16 December, 2013

Sinopsis Penubuhan TOISU - 01

SINOPSIS PENUBUHAN TOISU - 01

T O I S U

          Badan ini merupakan BADAN KEBAJIKAN KELUARGA, yang dicipta melalui gabungan nama yang menjadi tunggak kelahirannya iaitu:-

          Nama arwah ayah, TOIMON diambil suku pertama iaitu TOI.
          Nama arwah ibu,   SUPIAH   diambil suku kata pertama juga iaitu SU.
          Kedua-dua suku kata ini digabungkan menjadilah ’TOISU’ nama badan ini.

          Toisu diujudkan atas kesedaran anak lelakinya iaitu Haji Sufian bin Toimon kemudiannya dibawakan kesuatu perundingan dengan adik lelakinya iaitu Basrom bin Toimon dan 2 adik perempuannya iaitu Datin Hajjah Rostijah dengan Hajah Rosmiah secara tidak langsung 2 adik iparnya sama iaitu Dato’ Dr Hj Yusoff bin Hassan dan Haji Fadlilah bin Osman (Kedua-duanya ipar). Perbincangan ini berlaku di rumah No 1 Jalan Enggang 14, Kampung Keramat, Kuala Lumpur.

          Badan ini berfungsi atas nama kebajikan dengan berpaksikan pendekatan adik beradik yang terhasil dari nama TOISU seramai 10 orang, iaitu 2 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Bila berlandaskan kebajikan sudah tentu badan ini tidak mencari keuntungan atau pun laba hanya dapatlah sedikit pahala (itupun kalau ada). Mereka itu ialah

1.    Cik Rajipah
2.    Cik Seringatin
3.    Cik Suchinah
4.    Cik Muti’ah
5.    Cik Kiswanon
6.    En Sufian
7.    En Basrom
8.    Cik Rostijah
9.    Cik Rosmiah dan
10.  Cik Rusikin.

Hasrat hajat Hj Sufian, ingin merapatkan lagi hubungan adik beradiknya supaya kaitan kekeluargaan ini terus mantap., diantara cucunya pula semakin dekat. Beliau juga berhasrat dengan adanya TOISU ini, tidak ada diantara zuriat yang terasa dipinggir atau terpinggir kerana telah ada sebuah perahu untuk berjema’ah.

Ujudnya TOISU sekurang-kurangnya mereka akan dapat bertemu 2 atau 3 bulan sekali iaitu dalam pertemuan, mesyuarat yang telah tersusun berarak dari rumah ke rumah mengikut kesanggupan. Apa keanehan di sini segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh tuan rumah bukan wang TOISU.

Hasil dari itu bagi memperkasakan lagi tujuannya maka TOISU mencipta kata-kata SAKTI atau MOTTO. Dalam mesyuarat kali pertama juga badan ini bersetuju mengadakan suatu pertandingan mencipta LOGO persatuan dengan saudara ISNU telah berjaya. Di majlis itu juga telah menentukan beberapa perkara seperti di bawah ini.

a.            Semua anak TOISU duduk sebagai Jawatankuasa Tetap seramai 10 orang.
b.         Manakala anak-anaknya yang telah kembali ke rahmahtullah, hendaklah tempatnya digantikan oleh salah seorang cucu TOISU. Sebaik-baiknya mendapat persetujuan dari adik beradik yang lain.
c.            Tidak ada seorang pun anak TOISU yang menarik diri atau keluar.

Mesyuarat ini juga telah melahirkan sebuah MOTTO berbunyi ”BERAYAN SEGEMAL SERI” yang membawa erti begitu mendalam kalau kita definasikan.

BERAYAN SEGEMAL SERI, Yang membawa erti iaitu:-

a.            BERAYAN dari bahasa Jawa bererti ( Persepakatan ).
b.            SEGEMAL dari bahasa Melayu bererti ( Secekak ).
c.            SERI dari bahasa Senskrit bererti ( Padi ).

Alangkah indahnya susunan ungkapan ini yang menyalurkan pengertiannya ”KESEPAKATAN PADAT & PADU”.

Kita semua faham kalau sudah berpadu dan padat dengan hasrat menjadikan mampat atau tumpat. Maksudnya kalau keluarga TOISU menjunjung kata-kata ini dan dilakukan dengan perbuatan yang ikhlas, pemerhati percaya apa yang dihasratkan akan tercapai. Insya-Allah kerana dalam kamus Bahasa Melayu banyak memperkatakan hal ini, umpamanya:-

a.            Seperti aur dengan tebing.
b.            Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.
c.            Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
d.            Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.
e.            Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat ......... .....
f.             Cubit peha kiri, peha kanan sakit jua,
g.            Telur sesangkak, pecah sebiji ..............  ................

