17 December, 2015

Selamat Tahun Baru 2019

Selamat Tahun Baru 2019 / 1440 Hijrah, dari kami toisu.blogspot.com 



Lagu Kr Desa Bukit Malawati
15-12-2015



Credit: www.kuala-selangor.com

Garis panduan kantin sekolah

Garis panduan kantin sekolah
1.         GARIS PANDUAN KANTIN SEKOLAH
2.         Objektif pembelajaran :

Selepas sesi ini, ANDA berupaya :
2.1       Menerangkan tujuan garis panduan kantin sekolah.
2.2       Menerangkan peranan & fungsi kantin sekolah.
2.3       Menghuraikan peranan Gurubesar / Pengetua terhadap kantin.
2.4       Menerangkan kehendak-kehendak ke atas bangunan, kemudahan dan alat kelengkapan kantin sekolah dan
2.5       Menerangkan keperluan ke atas kakitangan kantin sekolah.
2.6     Menerangkan keperluan penyediaan, penyimpanan dan penghidangan makanan serta minuman.
2.7       Menghuraikan bahan-bahan makanan dan minuman yang dilarang.
2.8       Menghuraikan kawalan kebersihan.

Latarbelakang
a.       Peranan dan fungsi kantin sekolah amat penting dalam pendidikan.
b.      Meningkatkan aspek-aspek pengurusan bagi menjamin kebersihan serta mutu makanan yang dijual     sangat diperlukan.
    i.      1983 - Jawatankuasa bersama Rancangan Kesihatan Sekolah (Para pegawai Kementerian 
            Kesihatan dan Kementerian Pendidikan) – terbitkan GPKS.
    ii.     1987 - Jawatankuasa Teknikal (KKM & KP) ditubuhkan untuk ;
    iii.    Kaji semula GPKS.
    iv.    Selaraskan GPKS dengan Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
    v.     Isi kandungan GPKS.
c.       Tujuan garispanduan.
d.      Peranan dan fungsi kantin sekolah.
e.       Peranan Guru Besar / Pengetua.
f.       Bangunan, kemudahan dan alat-alat kelengkapan kantin.
g.      Kakitangan kantin sekolah.
h.      Penyeliaan, penyimpanan dan penghidangan makanan serta minuman.
i.        Bahan-bahan makanan dan minuman.
j.        Kawalan kebersihan.
k.      Keselamatan.
l.        Pengurusan kantin sekolah.
m.    Lampiran-lampiran (9 lampiran).

Lampiran:
Lampiran I - Bidang perniagaan yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan.
Lampiran II - Salinan surat pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 mengenai Jualan Makanan dan Minuman 
                      di Kantin-kantin Sekolah untuk murid-murid yang berbilang Agama.
Lampiran III - Salinan surat pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1988 mengenai penyakit-penyakit taun, demam 
                       kepialu, penyakit kuning dan keracunan makanan.
Lampiran IV - Surat pekeliling Bahagian Pembangunan dan Bekalan Bil. 4/1987
mengenai cara pemanggilan perolehan perkhidmatan kantin sekolah.
Lampiran V - Jawatankuasa Bersama Rancangan Kesihatan Sekolah.
Lampiran VI - Jawatankuasa Kerja Rancangan Kesihatan Sekolah.
Lampiran VII - Jawatankuasa Teknikal Garis P:anduan Kantin Sekolah.
Lampiran VIII - Contoh pakaian lengkap pekerja kantin sekolah (gambar).
Lampiran IX - Contoh Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah

Tujuan garis panduan kantin sekolah
i.   Memberi panduan lengkap kepada pengetua/guru besar atau pengusaha kantin untuk mengurus, mentadbir, kawalpandu, menilai dan memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin.
ii.  Kenalpasti masalah-masalah penting berasaskan keutamaan dan menimbangkan cara-cara mengatasinya.
iii.   Mengambil tindakan-tindakan yang sistematik dan terancang sambil membuat penilaian yang berterusan.

