16 December, 2013

Biodata_Ahli_TOISU_Version_1

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN BIODATA TOISU (TOIMON DENGAN SUPIAH)


Dari: Nor Isna < toisukualaselangor@ gmail.com 


1. Biodata ini akan dibukukan (inn shaa-Allah) sama ada melalui cetakan, soft copy (CD, thumb drive, eMel, iPad, iPod atau Laman web).

2. Ia masih dalam peringkat mencarian dan pengisian data sempurna.

3. Sebagai contoh untuk keluarga 08.04 Hjh MUTIAH BT TOIMON Dengan Hj SURURI B HJ ABD KARIM, dengan anak (12 ADIK BERADIK). Dicampur pula anak saudara dan cucu saudara, saya rasa lebih dari 121 orang dewasa ini (Sep 2012).

4. Contoh selanjutnya, Nenek Ijok / Emak Ijok (Hjh Mutiah bt Toimon), salah satu dari 10 adik beradiknya. Kita boleh bayangkan berapa banyaknya saudara kita yang kita sendiri (maaf cakap ajer lah ada lebih 1122) umpama malas hendak mengenali sesamanya. Dan bayangkanlah seandainya 7 atau 8 keturunan akan datang. Kan itu salah kita sebenarnya tetapi kita tidak mahu mengucapkannya. Siapa pula kita seandainya kita yakni Embah Supian / Cik Supian b Toimon sebagai pengerusi / pewaris badan kebajikan yang mengusahakannya tidak memulainya sebegini.

5. Namun begitu bila sudah menjadi sebuah buku, kata otai-otai [otai] all timer (mungkin beli) bolehlah kita buat panduan mencari sanak saudara jauh dan dekat, macam jejak kasihlah layaknya di samping GPRS sedia ada. Dan terpulanglah kepada kita bagaimana kita mahu mencorakan perhubungan persaudaraan relationship antara kita (sanak saudara) itu berpanjangan atau bagaimana.


6. Sementelaah itu kita juga boleh mencari rumah penginapan (kalau begitu perlu) seandainya kita on the way to some where dan tiada PITIH mencukupi, eloklah kita bermalam dan berkenal-kenal dengan saudara mara kita itu. SO alamat dan no telefon ada dalam dokumen itu, senangkan.

7. Dan banyak lagilah yang baik-baik. Bak kata pepatah, untuk kebaikan keluarga (toimon dengan supiah TOISU ) iaitu emak dan bapa nenek ijok itu. Bukan nenek Ijok sahaja malahan semua waris generasi 1TOISU akan dapat digarap dan dirungkai di mana ianya berada.


8. Apa kata buat permulaan kita mulakan dengan salasilah keluarga Emak / Nenek kita dengan Bapa / Datuk kita.. Kita kenal antaranya terlebih dahulu. Test market kita. Menjadi atau tidak. Kadang ada anak buah yang tidak berkenal dan pergi ke rumah ayah saudaranya semenjak nikah kahwin tempoh hari.

Saya akui saya sudah pergi berziarah ke rumah bapa saudara dan emak saudara sebelah emak dan bapa saya. Dan anak buah / anak saudara pula jarang malah langsung tidak menjenguk, menziarahi dan bertanya khabar berita. Melalui telefon henpon pun jauh sekali. Apabila ada sesuatu baharulah kita mamai menyatakannya. Bagaimana pula dengan anda? Jadi saya berharap mulailah dengan bertatihpun tidak mengapa. Asalkan berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian.


nor isna Kod_08.04.07-1-Sep-2012 - memerhati

No comments:

Post a Comment