DATA KETURUNAN MUTIAH TAIMON.
Ilham rasa Saudara Isn.
Bismillah hirroh
man nir rohim pembuka bicara. Pantun lama jangan dilupa.
Buah lemah buah bidara,
Sayang selasih
hamba lurutkan;
Buanglah emak buang saudara,
Kerana kekasih
daku turutkan.
Bidalan dahulu memang
sungguh indah dan amat mengasyikan. Begitu enak kedengaran di cuping telinga
tiap-tiap insan pabila dapat diperdengarkan kepadanya. Keampunan
dipinta demi satu kencurahan rahsia dan semua rasa. Kisahnya bermula hanya berkerja
kebun biasa, Mengambil upah daripadanya.
Itulah kepandaian dengan sedikit ilmu pertukangan tangan yang diwarisi dari
ayahnya. Pun begitu, kisah ini bermula daripada seorang anak muda biasa demi
memenuhi hasrat hati dilamun runtunan hati dan perasaan jiwa, berbekalkan sedikit
keberanian akhirnya disuakan juga kepada
kedua orang tuanya. Dengan bayaran
$100.00 setahun diberikan oleh siapa yang menyangka bakal Pak Mentuanya. Bagai
ada satu kuasa yang melorongkan perjodohan itu. Kalau tak Kuah, di Langkawilah
ujudnya.
Bagai ada yang
melorongkan, bagai magnet besi pinang sebatang digahkan jua. Runtunan hati takkala itu bila mana acap kali
disuakan nak dara pingitan demi mencari siapa yang ingin mengerjakan kebun
kopan $500, orang kaya Assam Jawa. Berputar kembali
perakam lama dengan dialog semasa.
Pakmu, anak ea ves ti ve i, upah pun ves ti
ke ie. Opo mengko kon thi ngo mbayar karo oppo.
Termangu
seketika sibapa. Taruna dan Dara sesekali berjumpa, nampak kaki pun bagai bulan
dah jatuh ke riba. Begitulah bermulanya kisah bakal sebuah keluarga kecil akan bermula.
Pabila gayung
telah disambut, kata sepakat telah di padu, janji telah pun diikat rapi. Akhirnya
berbesanlah Abdul Karim bin Hasan Rejo dan ibu tercinta Aishah binti Abdul Samad dengan Toimon bin Rono Sengojo dan Supiah
binti Hj Noor dengan puterinya Mut (kecil-kecil molek dan manis ketika itu)
berkesahlah dipandangan pertama dengan nama panggilan mesra bermaksud “Yang
Gembira”. Sungguh dan amat payah untuk berjumpa mahu pun bersua. Sungguh kental
halangan di mata dan jiwa raga. Itulah daulat orang lama. Dapat melihat kaki
sekelumit cuma. Mahu mendongak, hanya Hang Tuah dibolehkan cuma. Walau bertulis
surat bertanya kabar, ingin bertanya berita, takkan dapat punya. Sungguh ketat dan
rapi dijaga. Bagai bulan nun jauh di atas sana.
Lazimnya perpindahan
kedua insan ini ke sebuah rumah di belakang rumah kedua orang tuanya, amat
perit diterima. Sungguh mewah. Cuma satu
blok rumah beratapkan rumbia dan berdindingkan papan sayong dengan nilai $25.00
agaknya. Dikala umur emak
11 tahun dan ayah berumur 18 tahun, bermula 3 September 1946 lahirlah abang
sulong Kas diberi nama. Dan seterusnya sambutan demi sambutan kasih bagai berduet lagu lagaknya, kelahiran demi
kelahiran tidak terbendung jua. Tidak terbatas. Begitulah kehendak-Nya. Malahan lebih selesa.
Cucu pertama, cucu
kedua dan seterusnya kebanggaan datukda dan nenda, sungguh mulia. Ayahanda dan bonda juga. Maf anak kedua dengan Ros adindanya. Hati siibu sungguh gundah-gulana. Hanya
seterusnya penghibur duka. Kelahiran Su pengubat duka nestapa. Madz pengubat rindu dan air mata malah Nor penyeri kasih berduka. Terubat sudah
tanpa menjawab malah saling gegak gempita bersuasana. Masih teringat
papan dinding dipasang buat sementara kononnya. Lahir anak kelapan masih sama
sahaja. Tidak berganti malah seperti sediakala. Jelas ditahun 1981 papan itu
utuh masih ketara. Apabila tahun 1960 masih kelihatan anggun selesa. Untuk diganti tanpa
banyak periksa.
