10 November, 2010

Makalah TOISU Bilangan 03 Tahun 2011 Bulan Januari


Embah TOImon Rono Sengolo n Embah SUpiah Hj Nor

Assalamualaikum. Bersua kembali di ruangan ini. Semuga kita semua dalam keadaan sihat wala’fiat dan dapat bertemu berkali-kali hendak-Nya.

Syawal 1431 h telah meninggalkan kita. Sempurnakah ziarah (sejarah raya) kepada anak-anak gagasan TOISU. Semuga siratul rahim kita eratkan bersama.

Begitu juga tarikh 16 September 2010 telah berlalu dan meninggalkan kita semua. Tarikh keramat yang harus diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dan bagaimana pula dengan tarikh ini: Mesyuarat penajaan 10 Disember 2006. Berlangsung di rumah Yang Bhg Dato’ Dr Haji Yusoff Hassan DSSA; AMS; KMN; PJK; JP; PC; Rumah Upu Cendana, Lot 770 Jalan Daeng Chelak / Jalan Klinik, Taman Malawati Kuala Selangor. Dianggotai seramai 17 orang semuanya. Pengasasnya Tn Hj Sufian Toimon selaku Pengerusi dengan 10 orang Jawatankuasa Induk.

BERITA SEMASA 1TOISU

27 Ogos 2010 jam 9.15 malam
Syukur alhamdulillah. Pada 17 September 2010 Yang Bhg Dato’ Dr Haji Yusoff Hassan DSSA; AMS; KMN; PJK; JP; PC; beliau telah dibenarkan pulang ke rumahnya setelah dirawat di Poliklinik Ijok, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Serdang; terbabit dari kemalangan kereta di km 42.5 jalan Kepong Kuala Selangor. Terima kasih yang telah mendoakan kesihatan,  keselamatan, dan kesembuhan beliau. Hanya Allah ta’alla membalasnya. Syu’kron. Sila rujuk http://01924192Xx.serdang.60332891605

11 November 2010
Satu majlis Yassinan telah diadakan di rumah Hj Maariff Hj Sururi pada 1 Nov 2010 yang lalu khas untuk Hj Kasmurin Hj Sururi, telah selamat menjalani pembedahan barah usus/perut di Hospital swasta di Shah Alam pada 11 Nov 2010.  Pihak editor berharap dapatlah ahli-ahli TOISU bertandang ke rumahnya di Syeksyen 4 Shah Alam atau bertanyakan khabar berita melalui telefon, melalui sms mahu pun melalui email. Juga saya memohon panjatkan doa tuan / puan / dato’ ke hadrat Illahi agar beliau sembuh sepenuhnya dan normal kembali menjalani kehidupan seperti biasa, aamiin. Sila layari ksmurin@gmail.com

Buku Salasilah Keturunan TOISU Version 1- 2010
Ia BELUM juga siap sepenuhnya. Entah di mana silafnya. Semua Ketua keluarga yang belum melengkapkan disarankan berbuat demikian. Tolonglah berbuat demikian. Data yang belum lengkap terdiri daripada;-

Keluarga TOISU 4.01 Pn Rajipah
Keluarga TOISU 4.03 Pn Hjh Suchinah
Keluarga TOISU 4.05 Pn Hjh Kiswanun
Keluarga TOISU 4.06 Datin Hjh Rustijah**
Keluarga TOISU 4.07 Hj Sufian
Keluarga TOISU 4.09 Pn Hjh Rosmiah @ Rosikin**
Keluarga TOISU 4.10 Pn Hjh RUSIKIN
** Perlu penambahbaikan
Data terakru pada 12 Dis 2010

Ketua-ketua keluarga sila berhubung dengan Ir Tn Hj Mohd Isa Mansor 0193277067 atau  eMail: mohdisa@atien.com.my Lagi-lagi yang ini. Ketua keluarga tidak bertindak ke? Kompani yang malu.
Perlu diingatkan wakil keluarga lain tidak boleh sama sekali mengemaskinikan data keluarga yang lain. Contohnya wakil keluarga TOISU 4.04 mengemaskinikan data Keluarga TOISU 4.11.

Bayaran Yuran Rahunan 2011
Sila kumpulkan dikit-dikit RM pembayaran tuan puan. Contonya RM0.10 sehari dan simpan disuatu tempat yang selamat dan akhirnya nanti dapatlah dibayar yuran tahun 2011. RM0.10 x 360 = RM36.00. Itu 10 sen bagaimana kalau 20 sen? Bayaran yuran tahun 2010 telah ditangguhkan yakni tidak dibayar.

Satu cerita menarik saya ambil inti pati sahajalah. Katanya, ”ni kena bayar bulan bulan seperti bayaran adik beradik itu ke?” Apa agaknya jawapan kepada soalan itu. Ha, inilah uniknya TOISU, macam bayar fitrah. Mahal sangatkah? Boleh mohon sumbangan. Sila lihat perenggan di bawah.

