25 April, 2024

PGB Pertama SMK Seri Tanjong Kuala Selangor. Kod BBE3074

Tajuk:  PGB Pertama SMKST Kuala Selangor BBE3074.

BEA3074@moe.edu.my 

Latitude3.345781
Longitude101.242458


Di bulan Lima 1935

Lahirlah ia membawa cahaya

Sedari kecil hidup sederhana

MCKK diterima ia

 

Bermula kisah di SK Assam Jawa,

Tempat lahirnya mengenal dunia.

Dalam frofesyen perguruan laksana,

Berpindah sekolah juga akhirnya.

 

Kampong Kuantan nama asalnya,

Berkhidmat di sana tidaklah lama.

Hingga akhirnya dipindahkan jua,

SMKST tempat bermula.

 

Usia muda memandu bahtera,

Sekolah baharu tak punya harta.

Berkat ketekunan dan paduan kerja, 

Terserlah indah di persada negara.

 

Bertahun-tahun penyedia utama,

Rajin dan usha kepimpinannya.

Hingga akhirnya tidak disangka,

"Hidup Biar Berbakti" angkara nyata.

 

JPN Ausie KPM dan Intan,

Tertubuh Ess Tee di akhir tujuan.

Semoga sihat Datuk Sufian,

Buat generasi kini jadi panduan.

 

Pengkisahan ini enam abad berlalu,

Bagai semalam terasalah laju.

Hendak kuundur masa yang lalu,

Hatiku pilu tak siapa yang tahu.

 

Begitulah kisah anak berjasa,

Bertubuh kecil berjiwa mulia.

Haji Sufian Toimon banyak jasanya,

Kawan dan lawan segan padanya.

 

Nukilan: Nor Isna 8 Apr 2024,

BURASAK MAKANAN BUGIS?

Buras atau burasak ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Biasanya ia dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu tadi kemudiannya dibungkus dengan daun pisang lalu diikat sebelum direbus selama sekurang-kurangnya empat jam. Buras mudah ditemui di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti Bugis.

Nama alternatif        Burasak.

Jenis                        Hidangan nasi, snek, lauk.

Tempat asal             Sulawesi Selatan, Indonesia.

Kawasan/rantau      Indonesia, Malaysia.

Bahan utama           Santan, beras.

    Salah satu tradisi peninggalan masyarakat Orang Bugis yang sangat mantap lagi sensasi sedapnya. Nama yang tidak asing lagi, itulah BURASAK @ BURAS - BUat raSA Syok Ketagih akan makanan ini. Biarlah jenama ini sendiri yang membawa seribu arti dan rasa, bersempena akan kehadiran orang yang paling utama dan dihormati di negeri Selangor ini. Mungkin anda belum mengenali Sultan / Raja Lumu, Sultan Salahuddin Shah, Almarhum sultan Selangor pertama yang memerintah negeri Selangor kurun ke-17 yang lalu. Bahkan makamnya ada di Kuala Selangor. Nah ini dia, bukan sahaja orangnya malah makanannya juga telah menawan seluruh hati rakyat akan keenakan makanan tradisional ini.

            Burasak adalah sajian tradisi orang Bugis yang biasanya dinikmati di musim perayaan-perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha malah perayaan lain di Malaysia. Ia dihasilkan dan diperbuat dari makanan asasi kita iaitu beras yang dimasak bersama santan yang kemudiannya dibungkus bersama daun pisang sebelum direbus atau dikukus. Rupanya seakan-akan ketupat yang sudah tentunya sajian ini mempunyai keistimewaannya yang amat tersendiri. Bagi mereka yang baharu pertama kali melihat hidangan ini pun pasti akan terliur dan ingin tahu bagaimana rasanya, kan. Namun begitu suatu masa nanti ia akan setanding dengan ketupat dan lemang yang menguasai tahta makanan semasa hari perayaan. Bagi mereka yang teringin mencuba membuatnya, mencuba kemampuan diri, makan atau merasa? Berikut ini diperturunkan bahan-bahan dan cara membuatnya. Sungguh senang sekali. Selamat mencuba.