Keriuhan
anak-anak penawar rasa. Tanpa diduga Isn, Juan, Shami, Shah terpacul juga. Ingatkan sudah berakhir malah masih bermula. Zai tahun
1966 dan Saif sama bulan kelahiran 9 September 1970 anak pertama mengakhiri
derita. Tanpa sedar enam nama teruna dan enam nama sidara. Maka episod
seterusnya terus bermula dan membuka dengan segala bicara seadanya. Dengan
semua kekuatan yang ada. Kami sungguh kaya dengan bahagia. Kaya dengan derita dan kaya
kemiskinan di mata sikaya. Namun kami tetap menghormati kedua ibu bapa
seadanya. Alhamdulillah syukur kepada yang Esa.
Disember
1974.
Su, Maa,
Nori, Kas, Juan, Isn, Ros, Madz,
Ayahanda, Bonda, Saif,
Shah, Zaid dan Sham.
Raya
1984 – Masih ‘handsome’ belaka.
a. Keluarga kecil.
Umum dan lumrah mengetahui wujudnya seorang bayi
adalah lantaran ikatan seorang lelaki dengan seorang perempuan melalui hubungan
intim dalam ikatan perkahwinan yang sah dari hukum syarak. Semenjak dari
kandungan lagi sehinggalah dilahirkan ke dunia. Dari seorang bayi akan yang
dibela, disayangi, dan diberi segala keperluan asas semampunya dengan diberi
didikan agama dan kasih sayang sempurna berterusan. Bertolak dari sinilah
ujudnya seorang insan yang dipanggil manusia atau insan (yang sentiasa lupa). Cendiakawan menyatakan manusia adalah dari
spesis haiwan berakal dan mampu meladeni liku-liku kehidupan yang telah
diperuntukan oleh-Nya.
Keluarga ini terdiri daripada ibu dan ayah sebagai
ketua keluarga yang mempunyai seorang atau dua orang anak. Berkemungkinan tidak
mempunyai anak. Ia dipanggil keluarga asas.
b. Keluarga sederhana.
Ahli keluarga terdiri daripada ayah sebagai ketua
keluarga, ibu dan mempunyai dua atau tiga orang anak lelaki dan dua atau tiga
orang anak perempuan. Atau mempunyai dua atau tiga orang anak dengan kombinasi
jantina anak berlainan atau sama.
Lazimnya, seorang bayi lelaki mahu pun perempuan akan
beransur-ansur meningkat ke alam kanak-kanak, alam remaja dan seterusnya dewasa
melalui beberapa frasa perubahan perkembangan fizikal dan mental. Dan apabila
menjelang dewasa kebiasaannya mereka mempunyai naluri kedewasaan menyerlah yang
perlu dipenuhi.
c. Keluarga besar.
Terdiri daripada keluarga yang mempunyai anak yang
ramai. Lebih daripada dua orang anak lelaki dan mempunyai lebih tiga orang anak
perempuan. Manakala keluarga nuklear pula, pada tanggapan saya ia mempunyai
bilangan melebihi tujuh atau lapan orang anak dengan jantina yang sama atau
berlainan. Ia berkemungkinan melebihi daripada itu. Seterusnya mempunyai
keluarga kembangan menjadikan ia sebuah keluarga yang lebih besar.
Bermula dari keluarga asaslah ini akan lahir keluarga
kembangan seterusnya. Adik beradik, ipar ruai, bapa saudara, emak saudara,
datuk, nenek saudara dan seterusnya. Tiap-tiap orang berasal dari sebuah
keluarga. Dari keluarga asaslah merupakan satu titik permulaan sebuah institusi
keluarga yang lebih besar akan wujud.
Demi melayari keperluan fisiologi kelangsungan hidup,
penyediaan dan pengisian rohaniah amat penting seiring perkembangan seseorang
insan meneruskan kehidupan sempurna. Malah penyediaan yang salah akan memberi
impak buruk dimasa hadapan. Panduan dan nasihat dari kedua-dua orang tuanya
adalah amanah terbaik baginya. Ini penting untuk dilaksanakan sebagai asas
mewujudkan seseorang individu itu seorang Majusi, Nasrani atau Yahudi. Ibu
bapanyalah yang mencorakkannya.
