17 July, 2026

Catatan Perjalanan Diri 1965 - 2018

 BIODATA KELUARGA ASAS.

Abdul Karim bin Khasan Rejo dengan Ngaesah binti Samath dan mempunyai 8 adik beradik. Yang sulung bernama Maimunah, Khamtari, Sururi bin Abdul Karim , Munawar, Kasir, Sawiah, Ismiah

DAN

    D engan isteri kedua Siam binti Jowikromo melahirkan Siti Fatimah @Mariaton seorang sahaja bersama anak saudaranya Cik Thelethong. Kini cik Ismiah yang masih ada hidup sihat di FELDA Bukit Cherakah. Semasa hayatnya beliau mencari nafkah dengan kedai runcit secara kecil-kecilan di rumahnya.

Ibu pula mempunyai 10 adik beradik. Yang sulong bernama Rajipah, Saringaten, Suchinah, Muti'ahbinti Taimon, Kiswanon, Sufian, Basrom, Rustijah, Rushikin dan Rosmiah. Kini cik Sufian dan cik Rushikin yang masih hidup sihat. (zib info 7.7.2026).

Sila layari https://toisu.blogspot.com/?m=0

    Ayahanda Sururi bin Abdul Karim dilahirkan pada 3 Feb 1925 di Lot 379 Lorong Haji Sukim, Batu 7 Ijok, 45600 Batang Berjuntai / BESTARI JAYA dan ibunda Muti'ah binti Toimon pada 30 Jan 1932 dilahirkan di Jalan Taimon off Jalan Teluk Pian Kanan, Kampong Baharu Assam Jawa0, 45, Kampong Baharu Assam Jawa, 45. Tahun 1944 Dengan restu keluarga mereka berdua telah dijodohkan dan dua tahun berselang lahirlah abang sulung kami.

    Bekerja sebagai penoreh getah di lot 379 seluas 1.5 ekar, kebun getah kepunyaan nenda kami Abdul Karim bin Khasan Rejo sementara emak /ibunda pula di kebun nenda Toimon bin Khasan Muraji @Rono Sengojo bin Josino bin Singo Senggolo; seluas 2.5 ekar kedudukan berselang dua kebun ; sambil membuka kebun baharu di lot °3208 terletak di batu 8 Ijok sejauh 1.6km dari rumah.

A.       Ayahanda Sururi bin Abdul Karim 3955362 dilahirkan 250203105139 | 21 Dis 2021.

B.       Ibunda Muti'ah binti Toimon 2168225 dilahirkan pada 320130105082 | 1 Jul 2015.

seorang.    Hj Kasmurin bin Sururi 3955363 pada 3 Sept 1946 | * 20 Feb 2014 .

b.    Hj Maariff bin Sururi pada 20 Mac 1949.

c.     Hj Rosmin bin Sururi pada 1 Jan 1950 | 14 Dis 2014. Info tepat.

d. Hjh Sulimah binti Sururi lahir 24 Okt 1952. 

e. Hjh Madzliah binti Sururi lahir 550701 10 6200 pada 1 Jul 1955 | 25 Dis 2022.  Maklumat   t epat.            

f. Norhani binti Sururi lahir 15 Nov 1956.  

g. Hj Isnu bin Sururi lahir 13 Okt 1958. 

h. Hj Juanda bin Sururi lahir 14 Dis 1960. 

i. Shamsul Bahri bin Sururi lahir *12 Dis 1962.  

j. Hj Shahdzul Kahar bin Sururi lahir *12 Dis 1964.  

k. Dzaidatul Laily binti Sururi lahir *12 Dis 1966 dan;  

l. Hj Syaiful Hashik bin Sururi lahir 9 Sep 1970.   


A. Lahir .

- Dilahirkan pada 13 Okt 1958 jam 3.00 pagi, pasaran Isnin Legi di Lot 379 Lorong Haji Sukim, Batu 7 Ijok, Batang Berjuntai tetapi maaf oleh keberbatasan waktu telah didaftarkan pada 22 Okt 1958.


B. Awal persekolahan . Di Sekolah Kebangsaan Ijok;

- 2 Jan 1965 - 31 Dis 1970.