 

CARA MEMBUAT BURAS @ BURASAK YANG SEDAP.

SEDIAKAN BAHAN-BAHANNYA:

Beras standard.

Santan kelapa

Air putih

Garam

Daun pisang - potong saiz kertas A4

Daun pisang kepok bersaiz besar

Tali rafia untuk mengikat.

[Sediakan bahan-bahan ini secukupnya].

 

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras kemudian satukan bersama santan, air dan garam secukupnya. Ia seakan sama sebagaimana memasak nasi lemak atau lemang. Tanak hingga hampir masak. Jangan lupa ya.

2. Bungkus nasi yang dimasak tadi menggunakan daun pisang. Lakukan hingga habis.

3. Ambil 6 keping bungkusan burasak. Bungkus @ ikat sekali lagi menjadikan bungkusan besar. Ikat dengan kemas.

4. Untuk memasaknya, rebus bungkusan Burasak tadi selama 8 jam (yang benar-benar masak).

5. Angkat dan sejukkan. Burasak enak dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang dan Bejabuk juga rendang daging (cadangan). Bergantung kepada cita rasa anda.

Benarlah akan kata-katanya.

Harimau mati meninggalkan belang,

manusia mati meninggalkan nama

yakni kebaikan yang ditinggalkan oleh-Nya. Aamiin.

 

Nor Isna 14 Apr 2024,

 

Kredit dan rujukan untuk:

1.    https://ms.wikipedia.org/wiki/Buras

2.    https://www.rasa.my/resipi-burasak-sajian-tradisi-orang-bugis-yang-sangat-sedap/

3.    https://www.youtube.com/watch?v=vQPx6_DR9ek

4.    https://www.youtube.com/watch?v=ZTPGEk_RY-4

5.    Saudari Siti Nor Farahin kongsikan resipinya.

6.    Kredit resipi & foto: Siti Nor Farahin

 

Kereta api Klang dan Kuala Selangor

 

Kereta api antara Klang dan Kuala Selangor.

Dalam sejarah pengangkutan pada tahun 1908, akhabar Malay Mail melaporkan aduan daripada penduduk pantai barat Selangor ketika itu. Dimana perkhidmatan bas dianggap sebagai pengangkutan utama dari Klang ke Kuala Selangor adalah sangat terhad, walaupun perkhidmatan itu mampu dimiliki. 

Pada Januari 1911 iaitu selepas beberapa tahun daripada itu, pihak penjajah akhirnya akur dan mula membina landasan kereta api antara Klang yang melalui beberapa tempat dan dan akhirnya sampai ke Kuala Selangor, yang telah siap sempurna pada tahun 1913. Ia bermula dari Stesen Jambatan Connaught di Klang, dan kemudian melalui 17 hentian untuk sampai ke Stesen Kuala Selangor (berkemungkinan termasuk lingkaran kereta api di sebelah barat bawah Bukit Malawati, termasuklah di Assam Jawa melalui Teluk Piah Kanan (nama terkini).

Pada Februari 1913, pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu membina laluan di kawasan yang sama untuk mengangkut komoditi kopi, getah dan hasil bumi lain, serta memberi berkhidmatan kepada penduduk tempatan pada masa itu. Jalur kereta api ini juga akan memudahkan mengangkut bahan-bahan asas pembinaan landasan dan membuat jalan raya pula. Video bahagian kedua bertajuk, "Menjejak Sejarah Pembinaan, Tapak Stesen dan Penutupan Laluan Keretapi Klang - Kuala Selangor", terbitan pada tahun 2021. Di dalamnya ada mengesan sisa-sisa laluan kereta api melalui jalan yang dimaksudkan itu, termasuk pelbagai struktur dan data terkini yang diperoleh daripada Peta Google. 

Di sepanjang laluan kira-kira 40 kilometer itu, menampilkan rekod stesen paparan, termasuk Klang Utara, Sungai Putus, Parit Chabang, Vallambrosa, Sungai Perepat, Kapar Ilir, Kapar, Jalan Acob, dan Suara. Perkhidmatan ini berfungsi selama 18 tahun sebelum perkhidmatannya diakhiri dan digantung pada November 1931. Diganti sepenuhnya dengan perkhidmatan pengangkutan jalan raya sehingga kini.

