Bagaimana Kuala Selangor dan Selangor mendapatkan namanya?
Gambar ehsan daripada https://www.mpks.gov.my/
Sejarah awal nama
Selangor bermula dari Kuala Selangor itu sendiri, yakni sebuah pekan terletak di
pinggir Sungai Selangor. Manakala timbulnya nama Selangor adalah sempena
sungainya. Kuala sungai ini pula dinamakan Kuala Selangor.
Memang
zaman dahulu telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dari
nama sungai. Sebagaimana yang diketahui mereka tinggal di tebing sungai yang
menjadi alat perhubungan ketika itu. Diagakkan nama Selangor (Kuala Selangor)
ini juga telah wujud lebih awal dari Kurun 15 Masihi, kerana sebelum Melaka
dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, Kuala Selangor pernah ditakluk
oleh Melaka.
Dalam
Sejarah Melayu menyebut pada zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura
ada seorang Pasai bernama Tun Jana Khatib. Beliau mahir dalam Ilmu Khayal
Lillah dan Tauhid. Beliau mempunyai dua orang sahabat iaitu seorang pergi ke
Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib
pergi ke Singapura. Mengikut catatan sejarah, Paduka Seri Maharaja memerintah
dalam Kurun 14 Masihi (1301-1400). Jika keterangan ini adalah benar. Jelaslah
bahawa nama Selangor telah pun wujud pada ketika itu mahu pun sebelumnya. Dalam
kitab Jawa Negarakertagama yang dikarang pada pertengahan Kurun 14 Masihi pula menyebut
nama Klang tertakluk (jajahan takluk) ke Majapahit.
Beberapa
keping peta lama tersimpan di negeri Cina dan dipercayai peta itu yang
menjadi panduan kepada Laksamana Cheng Ho, salah seorang ahli perlayaran
Cina yang dipercayai belayar dalam tahun 1405-1433. Dalam peta tersebut
ada tertulis Sungai Klang dan Selangor darat. Sejarah Melayu juga ada menyebut
di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1458), Tun Perak telah
dijemput menjadi Penghulu di Klang.
Dalam
khutub khanah Royal Asiatic Society di London pula terdapat senaskhah Sejarah
Melayu bertulis tangan bersama-sama buku Raffles ada menyebutkan; Tuan
Bendahara Johor mengahwinkan anaknya, Tuan Mahmud dengan puteri Raja Beruas
(Perak) dan Tuan Mahmud diberi tahta memerintah Selangor.
Memandangkan
segala keterangan di atas, nyatalah nama Selangor telah ada sebelum Kurun 15
Masihi lagi. Selangor yang dimaksudkan oleh keterangan di atas ialah Kuala
Selangor sekarang ini di mana bermulanya politik negeri tersebut. Kata-kata ini
tidak siapa yang dapat menafikan kerana segala bukti yang membenarkan bahawa di
Kuala Selangorlah bermulanya pentadbiran negeri itu dan masih terdapat
hingga sekarang.
Sebelum
Daeng Chelak, anak raja Bugis lima bersaudara dari Pulau Sebilis itu datang ke
Selangor, di Kuala Selangor telah memang ada didiami oleh manusia diketuai oleh
seorang perempuan yang adil dari kaum Bugis yang bernama Upu Chendera Burung.
Sifat seorang pemerintah yang bertimbang rasa inilah yang mempengaruhi hati
penduduk asli di situ, hinggakan mereka bersumpah tidak akan melantik ketua
yang lain kecuali dari keturunan Bugis. Faktor inilah yang menyebabkan
kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima baik oleh penduduk tempatan
dikala itu.
Apabila
meninggalnya ketua mereka, lalu dikebumikan di atas sebuah bukit. Mengikut
ceritanya bukit itu ialah Bukit Hospital yang berhampiran dengan Majlis Daerah
Kuala Selangor sekarang ini (1979). Kini 2024 MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR.
Jalan Majlis, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Di sisi pusara Upu
Chendera Burung ini terdapat sebuah kolam air tawar dan sepohon bunga Tanjung.
Nukilan: Nor Isna. 5 April 2024, 11:23:33 PM.
Rujukan.
1.
Dato' Dr Hj Yusoff Bin Hassan - 2002 - Sejarah
Kuala Selangor.
Laman web dilayari.
1.
https://www.mpks.gov.my/#views-bootstrap-destinasi-menarik-home-block-1
No comments:
Post a Comment