Peranan dan fungsi kantin sekolah
i.    Tempat sosial berlakunya pelbagai jenis interaksi dan aktiviti di kalangan murid, guru dan para pekerja sekolah ;
ii.   Penjualan & pembelian makanan serta minuman.
iii.  Penyediaan, penyimpanan, penghidangan dan penggunaan makanan dan minuman yang dijual ataupun diberi secara percuma dibawah rancangan tertentu.
iv.   Kegiatan-kegiatan rehat dan istirehat.
v.    Permainan-permainan ringan seperti ping pong, catur dan lain-lain.
vi.  Majlis-majlis perjumpaan, perbincangan dan lain-lain anjuran pihak sekolah, ibu bapa atau masyarakat.
vii. Merupakan sumber yang berkesan bagi berbagai aktiviti yang menggalakkan usaha-usaha pendidikan seperti;
a. Pengajaran terancang dibawah mata-mata pelajaran tertentu seperti pendidikan kesihatan, sains rumah tangga, sivik, pengajian perdagangan dan sebagainya. nya.
b.   Pelajaran tidak formal berkaitan aktiviti ko-kurikulum.
c.   Penggunaan bahan-bahan media masa seperti poster, papan tanda, risalah dan lain-lain.
d.   Menjalankan kajian khas menerusi pemerhatian, soal selidik dan wawancara mengenai aspek-aspek tertentu.
e.  Mengadakan tunjuk ajar, kerja-kerja amali dan sebagainay mengenai makanan dan pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan, keindahan dan sebagainya.
f.    Mengadakan ceramah, majlis dailog dan sebagainya.
g.  Mengadakan peti cadangan atau peti bantahan diikuti dengan susulan yang sewajarnya.
h. Menubuh serta mengujudkan jawatankuasa kesihatan atau kantin sekolah serta mencadang atau mengambil tindakan sewajarnya bagi mengawasi dan memperbaiki lagi penggunaan dan perkhidmatan kantin sekolah.

Peranan Guru Besar
a.       Mengawasi semua aspek berkaitan kantin sekolah;
b.      Bangunan dan kemudahan-kemudahan sedia ada termasuk alat kelengkapan dari segi keberkesanan    fungsinya.
c.       Kebersihan bangunan kantin, kemudahan-kemudahan dan alam sekitar kantin sekolah.
d.      Kebersihan makanan dan minuman.
e.       Keselamatan di kantin sekolah.
f.       Kelakuan dan amalan pengusaha dan pekerja.
g.   Mutu dan kesesuaian makanan dan minuman yang dijual dari segi nilai pemakanan, harga,        kepentingan agama dan sebagainya.
h. Pengurusan dan pentadbiran kantin sekolah pada masa jangka pendik serta pengelolaan dan penyeliaannya pada jangka panjang.




Bab 1 – Bangunan, kemudahan dan alat kelengkapan kantin sekolah

Bil
Bangunan
1
Lantai – licin, mudah cuci

Dinding – cerah, tahan api

Siling – cerah (putih)

Pengudaraan – cukup, sempurna

Pencahayaan – cukup, sempurna

Keindahan – hiasan spt bunga, poster dan sebagainya.
2
Kemudahan asas bagi kantin sekolah

Bekalan air bersih mencukupi

Tempat penyediaan makanan/dapor yang bersih dan sempurna

Tempat penyimpanan bahan makanan yang bersih

Kaunter jualan yang sesuai

Tempat makan murid-murid dan guru-guru yang bersih dan teratur

Tempat membasuh tangan atau pinggan

Tempat membuang sampah atau air limbah yang sempurna

Tandas yang sempurna untuk pekerja kantin

Tempat persalinan pakaian atau bilik rehat
3
Alat-alat kelengkapan

Dapur gas/minyak tanah

Periuk

Pinggan mangkok

Senduk

Sudu dan garpu

Kayu penyepit

Pisau

Gelas

Bab II – Kakitangan kantin sekolah
a.       Kesihatan pekerja.
b.      Telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan diakui sihat oleh doktor.
c.       Keadaan kesihatan semasa.
d.      Jika ada demam, cirit birit, batuk atau penyakit-penyakit lain pekerja itu tidak dibenarkan bertugas.
e.       Jika ada luka hendaklah dibalut dengan plaster kalis air & tidak menyediakan makanan.
f.       - Para pekerja baru.
g.      Hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
h.      Pakaian pekerja Kantin sekolah.
i.       - Kemas dan bersopan.
j.       - Apron, penutup kepala yang berwarna cerah (putih).
k.      Tanda nama dan kad perakuan kesihatan.