Bekas Laluan 

Tapak tinggalan sejarah termasuk timbunan Jambatan George Dearie Rusell di Sungai Puloh, Klang. Begitu juga dengan sisa-sisa batu di hadapan Sekolah Kebangsaan Jeram BBA3007 dipercayai peninggalan kawalan air stim kepada kereta api (penyejukan kepala kereta api). Manakala jambatan Besi Pasir Tuntung yang dibina lebih 100 tahun lalu dan jambatan itu telah terbiar begitu lama serta tidak lagi sesuai untuk kenderaan berat.

Dalam pada itu juga disarankan, semoga ada pihak-pihak tertentu yang boleh bertanggungjawab akan mengambil perhatian sewajarnya yang mana tinggalan sejarah ini harus dipulihara selayaknya. Juga ada pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Pelancongan dan NGO dapat meletakkan papan tanda memberitahu orang ramai akan keberadaannya. Pada masa yang sama, orang ramai akan menyedari akan kewujudan peninggalan sejarah ini, dan generasi akan datang akan menghargai dan tidak pupus sejarah Selangor. 

Kini pembinaan landasan (rel) kereta api dari Klang ke Kuala Selangor yang baharu, dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, dan kerajaan negeri telah dirancang semula. Perlaksanaannya dalam tempoh lima tahun akan datang ini (2024 - 2028). Ia bertujuan bagi memendekkan perjalanan telah diambil kira ke bahagian utara negeri ini, berbanding laluan jalan raya sedia ada. Disamping merancakkan lagi ekonomi di kawasan sekitar di sepanjang pantai barat negeri Selangor. Ia juga akan dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam lainnya. 

Harapan.

Terbayang akan jalur pertama yang dibina sebelum ada ialah jalan raya lama Klang - Kuala Selangor. Pelebaran jalan raya juga telah dilaksanakan pada sekitar 2005 yang lalu dan secara rasmi mula digunakan. Khabarnya pula akan dibina laluan ERT/LRT dari Puncak Alam - Kuala Selangor mungkin ke Sabak Bernam pula dan seterusnya. Ini merupakan khabar gembira bagi rakyat Selangor.

Kami rakyat negeri Selangor amat mengalu-alukan pembinaannya demi kebaikan rakyat bersama. Sebelum itu jalur pertama ialah kapal layar, kedua kereta api, dan yang ketiga jalan raya. Mungkin nanti akan adakah ECRL pula? Sama-sama kita tunggu dan nantikan perkembangannya. Menelusuri akan perkara ini mengingatkan kita cerita-cerita yang sempat beredar dan didengar iaitu menaiki kapal layar (kapal laut) dari Kuala Selangor ke Port Klang yang memakan masa lebih daripada 2.5 jam. Kita tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan dan pengalaman melaluinya pada ketika itu. Bagaimanakah bentuk pakaian para penumpang ketika itu, berapakah tambang yang dikenakan.

Apakah barang-barang yang dibawa dan banyak lagi. Persoalannya di sini ialah; 

1. Mengapakah generasi Y sekarang ini yang belum dilahirkan agar dapat dan sempat melihat perubahan serta keadaan suasana polemik diketika itu?

2. Seandainya projek ini terlaksana (akan terlaksana) ribuan terima kasih kita kepada pihak kerajaan pusat di atas perlaksanaan projek ini. 

3. Marilah kita bersama-sama berdoa semoga dapat melihat dan merasainya akan kecanggihan projek ini seandainya kita semua diberi waktu untuk itu. 

Penulis: Nor Isna, 12 Apr, 2024 Raya ke-3.

Rujukan dan kredit;- 

24 April, 2024

Siapa yang Dato’.

 2.0 TEMA : 2.1 – 2.5

3.1.3 BIDANG / SYARAT : Certot / Anekdot.

TAJUK : Siapa yang Dato’. 


