10 November, 2010

Makalah TOISU Bilangan 02 JulOgos 2010

MAKALAH TOISU
Bil 02/2010 Jul/Ogos

Assalamualaikum. Buat pertama kali bersua di ruangan ini. Harapan saya semuga kita semua dalam keadaan sihat walafiat dan dapat bertemu berkali-kali hendak-Nya.

Dalam diam tidak sedar Ogos 2010 bakal menjelang. Ramadzan dan Idil Fiftri 1431H beriringan bersama. Dipohokan kita eratkan siratul rahim anak-anak gagasan TOISU setahun jagung usianya kini berjemaah bersama.

SINOPSIS PENUBUHAN TOISU.

Mesyuarat penajaan pada Ahad 10 Disember 2006. Berlangsung di rumah Yang Bhg Dato’ Dr Haji Yusoff Hassan DSSA; AMS; KMN; PJK; JP; PC; Rumah Upu Cendana, Jalan Klinik, Kuala Selangor. Dianggotai seramai 17 orang semuanya. Pengasasnya Tn Hj Sufian Toimon selaku Pengerusi dengan 10 orang Jawatankuasa Induk.

Perbincangan demi perbincangan dan mesyuarat silih berganti. Bagi menelusuri kata keramat lagi sakti, nama ayahnya TOIMON BIN SINGO SENGGOLO BIN JOSINO dengan SUPIAH HJ NOR BINTI MUNAWI disepadukan menjadi TOISU dan kata-kata SAKTI atau MOTTO ”Berayan Segemal Seri” yang membawa maksud PERSEPAKATAN dari SECEKAK PADI. Katan-kata hikmat lagi sakti bagi semua zuriat TOISU dapat berjemaah dan berlindung bersama.

TOISU diujudkan bertujuan merapatkan hubungan adik beradik supaya kaitan dan ikatan kekeluargaan terus mantap lagi padu. Di antara cucunya (10 orang adik beradiknya) semakin dekat. Cicitnya pula semakin rapat dan TIADA zuriatnya yang terasa dipinggir atau terpinggir kerana telah ada sebuah perahu untuk berjemaah bersama.

Pertandingan mencipta LOGO TOISU telah diadakan dengan pemenangnya Sdr isnu telah diumumkan dalam Perjumpaan Keluarga Julung Kalinya yang dihadiri seramai 270 orang di DOR Assam Jawa pada 22 Disember 2007.

- Sinonem : Tenaga Pengasas TOISU dan JKI mulai 10 Disember 2006 -

Jawatankuasa Induk TOISU *2010
1.            Tn Hj Sufian Taimon                                                                     -               Pengerusi
2.            Yang Bhg Dato’ Dr Haji Yusoff Hassan DSSA; AMS; KMN; PJK; JP; PC;                                                                                                                              -              Timbalan
3             Tn Hj Fadlilah Osman                                                                  -              Bendahari
4.            Pn Hjh Kiswanun Taimon                                                              -              AJK
5.            Yang Bhg Datin Hjh Rustijah Taimon PJK; PPN;                       -             AJK
6.            Pn Hjh Rusikin Taimon                                                                   -              AJK
7.            Pn Hjh Rusmiah Taimon                                                                -              AJK
8.            En Mohd. Jais Mohamad                                                              -              AJK
9.            Pn Hjh Marsijah Mansor                                                                -              AJK
10.          Tn Hj Kasmudin Hj Basrah AMN; PJK;                                      -               AJK
11.           Pn Sazanul Kesumawati Basrom                                              -               AJK
12.           Pn Hjh Suchinah Taimon                                                              -               Ahli
13.           Pn Hjh Muti’ah Binti Taimon                                                       -               Ahli
14.          Pn Hjh Maznah Mohamad                                                           -               Ahli
15.           Tn Hj Shamsudin Abdul Ghani AMN; PMC; PJK; PPT        -               Ahli
16.          Tn Hj Abdul Ghani Kashmir PBM;                                              -               Ahli
17.           Ir Tn Haji Mohd Isa Mansor                                                         -               Ahli
18.        Tn Hj Md. Ngisa Kusas                                                                   -               Ahli
19.        En Isnu Hj Sururi                                                                              -               SU
20          En Kasmizan Hj Kasmudin                                                            -               Pen SU

BERITA SEMASA 1TOISU

Buku Salasilah Keturunan TOISU Version 1- 2010
Ia belum siap sepenuhnya. Ketua keluarga yang belum melengkapkan disarankan berbuat demikian. Sila berhubung dengan Ir Tn Hj Mohd Isa Mansor 0193277xxx atau  eMail:  mohamadisamansor@ gmail.com // mohdisa@ atien.com.my

Berkelah dan Lawatan di Port Dickson
Ketua Biro Lawatan akan mengenal pasti tempat sesuai. Pemberitahuan sebulan awal, masa dan hotel penginapan. Ahli-ahli dan yang berminat boleh berkunjung terus pada tarikh dan hotel yang berkenaan (akan diberitahu kemudian). Aktiviti yang dicadangkan; Sukan & Permainan dan Tazkirah. Sila berhubung dengan Ketua Biro Lawatan.