C. Sekolah menengah .

- DMK Sultan Sulaiman Shah, Batang Berjuntai. Menumpang dengan SMK Sultan Sulaiman Shah 4S.

- 2 Jan 1971 hingga 31 Dis 1973.

- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Kuala Selangor.

- Tingkatan 4 Sastera A1 - 2 Jan 1974 hingga

- Tingkatan 5 Sastera A1 hingga 31 Dis 1975.

- Tamat persekolahan. SPM 1975 dan SPM 1976.

 

D. Kursus dan pengalaman kerja .

- Kursus Asas Getah dan Kelapa Sawit. Kursus 14 Minggu Anjuran RISDA di Kg. Awah, Temerloh, Pahang. Dari 6 FEB 1978 - 25 MEI 1978.

- Menganggur * menolong kerja-kerja bapa di kebun.

- Sebagai Packer, di Malaysia Explosive (Malex), Batu Arang, Rawang; mula 1 MAC 1979.

- Operator Mesyen, Malaysia Explosive (Malex), Batu Arang, Rawang mulai sehingga *30 Mac 1980;

- Pembantu Luar FELCRA Bukit Nikmat, Jerantut mulai *1 JUL 1981.

- Guru Pelatih di MPIK, Ketua K8 82-84 PPAK (PSR) Muzik, Jalan Tenteram, Kuala Lumpur mulai 16 JUN 1982 - 31 Dis 1984. Fakta ; Masuk dahulu baharu ujian Ukelef di bilik kuliah.

 

E. Alam pekerjaan .

Penempatan guru pertama kali di ;

* Sekolah Rendah Kerajaan yang kini Sekolah Kebangsaan Tanjong Bundong, Meradong, d/a Pejabat Pendidikan Daerah Meradong, Jalan Kemajuan, 96500 BINTANGOR pada 2 JAN 1985; Melapor diri selepas waktu maghrib Jumaat 4 Jan 1985.

* Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20, 45800 JERAM mulai 1 JAN 1989 ;

* Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, 45800 JERAM mulai 1 DIS 1994 ;

* Kursus NPQH Ambilan 2, Tahun 2000. Di IAB SRI LAYANG, 69000 GENTING HIGHLAND, Pahang. Mulai 16 Feb 2000 sehingga 15 JAN 2001.

* Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20, 45800 JERAM mulai 16 JAN 2001.

* Pejabat Pendidikan Daerah B300, Kuala Selangor. Penolong ICT Dan Data mulai 16 FEB 2005.

* Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 BBA3207 mulai 2 JAN 2011.

* Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 BBA3207 mulai 16 APRIL 2014 sehingga 22 OKT 2018.

 

F. Keluarga .

Pada 21 Julai 1986 di Kampung Pengkalan Nyireh, Kuala Besut, Terengganu Darul Iman setelah pulang bercuti dari Sarawak.

* OGO 1987 Anak pertama Khai lahir di Kampung Pengkalan Nyireh, Kuala Besut.

* NOV 1988 Haffiy anak kedua lahir di hospital Sarikei.

* OKT 2007 Dr Izwana anak ketiga HTAR dan ;

* FEB 2011 Diva Ayu HSgBlh Kepong.

 

G. Persaraan .

Telah direalisasikan pada  https://youtu.be/OEDmZPwrK1U?si=eFHNO3GRkxX6rKCQ

https://youtu.be/OEDmZPwrK1U?si=eFHNO3GRkxX6rKCQ

 

H. HARAPAN .

Dapat menjalani kehidupan yang telah ditentukan ini dengan tenang, dalam keredaan Illahi, Alhamdulillah Aamiin. terima kasih.

29 April, 2026

Dari Operator Mesin ke ‘Operator’ Budak Sekolah - 39 Tahun Tak Sempat Rehat.

Tajuk Anekdot: 
Dari Operator Mesin ke 'Operator' Budak Sekolah - 39 Tahun Tak Sempat Rehat. 