Dalam perkenalan itu mereka bertemulah disebuah gerai minum di bawah pokok berhampiran pejabat TNB Kuala Selangor. PERBUALAN antara Isma Han dengan Ato Halap untuk lebih akrab lagi. Hampir tujuh puluh kali sambutan hari lahir mereka. 


Isma Han : Apa khabarmu Dee. 

(Dengan ingat tak ingat terpacullah, sambil tangan di hulur). 

Ato Halap : Waras. Eh eh.. Kok Dee. Siapa yang kau maksudkan Han. Dee itu 

siapa? Apa kena-mengena dengan aku?

Isma Han : Ada. Awaklah siapa lagi. Bukan ada orang lain lagi. Boleh saya 

panggil Dato’. 

(Cucunya telah menyediakan tapi rupanya Isma Han terlupa makan ubat dua sudu plastik besar minyak zaiton ori di pagi itu).

Ato Halap : Boleh, panggillah apa sahaja, tiada salahnya. Dato’ pun dato’lah. 

Ehem, tapi bukan Dato’ yang bercucu, kan. 

(Mereka rancak bertemu akhirnya sampailah air minuman yang telah dipesan oleh mereka. Mereka minum dan makan buras @ burasak yang terhidang sambil meneruskan perbualan). 

Isma Han : Dato’ dato’. Lain maciam bunyi.

Dahulu kan, ramai orang menyeberang ulang alik dari seberang Tanjong Karang atau nama lainnya Pasir Penambang ke pekan Kuala Selangor ini. Dengan apa mereka menyeberang?

Orang dahulu kata senang menyeberang sungai. Betulkah begitu?.

Ato Halap : Senang, kau ini orang mana? Duduk di mana sekarang? 

Tak payah guna alat, Datuk. Berenang sahaja, dua tiga minit sudah sampai. Kalau ada buaya lagi cepat sampainya. 

Isma Han : Kok ke situ pulaknya Dato’ ni. Dahulu datuk saya pernah bercerita 

ada orang menggunakan bot berenjin, menolak buaya darat sampai 

keseberang, sebelah sinilah tujunya. 

Oh, itu kerja hendak mencari nahas namanya. Kalau buaya laut lainlah. 

Ato Halap : O oo ooo itu. Berbentuk segi empatkah rupanya ia? Itu kota Ferri. 

Bila saya ingin menyeberang menggunakan feri, perkhidmatan itu sudah tiada. Ia telah ditamatkan.

Isma Han : Memanglah kalau Dato’ datang pada bulan April 1979 perkhidmatan 

itu sudah ditamatkan. Aduhai la omak den.

(Suasana seketika menjadi senyap, sunyi dan diam membisu. Angin sepoi-sepoi bahasa sekilas menerpa. Sayup, sayu dan sunyi. Entah apa yang melintas lalu, getusnya).

Ato Halap : Han, dahulu semasa banjir besar di negeri Darul Makmor dengar-dengar RM500K kau dermakan bagi meringankan beban mangsa. Benarkah begitu Datuk Han? Syabas dan tahniahlah kalau betul. Sekejap  lagi kau dapatlah Anugerah. Makmor hidup awak. 

Suara 1 : “Terima kasih Dato' Ferri Anugerah, semoga sihat, Makmor dan panjang umur”. kata pengawal Keselamatan yang bertugas di situ dengan pelat tetapi jelas didengari. 

Dengan tidak semena-mena, Dato’ datuk itu saling berpandangan sesama mereka, tercengang, terdiam, membisu seribu bahasa apabila terdengar Suara 1 itu, serentak dengan bunyi siren kereta api yang hendak berhenti di stesyen Kuala Selangor. Terbatuk-batuk apabila terhidu asap yang berkepul-kepul. Malah di sudut sebelah belakang yang mereka duduki, jelas kelihatan kelibat seekor harimau betina dengan dua ekor anak-anaknya berjalan lalu terjun ke dalam sungai kerana ketakutan bungi siren. 

Aku pon Dato Harimau juga, ia berkata dalam ngaumannya itu lalu pergi. 

Kejebur… dan hilang dari pandangan nyata. 

