1. Keluarga
8.4.1 K dalam kenanganKu Al-Fatihah.
Kpd: Irna
Yanti Nazmi dan Emilia
1- Cik mohon semak dan perbetulkan
data cerita Keluarga ar Hj Kas dan Hjh Siti, bonda anakanda tercinta. Tambah
mana-mana bahagian yang perlu.
2- Setelah siap sentkan kepada cik melalui
visnu.sururi@gmail.com
ARAHAN: Tiada panduan khusus bagi membina cerita
keluarga ini. Apa yang difikirkan sesuai dalam dua muka surat sahaja.
Mula
mengenali beliau secara jarak jauh dalam tahun
1967 bila mana memulakan tugas sebagai guru biasa di SMK Sultan Sulaiman, Kuala
Trengganu setelah menamatkan pengajian Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur.
Membeli kereta Mini Cooper BV 5773 dengan harga $2,800.00 sahaja. Balik kampung
Ijok selepas tengah malam. Idea yang cukup jahat. Menduga bapanya di malam
hari. Dengan memakai cermin mata hitam pada waktu malam menjadikan bapa ketakutan
dan kehairanan. Hai, malam-malam sebegini ada orang mencarinya. Apakah ungkapan
di hati ayahanda diketika itu?. ~!@#$%^&*()_+. Itulah ungkapan beliau.
Mulai tahun 1971 bertugas di Darjah Menengah Kebangsaan
Batang Berjuntai (menumpang di SMK Sultan Sulaiman Shah). Persamaan nama dengan
sekolah pertama – sehingga tahun 1975. Penulis sangat beruntung menumpang percuma
kereta beliau, selama tiga tahun semenjak dari 1971 sehingga 1973 pergi dan
balik ke sekolah. Tersebut kisah guru yang paling disukai, mengajar Seni Lukis ialah Cik Siti. Dan seorang lagi cik Jamaliah binti **, berasal dari
kampung yang sama Bukit Badong, menjadi persaingannya. Tahun 1972 penulis
mengikut beliau membaharui cukai jalan di Kuala Lumpur. Masa balik ke rumah,
kereta hampir masuk lubang. Ojo ngomong
karo sopo-sopo lho. Itulah pesannya.
Tibalah giliran ayahanda pula masuk meminang walaupun dua
orang kakaknya masih solo. Melalui buah fikiran pakcik Mohd Basrah, pinangan
diterima yang akhirnya memberi ruang dan peluang kepada dua orang kakaknya
pula.
Majlis perkahwinan dan persandingan berlangsung dipenghujung tahun
1975. Dengan murah rezeki apabila telah berkeluarga. Kekanda Kas belajar
sepenuh masa pada 1976 di University Malaya di Petaling Jaya. Motor Honda CB100
BAF9500 dipakai juga. Satu pengorbanan adinda Ros menjelma. Berrambut “raggy” gayanya.
Tahun 1978 bertugas disebuah kolej di Klang. Tinggal menyewa
rumah di Taman Goodwood, Jalan Banting. Beli kereta baru BAV 7421, Toyota Corolla.
Membeli rumah di nombor 28 Shah Alam, Selangor. Mula
menduduki pada tahun 1981. Dengan tugasnya sebagai Pensyarah Psikologi di
Maktab Perguruan Raja Melewar, Paroi, Ampangan, Negeri Sembilan. Pada tahun
1982 berpindah rumah secara total ke Taman Paroi Jaya. Berakhirlah tempoh
mengulang yang agak lama.
Tahun 1982 membeli kereta Volvo. Tahun 1986 membeli kereta
Honda Accord 1.8 cc dengan adiknya Rosmin tolong belikan sebelum balik belajar
di Amerika Syarikat selama tiga tahun. Pada
tahun 1988 demi memenuhi kepuasan telah membeli kereta Mercedes Benz berwarna
biru. Di penghujung tahun membawa ayahanda dan bonda melawat adindanya di
Bintangor sambil menunjukajar orang
tuanya menaiki belon bagi persediaan ke tanah suci kelak. Di samping
anakandanya berusia 12, 10. 8 dan 3 tahun.
Tahun 1990 bertugas di Maktab Perguruan Darul Aman, Jitra,
Kedah. Tahun 1996 ketika berumur 50 tahun, memilih bersara pilihan. Dua tahun
di KISAS Shah Alam yang sedia menunggu. Lambaian Ka’abah sentiasa meruntun di
jiwa dan sekali lagi menunaikan Umrah pada tahun 1997. Penerima anugerah PPT; Kemudian tiga tahun bertugas di INPENS,
salah sebuah anak syarikat Perbadanan Negeri Selangor. Seterusnya kekanda
berdua menunaikan ibadah haji pada tahun 1999 bersama isteri tercinta.
Demi kelangsungan usia, pada tahun 2005 tibalah giliran
anakanda Irna berumah tangga. Tahun 2008 pula Yanti dan
seterusnya giliran Emilia pada tahun 2012. Banyak masa dihabiskan melawat negeri dan
negara yang disenangi olehnya. Sabah, Sarawak, England dan lainnya.
Hj Kas pembedahan usus pada 5 Januari 2011
di SMC Shah Alam dan telah sihat sepenuhnya. Kimoterapy lagi pada 13 MEI 2011,
Thanks Allah MAC 2011.
GAMBAR
Wajah-wajah ceria. Semua sudah
berpunya, satu yang belum.
SUMBANGAN.
Ketua keluarga SRIMU mulai 1996.
AJK TOISU selaku Penolong Setiausaha musim Pertama 2007 -2010.
AJK Bahagian Hiasan dan Penyediaan Tempat, dalam majlis
perjumpaan zuriat keturunan TOISU pada 22 Disember 2007 di Dewan Orang Ramai
Assam Jawa 45700 Bukit Rotan.
Mesyuarat ’post-mortem’ perjumpaan TOISU di rumahnya pada
16 Feb 2008.
Sebenarnya hati ini merinduimu wahai K abang longku. Kumasih tidak mempercayai walaupun sebenarnya telah berlaku kini. Terima kasih di atas jasamu yang menjadikanku seorang guru biasa penyambung warisanmu.
Sebenarnya hati ini merinduimu wahai K abang longku. Kumasih tidak mempercayai walaupun sebenarnya telah berlaku kini. Terima kasih di atas jasamu yang menjadikanku seorang guru biasa penyambung warisanmu.
No comments:
Post a Comment