Selaras dengan kenyataan ini,
keharmonian hidup tentulah sukar untuk dicapai tanpa adanya perasaan kasih
sayang dan persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu. Lebih-lebih lagi
harus menganggotai sesebuah masyarakat yang diwakilinya. Oleh itu, agama Islam
adalah salah satu agama yang sentiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada
umatnya bagi mempastikan wujudnya nilai perpaduan, kasih sayang dan hormat
menghormati. Maka antara peringatan-peringatan tersebut ialah mengingatkan
manusia seluruhnya menyedari akan asal-usul mereka dari bapa dan ibu yang satu.
Allah berfirman yang bermaksud:
'Wahai
manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula)
dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya – Hawa), dan yang membiakkan dari kedua-duanya zuriat lelaki dan
perempuan yang ramai.'
(Surah an-Nisa’ : 1)
Tahun 2003 - Taman Kris, Ijok.
Wajah ceria ayahanda dan bonda di
rumah Juan Sururi pada tahun *2005.
Pada tahun *1974 menjadi AJK Masjid Nurul Iman, Batu 8 Ijok
sebagai Setiausaha kehormat. Apa yang
menarik di sini, diceritakan kisah tabungan derma masjid diedarkan kelenting,
simiskin menderma. Sikaya pula tidak berbunyi. Pernah menjadi Amil zakat fitrah
dikala itu sebanyak $1.25 sen bagi setiap individu. (RM 7.00 pada hari ini
2014). Ayah bercermin mata. Yang pasti umur di awal 46-an.
Membuat kolong jambatan parit masuk ke perkarangan masjid.
Ikan darat ditimba. @ Lesen motosikal $110.00 untuk kelas B penuh.
Perebutan kuasa pentadbiran masjid berlaku di awal tahun
1980-an. Sehinggalah tugas ayahanda dibersarakan. Bak kata pepatah, sudah ada
rotan yang baharu.
Dikesahkan gotong-royong membersihkan tanah perkuburan Islam
Kampung Ijok. Kutipan duit derma mendapat $2.00 hanya cukup membeli satu tin
biskut. Yang hadir melebihi kapasiti peruntukan satu tin biskut. Satu lagi peristiwa
bubur ‘assyura’, majlis keagamaan saban tahun berlangsung. Ayahanda sebagai
orang kuat, penolong peneraju utama.
Dengan penuh keberanian yang tinggal sedikit, ilham idea
terpaksa daripada anakanda Isnu punya angkara. Didaftarkannyalah nama ayahanda
bonda membuka akaun kira-kira Tabung Haji tanpa bertanya. Di jalan Tun Razak
diposkan juga. Tinggallah bagaimana mencari kunci kira-kira untuk menerbangkan
ayahanda bonda ke tanah suci Mekah, berniat rukun islam kelima. Pernah menolong
Datuk sepupu pulang dari haji menaiki ambulan, tiada wang belanja yang telah
lima belas tahun kapal berlayar telah tiada.
Seorang demi seorang adik beradiknya telah pergi menunaikan haji.
Bagaimana cara agar ayahanda dan bonda dapat ke sana? Allah maha berkuasa. Sungguh
adil lagi bijaksana. Dalam termenung tidak semena-mena datang ilham membuahkan
rasa. Ditariknya ‘type-writer’ dan memulakan bicara agar semua adik beradik
anak kepada ibu dan bapa agar membuat jasa.
April 1986 – Perkara: KUTIPAN YURAN 10% DARI GAJI BULANAN, MASUKAN KE AKAUN
KIRA-KIRA TABUNG HAJI Ayahanda Bonda selama
dua tahun. Nombor Akaun AB98892 dan AB98893.