Mereka berdua pun … … … (hilang dari radar).


Nukilan: Nor Isna – Ijok, 16 Apr, 2024.


SOALAN.

1. Bolehkah anda huraikan ejaan bagi setiap perkataan gelaran Dato yang ada di Malaysia. 

2. Berhampiran TNB Kuala Selangor, di manakah letaknya lokasi asal Rumah Kerajaan ATAU rumah guru disuatu masa dahulu. 

3. Klasifikasikan ras / bangsa bagi kedua-dua watak di atas. 

4. Bagaimanakah perasaan anda ketika mrmbaca cerdot di atas..

5. Kalau anda ingin ke Klang menaiki kereta api wap, ditahun berapakah anda harus berada di situ..  

Pentingkah Peranan Alumni.

 Pentingkah Peranan Alumni. 


Untuk dikenali sebagai lepasan pelajar sesuatu sekolah yang boleh menjadi satu perspektif penyemaian identiti dan boleh dibanggakan oleh sekolah. Persatuan bekas pelajar yang aktif bukan sahaja akan memberi manfaat kepada sekolah, malah masyarakat setempat juga boleh menerima faedahnya. Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari bharian.com.my/2022/01, terdapat kira-kira 10,223 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. KPM menerima sebanyak RM52.6 bilion atau sebanyak 16 peratus daripada jumlah keseluruhan belanjawan yang dibentangkan. 

Jika setiap sekolah boleh mempunyai PIBG berdasarkan peruntukan Akta Pendidikan KPM 1996, bolehkah jika setiap sekolah turut turut menganjurkan untuk menubuhkan persatuan bekas pelajar atau Alumni? Kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam membantu KPM dan pihak sekolah menelusuri proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dan murid yang lebih efektif. Jika setiap ibu bapa menyumbang berupa yuran PIBG kerana mempunyai anak yang menjalani persekolahan di sekolah itu, bolehkah juga setiap bekas pelajar turut menyumbang dan bukan hanya dari segi wang ringgit. 


Melihat saranan-saranan di atas;-  

1. Pihak KPM boleh melihat kepada potensi untuk memberikan lebih kuasa autonomi kepada sekolah yang mempunyai persatuan bekas pelajar yang aktif dan berdaya maju malah berdaya saing. 

2.  Pelajar dan murid seramai 4,987,401 orang murid dan 416,743 guru di seluruh negara bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/01/909138/. 

3. Kebanyakan sekolah menengah atau 2,440 buah sekolah mempunyai persatuan bekas pelajar sama ada aktif atau tidak aktif. Cabarannya ialah penubuhan alumni bagi sekolah rendah di seluruh negara. Andainya jika disasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah sekolah di Malaysia yang mempunyai alumni yang aktif, pastinya pelajar dan murid akan merasai nikmatnya. Ia membantu peruntukan tahunan KPM boleh menjadi lebih bersasar kepada perkara yang lebih berkeperluan terutamanya untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik akan berlaku. 

4. PIBG lebih memberi tumpuan kepada sumbangan kewangan melalui yuran dan program kecemerlangan akademiknya. Alumni pula boleh mengambil tumpuan kepada perkara yang bersifat ko-kurikulum dan kemenjadian daripadanya. 


Kekuatan akan Peranan Alumni. 

1. Alumni adalah entiti kedua yang penting sebagai nadi sesebuah sekolah selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang sedia ada. 

2. Sesebuah persatuan bekas pelajar perlu berperanan aktif untuk dilihat menarik untuk disertai. Aktiviti penjanaan sumber kewangan tidak sepatutnya hanya menumpukan kepada majlis makan malam tahunan, majlis perjumpaan semula dan yuran persatuan sahaja. Ia boleh dikembangkan kepada penjualan barangan persatuan, penganjuran liga alumni setempat serta sebarang bentuk perniagaan yang mampu dan mampan. 