Untuk memantapkan lagi hasrat ini, adalah terjunjung di kepala dan terpikul di bahu anak-anak TOISU yang 10 orang iaitu:-

a.        Tuan Haji Sufian bin Taimon            selaku            Pengerusi
b.        Tuan Haji Kasmudin bin Basra          selaku            Setiausaha
c.        Tuan Haji Kasmurin bin Hj Sururi      selaku            Pen Setiausaha
d.        Pn Hjh Kiswanon binti Taimon          selaku            Ahli Jawatan Kuasa
e.        En Basrom Bin Taimon                    selaku            Ahli Jawatan Kuasa
f.        Datin Hjh Rostijah binti Taimon         selaku            Ahli Jawatan Kuasa
g.        Pn Hjh Rosmiah binti Taimon            selaku            Ahli Jawatan Kuasa
h.        Pn Hjh Rusikin binti Taimon             selaku            Ahli Jawatan Kuasa
i.         En Jais bin Muhammad                    selaku            Ganti ibunya Pn Rajipah
j.        Pn Hjh Marsijah binti Mansor            selaku            Mewakili ibunya Seringatin



Ditambah 2 orang lagi yang dipilih melalui mesyuarat dari kaitan IPAR iaitu
a.            Yang Bhg Dato’ Dr Hj Yusoff bin Hassan DSSA; AMS; KMN; PJK; JP; PC; sebagai Timbalan Pengerusi (Menantu).
b.            Tn Hj Fadilah bin Osman sebagai Bendahari (Menantu).

PERANCANGAN.

1.            TOISU telah merancang ke arah Berayan Segemal Seri iaitu:-

a.    Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat di rumah anak-anak TOISU cara bergilir-gilir dengan perbelanjaan urusan tempat makanan dan persiapan ditanggung oleh tuan rumah. Dalam pusingan PERTAMA diadakan di rumah :-                   
                   
1        Datin Hjh Rostijah Taimon PJK; PPN;           pada 10 Dis 2006
2        Tn Hj Kasmudin Basrah AMN; PJK;              pada 04 Feb 2007
3        Pn Hjh Rusikin Taimon PJK:                       pada 25 Mac 2007
4        En Jais Muhammad                                   pada 22 Apr 2007
5        Tn Hj Sufian Taimon                                 pada 23 Jun 2007
6        Pn Hjh Rusmiah Taimon                            pada 17 Nov 2007
7        Tn Hj Kasmurin Hj Sururi PPT                     pada 16 Feb 2008
8        Pn Hjh Marsijah Mansor                             pada 01 May 2008
9        En Basrom Taimon                                   pada 16 Ogos 2008
10      Pn Hjh Kiswanon Taimon                           pada 14 Feb 2009

b.    Sementara PELANCARANNYA  berlangsung pada 22.12.2007 bersamaan hari Sabtu jam 9.00 bertempat di Dewan Besar Kampung Assam Jawa, Kuala Selangor.

c.  Merapatkan tali persaudaraan walaupun berada di seberang laut umpamanya dari Ponggol, Tenggelek, Indonesia (Hj Kasmudin).

d.    Memperbaiki tapak pusara TOISU dari Malaysia di Kampung Assam Jawa oleh Hj Abdul Ghani bin Kashmir PBM;..

e.    Kunjungan Keluarga TOISU dari Malaysia ke Indonesia dengan belanjanya TANGGUNG sendiri. (Ketua rombongan Tn Hj Sufian Taimon).

f.   Berayan Segemal Seri bercita-cita hendak memperindahkan pusara keluarga di Tenggelek, Indonesia.



TITIK HITAM DALAM TOISU.

Sayangnya hasrat murni ini dicemari oleh satu dua lafaz dan kalimah yang boleh merosakkan TOISU. Semuanya nada sumbang ini lahir dari zuriat TOISU sendiri.

TOISU LAHIR MEMANG SELARAS DENGAN PERBILANGAN:-

Bukit sama didaki.
Lurah sama dituruni.
Laba sama dikutip.
Rugi sama ditatang.
Hati kuman sama dicecah.
Hati gajah sama dilapah.
Berat sama dipikul.
Ringan sama dijinjing.
Pangkal sama dipupuk.
Pucuk sama digetas.
Bunga sama dipetik.

Atau dalam Peribahasa SUKU DUSUNNYA.

Potitong kou ni dot aso kepingarahan matdikaou, Amu no atoliban I yod ko
Sinuluw it aki poror.

Sipemerhati penuh percaya kalau pendukung TOISU mempunyai keyakinan diri dan berpegang pada pepatah ini, Inn shaa-Allah dia akan berjaya.

Jika menebang menuju pangkal.
Jika melanting menuju tangkai.


PENUTUP.

Sebagai pemerhati saya berpendapat, kelahiran TOISU amat bermakna kepada semua zuriat TOISU. Apa yang berlaku adalah perkara biasa dalam satu-satu persatuan atau badan. Walau bagaimanapun TOISU adalah baik kerana dia tidak menjadi seperti kata kiasan

”Kekeruhan dalam bersatu lebih baik daripada keheningan dalam perpecahan..”


TERIMA KASIH.



Dari PEMERHATI.+.


Diadaptasikan daripada bahan asal, tulisan dan nukilan Dato’ Dr Hj Yusoff bin Hassan oleh 

admin Kod_08.04.07

No comments:

Post a Comment