15 November, 2010

Ucapan

Selamat Hari Raya Idil Adha 1432H.

(Insya-Allah akan kuciptakan lagu Selamat Idil Adha - agar sepopulor Dendang Perantau). Dia suruh kita cipta..

Labai kau Lah, hu ma lab bai, 
Labbai kau lah, sarri kala-kala bai,
Min nal ham da, wan niq mat taa
wa ka wal mul, laa sar ri kal lah.'..... ..... ....... .....

Pergi haji ke Baitullah
Menunaikan rukun islam kelima .....

Allah huakbar Allah hu akbar Allah huakbar ...
...  ....  ....  ....
Allah huakbar wallillah Ilham...


Sayup sayup kedengaran di cuping telinga aku, nun jauh di sana. Bila ku amat-amati perasaan sayu, hiba, sedih, pilu, gembira bercampur baur. Malahan titis-titis air mata tergenang di kelopak mata ku. Meniti dan menitis lalu jatuh ke peha ku. Hangat terasa. Fikiran ku terus terbang, terbang bebas melayang terus melayang bak tidur tanpa berselimut. Sebebas burung terbang, burung terbang di hutan rimba nan menghijau.

Aku masih betah melayani fenomena ini dan kalau boleh aku ingin merasai ini untuk selamanya.

Tup-tup bahuku digoncang, digoncang-goncang. Goyang bergoyang-goyang, bergoyang-goyang. Antara dengar dengan tidak aku terdengar seakan-akan satu suara. Entah dari mana datang arah suara itu. Semakin aku amati semakin sayup, gemersik meruntun jiwa, sungguh dan amat syahdu menyusup-nyusup perlahan menerjah masuk ke benak telinga ku.

Hatiku melonjak kegirangan, Yeeh ye eh, ya ya aa aa. a ah a ah.. AAA AA AAAHHHHHHH HHhhhhhh. Ah, ah... Nanti dulu, Jangan dulu. Jangan dulu. Nanti. Tunggu, tunggu aku. Tungguuu, aku belum puas.
*Ada lagi rukun haji yang belum selesai. Apakah dia* 

Dengan perlahan-lahan fenomena yang aku rasai, sayup mula meninggalkan ku kini.

Ah, ah, ah... Nanti dulu, Jangan dulu.
Tunggu aku.
Tunggu.. Aku pasrah kini.


Sekonyong-konyong ku terdengar bait-bait cinta yang teramat biasa ku dengar 'Assalamualaikum sahabat ku yang ku kasihi dan dikasihi Allah'. 

Antara sayup meninggalkan ku pergi dengan bisikan manja menerjah ke telinga ku, bagaikan ada sesuatu percikan ketika melintasi pertemuan itu.

Ya, antara malas, minat, memulai tugas pagi itu; Lantas ku jawab bait-bait
itu, Spontan ku jawab 'Waalaikum salam'.

Ku bayangkan dan ku terbayang, mungkin sinar wajah ku ketika itu bagai bintang filem hitam putih tersohor tanah air dengan mimik muka bertanglung di kiri kanan misaiku. Manisnya ada. Aku sengeh lirih.

Tiada siapa yang menyuruh ku membuka kelopak mata ku. Aku sendiri pun tidak tahu siapa yang menyuruh ku berbuat demikian.

Aku jadi kaget banget.

Hai, bermimpikah aku?
Aku bermimpi kah?
Tadi aku bermimpikah?
Tidak..... Ia kah aku bermimpi?.

Ku tepuk-tepuk pipi kanan ku dan pipi kiri ku serentak berkali-kali untuk mengiakan yang aku ini betul-betul telah sedar dan di alam nyata. Ya, memang ia kini aku  memang betul-betul sedar telah berada di padang Arafah, dalam khemah serba putih.

Alhamdulillah. Sampai juga hajatku kini. Rupanya di Malaysia jam telah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Di sini pula menunjukkan jam 10.00 malam. La patutlah, mengantuk banget nih.

Walaupun masih dalam keadaan termangu itu, antara sedar dengan tidak, mulut ku terpacul dengan kata-kata;

Jom jom jom, ikut ikut ikut aku. Kita pergi ke Mina, hanya 5 km sahaja dari sini. Kan dari Mudzalifah nih tido sana; kita lontar dengki kita kat sane.

Yang yang, Sayang sudah kutip anak-anak batu?

Nak buat apa tu abang Aji oi?
Sudah kutip ke.. kataku.

SUdahhhh, Ini. Ada dalam uncang. Uncang istimewa. Buatan sendiri (Made in Ijok). 

Okey. Okey, okey.

Kalau gitu jomlah kita pergi, barulah tiada syaitan dalam diri kita (harapannya begitulah)..

..sebenarnya kisah ini panjang. Sama panjang dengan kesah 1001 malam. Cukup setakat ini sahajalah dahulu.. Yang sudah pernah ke sana, pasti tahu meneruskan cerita ini.

Walau apa pun saya mengucapkan kepada anda semua Selamat Hari Raya Haji 1432h dengan ucapan Buat sembelihan korban tahun ini?..


Slmt bertemu lagi..
Nor Isna Kod_08.04.07