3. Memberi peluang kepada bekas pelajar untuk berkhidmat kepada komuniti mereka. 

4. Menyumbang semula dalam program-program kecemerlangan pendidikan. 

5. Melalui program-program kecemerlangan pelajar malah kepada pembangunan infra dibekas sekolah. 

6. Bekas pelajar sesebuah sekolah mempunyai kekuatan tersendiri untuk membantu dari segi sumbangan dalam menjalankan aktiviti dan pembangunan dalam pengurusan sekolah. 

7. Bekerjasama dan menggunakan sumber kekuatan untuk membangunkan sekolah, bukan sahaja dari segi sumber kewangan tetapi cadangan serta idea-idea bernas daripada mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang dengan kepakaran, pendidikan serta kemampuan tenaga daripada wang ringgit. 

8. Menggunakan sumber-sumber yang dibolehkan untuk meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah dan juga melihat dari segi aspek pembangunan infra. 

9. Menyumbang kembali kepakaran kepada murid dan pelajar di sekolah lama dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih efektif. 

10. Tidak hanya terhad kepada aspek kewangan semata-mata, malah boleh memberi sumbangan mengikut kemahiran dan kemahiran masing-masing. 

11. Semua pengalaman adalah penting untuk digunakan dalam membimbing pelajar dan murid di sekolah menghadapi persaingan yang sangat mencabar. 

12. Sebagai penaja bilik khas atau sudut tertentu mengikut bidang masing-masing yang sesuai dengan aktiviti semasa, di sekolah. 

13. Kerjasama erat dengan pihak sekolah dan Pengetua Guru Besar untuk berkongsi ilmu serta maklumat tentang kerjaya mereka agar memberi pelajar kesan yang positif. 

14. Peranan aktif yang dimainkan akan mempunyai pengaruh yang besar terhadap kecemerlangan pendidikan kerana ia berkait rapat dengan sokongan emosi dan fizikal secara berterusan kepada pelajar-pelajar, kepada ibu bapa dan guru-guru, prasarana serta kualiti terbaik. 


Saranan.

1. Mencontohi sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) di Negara Findland dan Jepun khasnya yang menitik-beratkan akan asas pembelajaran dan pengajaran awal kanak-kanak (5 - 9 tahun, membina asas kekuatan), dengan adab dan sopan santun, pengukuhan dan kekuatan. mengikut landasan ajaran Islam. Umur 10 tahun darjah 4 baharulah dimulakan dengan pengajaran PDP dan seterusnya. 

2. Menyusun, menghalusi akan keberkesanan dan melaksanakan Akta sekiranya belum terlaksana, dan penubuhan Alumni di semua peringkat Instirusi dan sekolah. Di semua Universiti pengajian tinggi termasuk swasta, semua sekolah menengah kebangsaan, semua sekolah rendah dan semua sekolah kebangsaan, semua SJK Tamil dan semua SJK China, termasuk sekolah persendirian mandatori tanpa kecuali. 

3. Menggariskan aktiviti-aktiviti yang wajib ditubuhkan dan aktiviti-aktiviti pilihan dalam sesebuah Alumni disemua Institusi pendidikan tinggi, menengah, Kolej, sekolah dan yang sekelas dengannya. 

4. Memulakan dasar aktiviti dengan kos tajaan yang rendah secara asas kukuh ke arah pelebaran aktiviti dengan bantuan peruntukan KPM menerusi kebenaran khas yang diluluskan. 

5. Pengajian tinggi dan menengah atas harus mendahului penubuhannya sebagai penanda aras sebelum meneruskan ke peringkat sekolah rendah pula. 

6. Keanggotaan ahli. Bagi ibu bapa bekas pelajar dan ibu bapa pelajar @ murid dengan pecahan iaitu bapa menganggotai Alumni di peringkat sekolah tinggi termasuk Universiti, Kolej, Maktab dan yang setaraf dengannya, dan di sekolah menengah rendah. Manakala ibu @ isteri-isteri pula menganggotai Alumni di sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6. Yakni dalam PIBG dan juga Alumninya (mungkin sukar). Begitu juga kesesuaian pendapatan keluarga dan kewangan harus diambil kira. ATAU yang difikirkan layak dan sesuai. 


Yang harus difikirkan. 

