15 December, 2013

Sumbangan wang amal jariah

Saya BERMINAT. Teruskan membaca.

Ruj. Tuan  :         
Ruj. Kami  :         05 dlm. TOISU 2010
Tarikh       :         03 September, 2010

Semua Jawatan Kuasa TOISU,
Semua Ahli Jawatan Kuasa TOISU,
Semua Ketua Keluarga TOISU,
Semua Ahli KETURUNAN TOIMON - SUPIAH (TOISU).

Tuan,

SUMBANGAN KUTIPAN WANG AMAL JARIAH (IBU DAN AYAH – DATUK DAN NENEK)

Assalamualaikum. Perkara di atas adalah dirujuki.

2.      Merujuk kepada minit mesyuarat TOISU Bilangan 3/2010 bertarikh 19 Jun, 2010 Sabtu; 6.1 Amal Jariah TOISU.

Setelah dibincangkan panjang lebar cadangan En Sarifudin Md Yusof (Pn Sazanul Kesumawati Basrom), mesyuarat memutuskan akan membuat kutipan wang daripada ahli-ahli berminat. Buat amal jariah dapat pahala (untuk ibu dan ayah yang telah tiada).

3.   Sehubungan dengan itu bersama ini dikepilkan bersama borang TOISU-5 yang menyatakan maksud dan hasrat tersebut. Kalau tidak dimulakan, tiadalah nanti.

4.      Sebarang pertanyaan, sila diajukan terus kepada Pengerusi, Tn Hj Sufian Taimon; atas talian 0123710xxx, 0342577xxx atau Setiausaha. Marilah kita bersama-sama menjayakannya.

5.      Akhir kata pihak kami sangat berharap Tuan / Puan / Datuk dapat mengambil bahagian dalam perkara ini. Akhir kata semuga Allah Taala akan memberi kesihatan dan kekuatan fizikal mental demi maksud dan keutuhan TOISU dimasa mendatang. Buat amal jariah dapat pahala. 

Sekian harap maklum. Selamat Hari Raya Idil Adha 1431h, Terima kasih.

"DARI TOISU UNTUK TOISU"

“Berkhidmat Untuk TOISU”

Saya yang menurut perintah,

...............................
Setiausaha Kehormat
[ Hj. ISNU Hj. SURURI ]
Persatuan Zuriat Toimon Dengan Supiah
Berayan Segemal Seri ( TOISU )

#Kepada waki-wakill keluarga TOISU, sila maklumkan perkara ini kepada ahli-ahli di bawah jagaan Tuan. Terima kasih.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Boleh juga diubah suai dalam Words, copy and paste.
 . TOISU-5 .

BIL PERKARA UNTUK TANDAKAN √
1 SUMBANGAN WANG – AMAL JARIAH IBU DAN AYAH
2 SUMBANGAN WANG – AMAL JARIAH DATUK DAN NENEK
3.
[ Sumbangan akan dikelolakan oleh pihak TOISU bagi maksud tersebut. ]

NAMA PENUH PENYUMBANG : ......................................................................................................
NO KAD PENGENALAN KPT : ....................................................................
JUMLAH SUMBANGAN  : RM ...........................................................
SUMBANGAN DALAM BENTUK : WANG TUNAI
SUMBANGAN DINIATKAN UNTUK : ..............................................................................................
( Sila tuliskan dengan jelas )   ..............................................................................................
Sekian, sila uruskan AMAL JARIAH saya sebaik mungkin. Terima kasih.
Saya yang ikhlas/benar;     Saksi - sekiranya perlu.


t.t.......................................................................  t.t.............................................................................
[Nama:                                                                                   ] [Nama:          ]
No. KPT :  .........................................................  No. KPT :  .........................................................
Tarikh :      Tarikh :  
No HP   :
Dengan lafaz Bismillah hirrohman nirrohhim, saya dengan ikhlas dan rela hati dengan tiada paksaan oleh mana-mana pihak, menyerahkan sumbangan berupa wang tunai sebanyak tersebut untuk tujuan Amal Jariah bagi keluarga kami pada tahun ini kerana Allah ta’ala. Semuga diterima oleh-Nya.

Sila serahkan Borang yang telah diisi ini bersama sumbangan Tuan / Puan / Datuk kepada Wakil Keluarga Tuan / Puan atau terus kepada;

Tuan Bendahari TOISU,
Tn Hj Fadlilah Osman,
Batu 24 ½,  KM 5.6 Jalan Kuala Selangor - Klang
Kampung Assam Jawa,
45700 BUKIT ROTAN, Selangor DE.

Terima kasih di atas keprihatinan, kerjasama, dan sumbangan bermakna Tuan/Puan. Semuga Allah Ta’ala akan melipat gandakan rezeki Tuan/Puan dimasa mendatang. Insya-Allah. Amin.

Sila tulis dengan jelas dan mudah dibaca. Terima kasih.   Tamat.

Nor Isna Kod_08.04.07

Jemputan









Kepada semua keluarga dan Ahli Gagasan TOISU ..

Jemputan Makan Tengah Hari - Menu; DAGING LEMBU KORBAN



Pada Hari Sabtu 20 November, 2010 jam 1.00 tengah hari, Abang Haji Kasmudin Hj Basrah (Wah Busro) / Kak Hjh Sarah hp 012 62450xx menjemput semua adik beradik termasuk anak-anak buah, cucu-cucu, cicit kalau ada (keturunan gagasan TOISU) untuk kemajlis MAKAN tengah hari di rumahnya Jalan Rizab Haji Sharif Batu 8 Ijok, untuk hajat MAKAN DAGING LEMBU KORBAN yang disembelih pada semalamnya iaitu pada Hari Raya Haji ke-3. 

Semuga jemputan ini diambil perhatian serius dan tidak diuzurkan. Juga bertujuan merapatkan hubungan sesama kita bersama.

Dari saya yang menjemput secara bertulis bagi pihak Hj Kasmudin dan bagi pihak 1Toisu.

Jemputan LISAN disampaikan kepada saya pada jam 8.15 malam Ahad 30 Oktober 2010 yang lepas sempena membawa mak, pak menziarahi Wak Suchinah Toimon; mari baru lepas meriyang.

NOTA:


SILA SAMPAI-sampaikanKAN KEPADA SEMUA AHLI-AHLI TOISU walaupun di mana berada Di MALAYSIA INI. Melalui FaceBook sangat-sangat dialualukan.
 
Sekian terima kasih diucapkan.

"Berayan Segemal Seri"

Do the best.

Ikhlas dari saya,
visnu.sururi@gmail.com  
http://toisu.blogspot.com/
Nor Isna Kod_08.04.07

Derma Tahunan TOISU Mulai Tahun 2014

Derma Tahunan

Mulai tahun 2014 derma yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-

a.  Anak-anak TOISU RM50.00
b.  Cucu-cucu TOISU RM30.00 yang bekerja atau pun yang tidak bekerja dan
c.  Cicit-cicit TOISU RM10.00 yang sudah bekerja.

Sumber

Minit mesyuarat TOISU bil 4/2013 bertarikh 14 Disember, 2013 yang berlangsung di rumah En Jais Muhamad dan Pn Selbiah Salleh, 6 Jalan Teluk Piah Kanan, Kg Baharu Assam Jawa, 45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.

Kod_08.04.07