07 June, 2018

Ramadan 23 , 1439h

Selamat berpuasa hari ke-23 diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di bumi anbiaq ini. Hari jumaat mendatang genaplah berpuasa selama 29 hari. Smbutan hari raya di Malaysia (.my) akan dirayakan pada 15-JUN-18. Pihak pemerintah telah mengeluarkan pernyaan agar sembahyang raya puasa dipercepatkan (hari jumaat). Mungkin jam 9 pagi telah berada di rumah bersama keluarga tersayang.

Selamat hari raya eudulfitri, maaf zahir batin.

Jangan lupa 23-JUN-18 di dewan rafulin SMK Raja Muda Musa Bestari Jaya bersama kita meriahkannya.
Pertama kali diadakan. Gabungan 3 keluarga dalam perjumpaan keturunan Toimon dengan Supiah @ TOISU.

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI.


Jumaat, 8 Jun 2018, bersamaan
23 Ramadan 1439 H.

Assalamualaikum semua,
Ramadan Kareem.

.بِبِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

‎اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ  يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغَىْ لِجَلاَلِ وِجْهِكَ الكَرِيمِ  وَعَظِيْمِ سُلْطَانِك   اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍ

Ya Allah Ya Tuhanku di pagi Jumaat, bersamaan 23 Ramadan ini, kau ampunkanlah dosa kami, dosa keluarga kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa kedua ibubapa mertua kami, dosa sahabat2 kami, dosa  Muslimin dan Muslimat.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan duniawi dan ukhrawi kami.

Ya Allah kurniakanlah kami kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan berkat serta kebahagiaan dan kasih sayang kami dan keluarga.

Ya Allah jadikanlah kami semua orang beriman, taat dengan suruhanmu dan jauh dari segala laranganmu.

Ya Allah berilah kami kekuatan dan istiqomah meningkatkan ibadah sepanjang hayat kami

Ya Allah kau permudahkanlah urusan sahabat2 kami yang sedang diuji dengan ujian dan dugaan. Berikanlah ketabahan untuk menghadapi apa saja ujian dan dugaaan darimu.

Selawat dan Salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, para sahabat serta ahli keluarga baginda.

Kau kabulkanlah segala permintaan kami, hambamu yang lemah ini Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun.

‎رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْوَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ

Nor Isna 8-JUN-18
SU TOISU Committee
toisukualaselangor@gmail.com