Pada Mac 1979, aku start kerja kat Malex jadi packer dengan operator mesin. Hari-hari gaduh dengan mesin. Dia buat perangai, aku ketuk manja. Gaji masuk, hati senang. Masa tu cita-cita: “Biarlah mesin je yang bising, janji poket berisi.” Tup-tup 1 Julai 1981, aku tukar angin jadi Pembantu Luar FELCRA Bukit Nikmat, Jerantut. Dari bunyi “dug dug dug” mesin, terus ke bunyi “krok krok krok” cengkerik kebun. Muka licin terus jadi gelap sebab panas ladang. Mak tanya, “Kerja apa sampai hitam macam ni?” Aku jawab, “Mak, ni bukan sunburn, ni tanda bakti negara.” 

16 Jun 1982, entah semangat mana datang, aku masuk MPIK ambil PSR Muzik. Dari angkat tanda sawit, terus angkat rekoder. Praktikal kat SK Bandar Tun Razak, Siri 1 & 2. First time ajar budak, aku tiup rekoder bunyi macam kereta api nak mati. Budak-budak gelak sampai cikgu besar jeling. 2 Jan 1985, first posting kena campak ke SRK Tanjung Bundung, Meradong, 95000 Bintangor. Nak pergi sekolah kena naik bot. Nyamuk sana sado-sado, sekali digit “helikopter” terus demam seminggu. Tapi kat situ aku naik level: siang cikgu, malam jadi bomba, tukang paip, bomoh pening kepala budak asrama.
  

Kredit gambar: Cikgu Cek Hassin Isa 10 Mac 2023. 
Hujung 1988 balik Semenanjung, SK Jeram Batu 20. Awal Disember 1994 lompat SK Parit Mahang. Hidup cikgu ni macam main dam haji - lompat-lompat sekolah. 16 Feb 2000, pergi IAB ambil NPQH Ambilan 2. Umur dah nak masuk 4-series, kena buat assignment macam budak U. Tengah malam baru siap, kopi 3 cawan, mata macam burung hantu. Bini tanya, “Abang ni belajar ke kena rasuk?” Tab-tub 2001 patah balik SK Jeram Batu 20. Budak tegur, "Cikgu, cikgu pindah pergi mana hari tu? Rindu cikgu." Aku jawab dalam hati, “Cikgu pun rindu gaji lama, tapi apakan daya.” 

15 Feb 2005 naik PPD Kuala Selangor - Data ICT Penolong. Dari ajar budak tekan rekoder, sekarang aku pula kena tekan keyboard. Mula-mula Excel pun aku ingat nama kedai baju. GPK-GPK telefon tanya data, aku jawab, “Sabar, cikgu tengah berguru dengan Embah YuTub.” Ha ha ha. 

1 Jan 2011 jadi GPK Ko-Kurikulum SK Puncak Alam 3. Kerja dia? Pagi ke padang, tengah hari mesyuarat, petang lari urus kejohanan. Kasut sukan aku lagi banyak dari kasut raya. 2014 tukar jadi GPK HEM. Rasmi jadi 'polis sekolah'. Budak tak pakai stoking, aku tahu. Budak ponteng, aku hidu. Mak ayah datang, ayat standard aku: “Anak tuan bijak, cuma bateri dia je selalu lemah.” 

22 Oktober 2018, genap 60 tahun, terus pencen. Hari last punch card, sunyi. Mesin punch tu pun macam sedih tengok aku. Dari mesin Malex sampai mesin punch sekolah, 39 tahun aku layan mesin dan manusia. Kesimpulan: Hidup ni macam lagu PSR Muzik juga. Ada intro kelam-kabut, verse naik turun, chorus penat, tapi ending dia tetap manis kalau kita enjoy rentak dia. Sekarang? Tido pukul 10 malam, bangun tak ada loceng. Tapi rindu… rindu bunyi bising budak, rindu bau kapur, rindu kena kejar dateline PPD. Kini rindu itu terkurung dalam Sejarah diri. 

Kredit gambar: Cikgu Cek Hassin Isa 10 Mac 2023. 
Perkataan: 498 
Nama pena: Nor Isna. 
Jumaat 4 Apr 2026

14 March, 2026

EidilFitri 1447H 20 Mac 2026 Jumaat

Selamat berpuasa hari Ahad/Minggu ang ke 25 Ramadan 1447H bersamaan 15 Mac, 2026 hari Ahad. Dijangka pada Jumaat 20 Mac, kita akan menyambut bersama hari raya EidilFitri 1447H Maaf Zahir Batin.