Bab III – Penyediaan, penyimpanan dan penghidangan makanan serta minuman
a.       Bahan mentah.
b.      Sayur-sayuran – segar.
c.       Ikan basah – mestilah masih pejal.
d.      Daging – tidak berubah warna.
e.       Ayam – tidak busuk / berlendir.
f.       Buah-buahan – segar, pejal tidak kering.
g.      Makanan berkaleng – tidak kemek.
h.      Roti – tidak berkulat.

Penyediaan makanan
“…Hendaklah dijalankan dalam keadaan yang sempurna dan bersih”.
-          Tempat yang sesuai.
-          Bekalan air bersih.
-          Peralatan yang sempurna & bersih.
-          Elakkan tabiat yang boleh mencemarkan makanan.
-          Makanan halal.
-          Petua memasak.
-          Penyimpanan makanan.
-          Stor yang kalis roden & serangga.
-          Peti sejuk sempurna & bersih.
-          Peralatan yang bersih dan sempurna.
-          Penyimpanan makanan sedia untuk dimakan.
-          Tidak boleh menyimpan makanan bermalaman.
-          Penghidang makanan.
-          Diletakkan di kaunter yang disediakan.
-          Ditutup dan tidak terdedah kepada habuk & urungan lalat.
-          Hendaklah menggunakan alat-alat yang bersih seperti penyepit, sudu & garpu.
-          Alat pembungkus seperti plastik disediakan.
-          Sumber makanan dari luar hendaklah diawasi tahap kebersihannya.

Bab IV – Bahan-bahan makanan dan minuman.
a.      Kriteria pemilihan bahan makanan.
b.      Memilih makanan seimbang.
c.      Makanan segar.
d.      Makanan yang mengenyangkan.
e.      Makanan bebas daripada bahan-bahan tambahan.
f.       Makanan yang sesuai dijual dikantin.
g.      Makanan bermasak.
h.      Buah-buahan.
i.       Minuman yang berkhasiat.
j.       Makanan & minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah.
k.      Minuman berperisa kecuali susu berperisa.
l.       Minuman menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik.
   .    Minuman ringan bergas.
n.      Makanan snek seperti crackers.
o.      Makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah.
p.    Makanan dan minuman yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
q.      Gula-gula, coklat dan biskut berkrim.
r.        Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk samada masam atau masin, kering atau basah seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia & jeruk bawang.
s.       Semua jenis makanan yang berupa mainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
t.        Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya.
u.      Makanan yang melebih tarikh luput tempoh gunanya.

Bab V – Kawalan kebersihan
a.       Kebersihan diri pekerja
b.      Basuh tangan dengan sabun selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.
c.       Rambut dan kuku sentiasa pendik dan bersih.
d.      Pakaian bersih dan kemas.
e.       Kebersihan alat atau perkakas kantin.
f.       Pisau, alas pemotong, kain pengelap dan sebagainya.
g.      Kebersihan kemudahan kantin.
h.      Tempat sedia makanan, tandas, sinki, basin basuh tangan dan meja dan kerusi.
i.        Kebersihan dan keadaan bangunan kantin.
j.        Lantai, longkang, dinding dan siling.
k.      Jadual pembersihan.
l.        Amalan pengendali makanan yang dilarang seperti.
m.    Meludah, merokok, menyikat rambut, berbual-bual, ketawa, batuk dan bersih.

Bab VI – Keselamatan.
a.       Langkah mencegah kebakaran.
b.      Langkah mencegah kecederaan.
c.       Keracunan makanan.
d.      Langkah mencegah kejutan / renjatan.
e.       Alat-alat pertolongan cemas.
f.       Perlindungan insurans.

Bab VII – Pengurusan Kantin Sekolah.
a.       Tugas dan tanggungjawab Guru Besar.
b.      Peranan dan tanggungjawab guru petugas harian.
c.       Tanggungjawab pengusaha kantin.
d.      Jawatankuasa kantin sekolah.
e.       Jawatankuasa sebutharga.
f.       Pemeriksaan sekolah oleh pihak kesihatan.
  
Sekian.

Guru Penolong Kanan HEM
b/p Guru Besar

SKPA3.