh adil lagi bijaksana. Dalam termenung tidak semena-mena datang ilham membuahkan rasa. Ditariknya ‘type-writer’ dan memulakan bicara agar semua adik beradik anak kepada ibu dan bapa agar membuat jasa.
April 1986 – Perkara: KUTIPAN YURAN 10% DARI GAJI BULANAN, MASUKAN KE AKAUN KIRA-KIRA TABUNG HAJI Ayahanda Bonda selama dua tahun. Nombor Akaun AB98892 dan AB98893. 

Dengan stem 30 sen cuma, sampaiklah ke tangan sampul luahan rasa. Kesemua kesebelasan adik beradik telah menerima surat kuasa kecuali penulis tiada siapa ingin menjemput serta. Alhamdulillah bagai perahu sudah di air, tinggal berdayunglah sahaja. Sekembalinya penulis bercuti penggal (kini semester), kekanda Madz dan adinda Saif mara dan meluahkan rasa. Bukan menghina malah mereka ingin turut serta tetapi apakan daya, manakan mungkin belum bergaji tidak pula bekerja. Kesabaran dan pendekatan psikologi komunikasi kuterapkan juga walaupun hati bergelojak hiba, sayu dan pilu. Tanpa disedari terpacullah kata-kata; 

Ngenelah, piro-piro lah seng kakak ambek adik seng mampu, lebokkelah sakikhlasse. Mudah-mudahan, mugo-mugo eneng wa ea rejeki, orak putus rejeki, ket Pengeranne, in sha-Allah. 

(Penulis merasa sebak apabila sampai pada ayat ini). Adakah jasa sebegini kecil ada pihak-pihak yang terasa?.

Pada penghujung tahun 1988 ayahanda dan bonda melawat anakandanya yang ketujuh di Bintangor sambil belajar menaiki belon buat persediaan mental ke tanah suci kelak. Di samping anakanda Kas dan isteri Kak Siti bersama cucundanya berusia 12, 10, 8, dan 3 tahun.

Kesepakatan dan keikhlasan semua adik beradik, lantaran peningkatan amaun dalam akaun Tabung Haji menjumlahkan $5,800.00 seorang, dengan kuasa Allah lambaian Ka’abah memberi peluang untuk menunaikan haji pada Jun / Julai Tahun 1990 di mana tragedi terowong Muassim, khemah terbakar akibat api masakan jemaah, menggemparkan dunia suatu masa dahulu. Pertukaran mata wang cuma $0.65 sen : 1 Rial Arab Saudi. Bila sahaja berita dihebahkan di televisyen, semua adik beradik menelefon penulis (masa itu hen-pon belum meluas lagi penggunaannya) bertanyakan khabar berita. Seolah-olah tempat sasaran dicari apabila sesuatu kejadian buruk berlaku. 

Orak-orak. Aku yakin ket ritual sak urunge lungo, kan emak bapak ves divei keyakinan kuat lungo rono pasti balik meneh merene. I’m very sure, Yes, I am sure”. 

Itulah jawapan pastiku, pasrah. Walaupun diri ini tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, hanya Allah taala sahaja yang tahu isi hatiku ketika itu.

Syukur alhamdulillah empat puluh lima hari berkelana, menjalani ibadah haji penuh sempurna, tiada halangan menerpa. Tibalah masa yang dijadualkan sampai di Lapangan Terbang Subang. Di rumah, kumpulkan adik beradik ayahanda dan bonda, membuat persiapan sekadar rupa hanya $120.00 sahaja. 

Gek en thang rono. Thi ji kok bapak emakmu. Ves pikol piro ki. Satu suku lho. Enthang gek tiparanni”. 

Maka berpergianlah akibat adinda ayahanda Munawar Abdul Karim murka.

Dalam ramai-ramai datang menjemput dan ingin mengambil ayahanda dan bonda, dalam hiruk pikok aku juga pilihannya. Suami isteri memeluk erat emak dan ayahnya. Sampai kini saya tidak tahu apa jawapan sebenarnya. Berkumpullah di bawah jejantas, lima ratus meter dari tempat pengambilan asal. Bermesyuarat di situ. Peluk ciumpun berlaku. Suasana pilu seketika. Bila sampai di rumah, satu lagi kejutan berlaku. Apakah agaknya adegan itu? Dan disebelah malamnya pula penduduk kampung dijemput sama, melagukan kesyukuran pengubat rindu. Bila pulang berlengguk sahaja. Itulah perbandingan dari khenduri biasa. Seterusnya menjadi adat di kampung Ijok bila pulang menunaikan fardu rukun Islam kelima.