Berkelah dan Lawatan di Port Dickson
Ketua Biro Lawatan akan mengenal pasti tempat sesuai. Pemberitahuan sebulan awal, masa dan hotel penginapan. Ahli-ahli dan yang berminat boleh berkunjung terus pada tarikh dan hotel yang berkenaan (akan diberitahu kemudian). Aktiviti yang dicadangkan; Sukan & Permainan dan Tazkirah. Sila berhubung dengan Ketua Biro Lawatan.
*Berita terbaharu di Pacitan Homestay, negeri Melaka. Ada chalet ala kampung, masak sendiri. Kapasiti 300 orang. Lokasi di pantai barat dari Port Dickson menuju ke Melaka melalui jalan lama.

Siapa Mahu Memohon Sumbangan Atau Memohon Derma?
Pihak kami mengalu-alukan sebarang permohonan sumbangan atau derma daripada keturunan TOISU kepada keturunan TOISU yang lain; boleh dipohon kepada beliau Tn Hj Sufian Hj Taimon atau anak-anak beliau, Mirza Safri Hj Sufian, Dr Seri Suniza Hj Sufian dan Azli Safri Hj Sufian. Surat untuk permohonan amat diperlukan. Sila nyatakan tujuan permohonan. Tuah ayam di kaki, tuah orang di Melaka, Hang Tuahlah. Insya-Allah akan diluluskan. Sehingga ke hari ini belum ada yang MEMOHON.

Amal Jariah TOISU
                AJK Kebajikan akan mengutip wang daripada ahli yang berminat. Buat amal jariah dapat pahala [untuk ibu dan ayah (TOISU)]. Boleh buat binaan dan projek amal jariah di Masjid Kampung Assam Jawa, amat diutamakan.
                JKI bersetuju duit tabung TOISU akan digunakan bagi membiayainya. Kepada yang berminat (pembiayaan individu), bolehlah menghubungi Ketua Keluarga (telah diedarkan kepada ketua keluarga pada jemputan 26 September 2010 yang lalu. Juga daripada Setiausaha Kehormat untuk mendapatkan borang ATAU layari laman web /Amal Jariah. BELUM ADA YANG BERANI.

Yuran Tahunan TOISU
Kutipan yuran TOISU tahun 2008, 2009 dan 2011 perlu dijelaskan segera bagi membiayai aktiviti seterusnya. Yuran 2010 ditangguhkan. Baki pada 31 Mei, 2010 berjumlah RM3240.00 (Segala perbelanjaan ke tempat mesyuarat, makan minum adalah ditaja oleh tuan rumah dan JKI itu sendiri.)
Jemputan Menyertai Lawatan ke PANGGOL, JAWA TIMUR.
Ahli Jawatankuasa Induk mempelawa ahli-ahli TOISU yang berminat. Dijemput mendaftarkan diri kepada Biro Lawatan atau Setiausaha. Perbelanjaan pergi dan balik seorang dewasa dianggarkan RM2000.00. Lawatan dijangka Bulan Disember 2010 akan datang. [(Tidak dapat dilaksanakan disebabkan musibah datang menimpa. Insya-Allah akan dirancang kembali nanti)].
(Perlu dijelaskan - Semua lawatan terdahulu antara JKI dan Ahli TOISU adalah atas perbelanjaan individu itu sendiri, bukannya wang yuran tahunan TOISU).

Benarkah Pernyataan Ini
·         Logo TOISU yang tiada tapak = Terumbang-ambing, bertelagah. Sila lihat logo terbaharu di atas. Pindaan 2/2010.
·         Kata-kata hikmat “DARI TOISU UNTUK TOISU” diperkenalkan.

BAKEZTOS
Janggal bunyinya. Ia bermaksud Badan Amal Kebajikan Zuriat Toimon Dengan Supiah. Insya-Allah akan diujudkan bila diperlukan. Buat masa ini kewangan belum mengizinkan berbuat demikian.

Sebarang pertanyaan terus kepada Pengerusi Tn Hj Sufian Hj Taimon 012-3710137 TM 03-4257703x; Ketua Biro Lawatan Tn Hj Kasmudin Hj Basrah 01262450ZZ atau Setiausaha Hj Isnu Hj Sururi hp 01269550Xx. Semua kerjasama diucapkan terima kasih daun keladi. TAMAT.

Kurik itu kendi, Merah itu saga; Baik itu budi, Indah itu bahasa.
Bersua kembali dikeluaran akan datang,

FaceBook:        Isnu Sururi
eMail:                 toisukualaselangor@gmail.com 
Laman web:    toisu.blogspot.com                                                   Wassallam.



Nor Isna Kod_08.04.07

No comments:

Post a Comment