Dengan stem 30 sen cuma, sampaiklah ke tangan sampul luahan
rasa. Kesemua kesebelasan adik beradik telah menerima surat kuasa kecuali
penulis tiada siapa ingin menjemput serta. Alhamdulillah bagai perahu sudah di
air, tinggal berdayunglah sahaja. Sekembalinya penulis bercuti penggal (kini semester),
kekanda Madz dan adinda Saif mara dan meluahkan rasa. Bukan
menghina malah mereka ingin turut serta tetapi apakan daya, manakan mungkin
belum bergaji tidak pula bekerja. Kesabaran dan pendekatan psikologi komunikasi
kuterapkan juga walaupun hati bergelojak hiba, sayu dan pilu. Tanpa disedari
terpacullah kata-kata;
“Ngenelah,
piro-piro lah seng kakak ambek adik seng mampu, lebokkelah sakikhlasse.
Mudah-mudahan, mugo-mugo eneng wa ea rejeki, orak putus rejeki, ket Pengeranne,
in sha-Allah.
(Penulis merasa sebak apabila sampai pada ayat ini). Adakah
jasa sebegini kecil ada pihak-pihak yang terasa?.
Pada penghujung tahun 1988 ayahanda dan bonda melawat
anakandanya yang ketujuh di Bintangor sambil belajar menaiki belon buat
persediaan mental ke tanah suci kelak. Di samping anakanda Kas dan isteri
Kak Siti bersama cucundanya berusia 12, 10, 8, dan 3 tahun.
Kesepakatan dan keikhlasan semua adik beradik, lantaran
peningkatan amaun dalam akaun Tabung Haji menjumlahkan $5,800.00 seorang,
dengan kuasa Allah lambaian Ka’abah memberi peluang untuk menunaikan haji pada
Jun / Julai Tahun 1990 di mana tragedi terowong Muassim, khemah terbakar akibat
api masakan jemaah, menggemparkan dunia suatu masa dahulu. Pertukaran mata wang
cuma $0.65 sen : 1 Rial Arab Saudi. Bila sahaja berita dihebahkan di televisyen,
semua adik beradik menelefon penulis (masa itu hen-pon belum meluas lagi
penggunaannya) bertanyakan khabar berita. Seolah-olah tempat sasaran dicari
apabila sesuatu kejadian buruk berlaku.
“Orak-orak.
Aku yakin ket ritual sak urunge lungo, kan emak bapak ves divei keyakinan kuat
lungo rono pasti balik meneh merene. I’m very sure, Yes, I am sure”.
Itulah
jawapan pastiku, pasrah. Walaupun diri
ini tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya, hanya Allah taala sahaja yang tahu
isi hatiku ketika itu.
Syukur alhamdulillah empat puluh lima hari berkelana,
menjalani ibadah haji penuh sempurna, tiada halangan menerpa. Tibalah masa yang
dijadualkan sampai di Lapangan Terbang Subang. Di rumah, kumpulkan adik beradik
ayahanda dan bonda, membuat persiapan sekadar rupa hanya $120.00 sahaja.
“Gek en thang rono. Thi ji kok bapak emakmu.
Ves pikol piro ki. Satu suku lho. Enthang gek tiparanni”.
Maka
berpergianlah akibat adinda ayahanda Munawar Abdul Karim murka.
Dalam ramai-ramai datang menjemput dan ingin mengambil
ayahanda dan bonda, dalam hiruk pikok aku juga pilihannya. Suami isteri memeluk
erat emak dan ayahnya. Sampai kini saya tidak tahu apa jawapan sebenarnya.
Berkumpullah di bawah jejantas, lima ratus meter dari tempat pengambilan asal.
Bermesyuarat di situ. Peluk ciumpun berlaku. Suasana pilu seketika. Bila sampai
di rumah, satu lagi kejutan berlaku. Apakah agaknya adegan itu? Dan disebelah
malamnya pula penduduk kampung dijemput sama, melagukan kesyukuran pengubat
rindu. Bila pulang berlengguk sahaja. Itulah perbandingan dari khenduri biasa.
Seterusnya menjadi adat di kampung Ijok bila pulang menunaikan fardu rukun
Islam kelima.
Sempat menjadi Penjadi Penasihat Surau Nurul Hamidin, batu 7
Ijok selama enam tahun diperlukan. Lambaian Ka’abah sekali lagi menerpa ibu
bapaku. Berpergianlah mereka pada tahun 1996 dengan kudrat yang ada.
Ijok, 1995 Banjir melanda.
Bukit
Badong Mac 2008 (ke-66) dan Feb 2009 (ke-67). Majlis ulang
tahun memperingati
persandingan yang sepatutnya pada tahun 1942.