Sempat menjadi Penjadi Penasihat Surau Nurul Hamidin, batu 7 Ijok selama enam tahun diperlukan. Lambaian Ka’abah sekali lagi menerpa ibu bapaku. Berpergianlah mereka pada tahun 1996 dengan kudrat yang ada.



Ijok, 1995 Banjir melanda. 


     
 Bukit Badong Mac 2008 (ke-66) dan Feb 2009 (ke-67). Majlis ulang 
tahun memperingati persandingan yang sepatutnya pada tahun 1942.



Di bawah kepimpinan kekanda Kasmurin ar, SRIMU telah diberi mandat menjalankan aktiviti tahunan TOISU mengendalikan ‘Multaqqo Illa TOISU kali ke-3 keturunan zuriat Toimon dengan Supiah & Sambutan Hari Raya Edul Fitri 1434 hijrah bersamaan 11 Ogos, 2013. 



Adakah anda mengenali antaranya.
Rakaman gambar Sabtu 22 Disember, 2007. DOR Assam Jawa, Bukit Rotan. 


KOD
NAMA
TARIKH LAHIR
ALAMAT
NO TELEFON
8.4
Hjh Mutiah 
1932

Ijok Batu 7,

03-3279 
8.4 H
Hj Sururi
1925
03-1806
8.4.1
Hj Kas
1946
WAFAT 2014 Jan 23 Kha

8.4.1 W
Hjh Siti 
951
No. 28, 
40600 Shah Alam,

8.4.2
Hj Ma
1949
Kg Baru Assam Jawa, 

8.4.2 W
Suhai
1974

8.4.3
Hj Ros
1950
Taman Kris, Ijok 

8.4.3 W
Hjh Sa
1955

8.4.4
Hjh Su
1952
Batu Hampar, Bruas.

8.4.4 H
Hj Ya
1951

8.4.5
Hjh Madz
1955
Tali Air 8 
Sungai Leman, 

8.4.5 H
Hj Abdul 
1955

8.4.6
Nor
1956
Kg. Bkt. Badong, 
Bestari Jaya,

8.4.6 H
Mus
1955

8.4.7
Hj Isn
1958
Taman Koperasi Bena, 

8.4.7 W2
Kas
1973
sama spt 8.4.7

8.4.8
Juan
1960
Desa Mawar, Sg. Yu, Tanjong Karang, 

8.4.8 W
Ros
1966

8.4.9
Sham
1962
Ijok Bt 7
45620 BESTARI JAYA,
Taman Bukit Badong,

8.4.9 W
Kam 
1962

8.4.10.
Shah
1964
Taman Kota Masai, 
Pasir Gudang 

8.4.10 W
Siti 
1973

8.4.11
Zai
1966
Kg. Parit Serong, 
Tg. Karang .

8.4.11 H
Mohd 
1960

8.4.12
Saif
1970
Taman Radin Jaya, 
Tg. Karang .

8.4.12 W
Ros
1972


1.         Keluarga 8.4.01 ar Hj Kas
2.         Keluarga 8.4.02 Hj Ma
3.         Keluarga 8.4.03 Hj Ros
4.         Keluarga 8.4.04 Hjh Su
5.         Keluarga 8.4.05 Hj Madz
6.         Keluarga 8.4.06 Nor
7.         Keluarga 8.4.07 Hj Isn
8.         Keluarga 8.4.08 Juan
9.         Keluarga 8.4.09 Sham
10.       Keluarga 8.4.10 Shah
11.       Keluarga 8.4.11 Zai
12.       Keluarga 8.4.12 Saif – sudah ada

Demi keselamatan, sebahagian data terpaksa ditiadakan. Harap makum. 

Untuk lebih lanjut silalah layari YouTube.com kami dengan:-
Dalam pencarian taipkan> Isnu Sururi ATAU Srimu b Toisu ATAU 10-TOI. http://toisu.blogspot.com  < visnu.sururi@gmail.com ATAU 
toisukualaselangor@gmail.com 
skpa3-bpa.blogspot.com 
isnu.skpa3@btpnsel.edu.my
Kod TOISU 08.04.07