04 April, 2015

Sadakah Subuh

Sadakah Subuh (Sedekah Subuh)
Pesanan dari seorang ibu yang menjaga dirinya yang lumpuh melalui seorang kawan kepada Pensyarah saya di OUM P Jaya.

Masa

1.  Sebaik-baiknya adalah selepas sembahyang subuh. Digalakan setiap hari untuk melakukan ini.

2.  Selepas azan subuh lebih kurang 20 minit sahaja, masa yang afthol untuk berniat dan memasukan duit ke dalam tabung.

3.  Cadangan. Seandainya terlupa pada hari dan masa itu, tidak diwajibkan menderma pada hari itu memadailah pada keesokan harinya pula.

Cara-caranya

1.  Sediakan tabung duit (untuk menyimpan duit syiling dan kertas) seperti tabung di masjid, khas untuk menyimpan duit yang telah kita/kami niatkan untuk (perkara yang baik sahaja). Bercampur niat pun tidak mengapa. Begitu juga seandainya tuan mempunyai rumah yang kedua, dan seterusnya.

Contoh lafaz niat 1: Ya Allah ya Robbi, aku/kami memohon kepadaMu berilah daku/kami kekuatan zahir dan bathin untuk menempuh perlajanan hidupku/kami agar ....... Berikanlah kesihatan terbaik untuk ....... amin amin amin ya robbal Aalaminn. Gunakanlah bahasa yang sesuai lagi baik

Contoh lafaz niat 2: Permudahkanlah segala urusanku membantu suamiku tercinta agar (sebutkan dalam hati apakah yang diinginkan). Gunakanlah bahasa yang sesuai lagi baik..........

Contoh 3: Ya allah aku memohon kepadaMu tuhan yang mentadbir sekelian alam, bukakanlah hatiku agar aku dapat belajar dengan tenang dan yakin. Bukalanlah hati kami menerima pelajaran yang diajar oleh guru-guruku untuk ....... Gunakanlah bahasa yang sesuai lagi baik.

Nota:
a.   Pegang duit, berniat dan masukan ke dalam tabung.
b.   Bacalah dan buatlah lakuan yang selayaknya ketika mengerjakannya. Tiada langkah khusus diperuntukan.

2.  Isteri dan anak-anak digalakan untuk turut sama menderma walaupun pada asalnya duit kita. Nilai 10 sen pun tidak mengapa.

3.  Setelah satu, dua atau tiga bulan seterusnya, kiralah jumlah duit tersebut. Seandainya sudah cukup menampung perbelanjaan yang diperlukan bolehlah mengambil duit tersebut. Belikanlah bahan-bahan dan barang-barang keperluan anak-anak yatim di daerah tuan puan. Digalakan untuk tuan membeli dan memberi bahan-bahan makanan ruji yang mengenyangkan di kedai Muslim agar niat dan tujuan selari dengan syariat islamiah.

Nota:
a.  Masukan duit itu ke dalam dompet berasingan.
b.  Seandainya berbaki masukanlah semula ke dalam tabung untuk pusingan kedua dan seterusnya nanti.

4.  Berhubunglah melalui telefon, sms, whatApps, atau email terlebih dahulu, apakah bentuk keperluan anak-anak yatim melalui penjaganya.

NOTA:

-   Konsep, anak yatim ialah anak yang telah tiada bapa (meninggal bapanya).
-   Yatim piatu termasuk dalam golongan ini.
-   Seandainya individu itu bernama Andi Riswata bin Yatim, atau Dira Annesti binti Yatim, beliau tidak termasuk dalam kelompok ini. Kecuali bapanya telah meninggal dunia yang bernama Yatim itu.

5.  Seperti yang telah dijanjikan, sampaikanlah tepat pada masanya agar kedua-dua pihak berpuas hati dan mendapat keberkatan Illahi.

Akhir kalam, manusia mampu merancang. Ketetapan hanya Allah ta'alla sahaja yang mengetahui.

Sekian ikhlas dari saya.
Kod: 08.04.07 Va-Isnu.sururi. Ahad 5 April, 2015.
Edited on 9 Mac 2016 7.35 - 9.36 gerhana separa.
Telur ayam berdiri, tarikan graviti. 

Lagu Bulan Ditutup Awan - Rokiah Wandah - oa.

Lagu Bulan Ditutup Awan - Rokiah Wandah - oa.

http://youtu.be/DUsKP6hGPLk 

Bulan Ditutup Awan. os Rokiah Wandah. Mengenang almarhum. 
Al-fatihah 5 Januari 2008.... Lagu kenangan silam menjadi siulan muda mudi di 
zamannya. Tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas. 
Nostalgia kan!!! Happy bila menyanyikannya.. Audio kurang 
memuaskan. 
Rokiah Wandah - oa. Mengenang seniwati silam, Terima kasih sumbanganMu.