1. Kertas kerja jitu yang lengkap dan kemas untuk penubuhan Alumni disebuah sekolah / Institusi / Kolej. 

2. Penglibatan amat diperlukan daripada pihak-pihak lain dalam memperkasakan Alumni yang akan ditubuhkan dan menjalankan aktiviti yang dibenarkan dengan mengambil kira kerjasama dan kesinambungannya. DBP dan ayah angkat contohnya. 

3. Agihan beban tugas guru dan pegawai dilantik atau terlantik termasuk elaun sekiranya ada, agihan kerja, peruntukan sumber kewangan yang diperolehi, masa dan waktu perlaksanaan dan lain-lain berkaitan dalam organisasi Alumni sekiranya perlu dan lain-lain yang amat mendesak. 

4. Huraian dan masalah pelaksanaan Alumni yang menggunakan perkhidmatan dan peranan kedai buku di sekolah rendah. 

5. Sekolah menumpang dan Sekolah Kurang Murid (SKM) dan bagaimana pula sekolah-sekolah yang tidak didaftarkan termasuk sekolah Agama Islam, yang pastinya satu keluarga akan menganggotai lebih daripada satu Alumni. 

7. Yang belum difikirkan akan kesesuaiannya demi kebaikan dan cabaran Alumni. 

Rujukan. 

https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2022/01/909138/alumni-sekolah-mampu-bantu-pendidikan-negara-masyarakat - Dilayari pada 19 Apr 2024. 

https://www.scribd.com/doc/58356160/Kertas-Cadangan-Penubuhan-Alumni - Contoh penubuhan. 

https://www.utusanborneo.com.my/2018/07/13/alumni-punya-peranan-penting - Dilayari pada 17 Apr 2024. 

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/alumni-sekolah-perlu-berperanan-bantu-sumbang-kepakaran/ - Dilayari pada 18 Apr 2024. 

Nukilan: Nor Isna. 22 Apr 2024 / 13 Sya 1445H.

Ke sekolah kuberbasikal.

 Bidang 2 - Puisi moden; Sajak.

Tajuk: Ke sekolah berbasikal.


1974 April, adalah sejarah piluku

Tatkala melalui hari-hari biasa

Bas sekolah tepat waktu akan berlalu

Cikgu Ngadinah Sukim, tinggi lampai sungguh anggun dan ayu, 

sentiasa bersama mengawasi kami

Menghormati guru dengan sikap membisu 

Menunggu bas sekolah bersama kami

Sampai awal, terkadang lewat sampai bersama-sama. 

Itulah kami dan rutin kami adanya.


Iya tambang? Ia masih jelas diingatan 

Lima belas sen satu perjalanan.

Tidaklah mahal mana bagi orang kaya 

Kami? Ya kami. 

mencari tambang Enam Ringgit sebulan pun susah dan terkial-kial.

Pernah kutelusuri jualan getah cair emak hari itu 

Cuma $3.20 sen hasil menoreh, cukup untuk hari itu.

Ada juga menoreh di hujung minggu 

sekati sekrap Cuma $0.25 sen.

Apatah lagi lapan dari dua belas beradik tika itu. 

Kayakah kami? Ya kaya, namun kami tetap gumbira seadanya.


Isnin 8 April 1974 adalah hari malangku. 

Memang lewat sampai ke sekolahku. 

Kerlingan guru disiplin amat menyakiti 

Bersama dengusan dan penat berjalan kaki 

Stesyen bas pekan lama menjadi saksi 

Adoi, perih amat menyeksakan sekali. 

Oh begitu rasanya 

Hampir 1.33 kilometer, terengah-engah. 

Begitu laju berjalan, Doraemon pun kalah. 

Petanda apakah ini. 


15 April 1974 pertama kali kuberbasikal ke sekolah 

Melewati pekan Bukit Rotan, Assam Jawa sejauh 12 batu 

Pulangnya ke DMK Batang Berjuntai, 

kuambil buku prestasi 1973. 

Dan putaran segi empat hari itu tertunai sudah 

Muzik keroncong tanda kelaparan sudah 

jam 4.10 petang, sampailah rumah. 