Di
bawah kepimpinan kekanda Kasmurin ar, SRIMU telah diberi mandat menjalankan aktiviti tahunan TOISU mengendalikan ‘Multaqqo Illa
TOISU kali ke-3 keturunan zuriat Toimon dengan Supiah & Sambutan Hari Raya
Edul Fitri 1434 hijrah bersamaan 11 Ogos, 2013.
Adakah
anda mengenali antaranya.
Rakaman
gambar Sabtu 22 Disember, 2007. DOR Assam Jawa, Bukit Rotan.
KOD
|
NAMA
|
TARIKH LAHIR
|
ALAMAT
|
NO TELEFON
|
8.4
|
Hjh Mutiah
|
1932
|
Ijok Batu 7,
|
03-3279
|
8.4 H
|
Hj Sururi
|
1925
|
03-1806
|
|
8.4.1
|
Hj Kas
|
1946
|
WAFAT 2014 Jan 23 Kha
|
|
8.4.1 W
|
Hjh Siti
|
951
|
No. 28,
40600 Shah Alam,
|
|
8.4.2
|
Hj Ma
|
1949
|
Kg Baru
Assam Jawa,
|
|
8.4.2 W
|
Suhai
|
1974
|
||
8.4.3
|
Hj Ros
|
1950
|
Taman Kris, Ijok
|
|
8.4.3 W
|
Hjh Sa
|
1955
|
||
8.4.4
|
Hjh Su
|
1952
|
Batu Hampar, Bruas.
|
|
8.4.4 H
|
Hj Ya
|
1951
|
||
8.4.5
|
Hjh Madz
|
1955
|
Tali Air 8
Sungai Leman,
|
|
8.4.5 H
|
Hj Abdul
|
1955
|
||
8.4.6
|
Nor
|
1956
|
Kg. Bkt. Badong,
Bestari Jaya,
|
|
8.4.6 H
|
Mus
|
1955
|
||
8.4.7
|
Hj Isn
|
1958
|
Taman Koperasi Bena,
|
|
8.4.7 W2
|
Kas
|
1973
|
sama spt 8.4.7
|
|
8.4.8
|
Juan
|
1960
|
Desa Mawar, Sg. Yu, Tanjong Karang,
|
|
8.4.8 W
|
Ros
|
1966
|
||
8.4.9
|
Sham
|
1962
|
Ijok Bt 7
45620 BESTARI JAYA,
Taman Bukit Badong,
|
|
8.4.9 W
|
Kam
|
1962
|
||
8.4.10.
|
Shah
|
1964
|
Taman Kota Masai,
Pasir Gudang
|
|
8.4.10 W
|
Siti
|
1973
|
||
8.4.11
|
Zai
|
1966
|
Kg. Parit Serong,
Tg. Karang .
|
|
8.4.11 H
|
Mohd
|
1960
|
||
8.4.12
|
Saif
|
1970
|
Taman
Radin Jaya,
Tg. Karang .
|
|
8.4.12 W
|
Ros
|
1972
|
1. Keluarga
8.4.01 ar Hj Kas
2. Keluarga
8.4.02 Hj Ma
3. Keluarga
8.4.03 Hj Ros
4. Keluarga
8.4.04 Hjh Su
5. Keluarga
8.4.05 Hj Madz
6. Keluarga
8.4.06 Nor
7. Keluarga
8.4.07 Hj Isn
8. Keluarga
8.4.08 Juan
9. Keluarga
8.4.09 Sham
10. Keluarga
8.4.10 Shah
11. Keluarga
8.4.11 Zai
12. Keluarga
8.4.12 Saif – sudah ada
Demi keselamatan, sebahagian data terpaksa ditiadakan. Harap makum.
Untuk lebih lanjut silalah layari YouTube.com kami
dengan:-
Dalam pencarian
taipkan> Isnu Sururi ATAU Srimu b Toisu ATAU 10-TOI.
http://toisu.blogspot.com <
visnu.sururi@gmail.com ATAU
toisukualaselangor@gmail.com
skpa3-bpa.blogspot.com
isnu.skpa3@btpnsel.edu.my
Kod TOISU 08.04.07
No comments:
Post a Comment