Rumah Terbuka
Tuan Hj Sufian Taimon bercadang mengadakan rumah terbuka pada bulan September 2010. Semua zuriat TOISU dijemput hadir dengan hormatnya.

Sumbangan Dan Derma
Sebarang permohonan sumbangan atau derma daripada keturunan TOISU kepada keturunan TOISU boleh dipohon kepada beliau Tn Hj Sufian Hj Taimon atau anak-anak beliau, Mirza Safri Hj Sufian, Dr Seri Suniza Hj Sufian dan Azli Safri Hj Sufian. Surat untuk permohonan amat diperlukan. Sila nyatakan tujuan permohonan.

Persaudaraan & Susun Galur Dalam TOISU
TOISU akan memperkenalkan anak-anak dan cucu-cucu keturunan Toimon dengan Supiah kepada TOISU agar lebih dekat lagi. Memandangan kesukaran bertemu dan mengenal sesama sendiri amat terbatas. Sebuah ”Makalah” terbitan berkala akan diedarkan kepada ahli-ahlinya.

Pusat Ilmu TOISU - Kg Assam Jawa dan Kuala Selangor.
TOISU terus mara dalam sebarang ilmuan akan diteruskan. Rumah Yang Berbahagia Dato’ Dr Haji Yusoff Hassan DSSA; AMS; KMN; PJK; JP; PC; dijadikan pusat menyimpan bahan buku-buku berbahasa Melayu. Di rumah Pn Sazanul Kesumawati Basrom buku-buku berbahasa Inggeris. Buku-buku Agama di rumah Tn Hj Fadlilah Osman dan buku-buku Kebudayaan di rumah Tn Hj Abdul Ghani Kashmir.

Amal Jariah TOISU
                AJK Kebajikan akan mengutip wang daripada ahli yang berminat. Buat amal jariah dapat pahala [untuk ibu dan ayah (TOISU)]. Boleh buat binaan dan projek amal jariah di Masjid Kampung Assam Jawa, diutamakan. JKI bersetuju duit tabung TOISU akan digunakan bagi membiayainya. Kepada yang berminat (pembiayaan individu), bolehlah menghubungi Setiausaha Kehormat.

Yuran Tahunan TOISU
Kutipan yuran TOISU tahun 2008, 2009 dan 2011 perlu dijelaskan segera bagi membiayai aktiviti seterusnya. Yuran 2010 ditangguhkan. Baki pada 31 Mei, 2010 berjumlah RMzzzz.00 (Segala perbelanjaan ke tempat mesyuarat, makan minum adalah ditaja oleh tuan rumah dan JKI itu sendiri.)
Jemputan Menyertai Lawatan ke PANGGOL, JAWA TIMUR.
Ahli Jawatankuasa Induk mempelawa ahli-ahli TOISU yang berminat. Dijemput mendatarkan diri kepada Biro Lawatan atau Setiausaha. Perbelanjaan pergi dan balik seorang dewasa dianggarkan RM2000.00. Lawatan dijangka Bulan Disember 2010 akan datang.
(Perlu dijelaskan - Semua lawatan terdahulu antara JKI dan Ahli TOISU adalah atas perbelanjaan individu itu sendiri, bukannya wang yuran tahunan TOISU).

BAKEZTOS
Janggal bunyinya. Ia bermaksud Badan Amal Kebajikan Zuriat Toimon Dengan Supiah. Insya-Allah akan diujudkan bila diperlukan. Buat masa ini kewangan belum mengizinkan berbuat demikian.
Sebarang pertanyaan bolehlah terus kepada Pengerusi Tn Hj Sufian Hj Taimon 012-3710zzz TM 03-42577zzz; Ketua Biro Lawatan Tn Hj Kasmudin Hj Basrah 0126245zzz atau Setiausaha Isnu Hj Sururi 0126955zzz. Semua kerjasama diucapkan terima kasih daun keladi. TAMAT.

Yang kurik itu kendi, 
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi, 
Yang indah itu bahasa.

Tiada bermula tiadalah berhujung perjalanannya. Yang mula ada akhirnya. Semoga bersua kembali dikeluaran akan datang, wassallam.

Nor Isna Kod_08.04.07

No comments:

Post a Comment