Akan kuberi kepada guru kelas tingkatan 4 Sastera A. 

Cukup, cukuplah lima hari kuberbasikal. 

22 Januari, 1974 pulih dan tidak mogok lagi. 

Syukron ya ILLAHI. 


Nur Isna 19 Apr 2004 // 10 Syaw 1445H.

07 April, 2024

RABU *10 APR 2024 1 Syawal 1445H




      


RABU *10 APR 2024
1 Syawal 1445H

Selamat HREFitri 1445H 
dari kami sekeluarga. 
Maaf Zahir Batin 
salah silap kami.
TKsh.

27 January, 2024

Ceritaku

 CERITAKU.

Jaman cik-cik Rom cik Jah dan Cik Mi. (Cik Kin mungkin sudah ke Sg Dua KuPilah.. 

Satu malam dalam bulan purnama terang benderang tanggal 16 kort, tak ingatlah, bapa dan emak saya Juan Sham dan Jul tidur di rumah embah. Sebulan dua, baru sekali tidur di rumah embah Gedi n mbah Haŵo chilik. Tempatnya bilik 2 dari etan / timur.. 

Masa makan malam ramai ada sekitar 12 orang agaknya..  Tidurlah bila waktunya ...  Entah jam berapa seingat saya jam 3 pagi, tiba-tiba perut sakit kèbèlet, lepas di planto.. hati tak sedap, Kok di planto, planto jugalah melepas. Apa, tandas curah atau tandas duduk tiada ke? 

URONG ENENG. 

Tandas curah - Enengngey sekitar taon 1976 ke atas baru pintèr ngawey. .. 

Bila turun ke bawah melalui pintu dan tangga dapor yang m3nghadap ke kolam besar itu .. dicarilah port yang sesuai. Sesuai punya sesuai jumpalah di pangkal pokok kelapa. Masa pun berlalu ... terlihatlah anak mamaku yang terang bemderang ke bawàh rumah embah yang besar itu. Lokasinya di bawah bilik embah dan cik rom yang sebelah ke rumah embah Wahab tu... Entah apa punya kuasa maka terlihatlah olrh saya yang tidak pernah dilihat. Apakah gerangannya itu. 

Iyya seakan bayangan, samar-samar sesosok tubuh berwarna putih berkaki empat. Menggelengkan kepala ke kiri ke kanan, begitulah seterusnya. Syerrrr hatiku berdegup kencang semakin kencang dan dag dig dug. Makin lama semakin jelas pemandanganku. Adalah 12 miter dari pangkal pokok kelapa itu. Tapi yang menghairankannya ia tidak mengganggu atau menakut-nakutkan sesiapa cuma mungkin mengikut niat hati kita, agaknya. Bila sudah jelas dipandanganku, bila dah masuk dan mèlekat kuat diingatanku.. O oo oop, begitu rupanya. Barangkali jelmaan embah kakakku ini. Hati dag dig dug belum reda lagi. Kata Sudin, "aku dah tak ada sèleralah nak be***". Itulah pertama kali saya berpeluang melihat jelas secara langsung jelmaan Alias penjaga rumah embah Gedi. Nasib baik saya tiada berniat kalau ada niat jahat, 

Tho kowey, weroh yèng-yèngmu, weroh dasmu weroh tèngènmu tak tuembak cowey,, juèdorrr. Tak jadilah niat orang itu... ... Hingga kini peristiwa awal tahun 1967 itu masih terlipat kokoh dalam sejarah lupatan usiaku. Semoga bertemu kedua kalinya ya embah Singo Sènggolo. Bacaan al-Fatihah,, Aamiin... 

Sekian cerita benar saya dari 58 tahun yang dahulu yang baharu diceritakan kepada umum.

Grandparent Toimon b Rono Sengojo b Josino b Singo Senggolo and Grandparent Supiah_bt_Nor_b_Munawi has returned to rahmahtullah in 1967 and 1992. May all the memories of the deceased TOISU so to this day onwards will shine throughout the world. (Data on March - Des -2024).

09 December, 2023

Keroncong Puteri Solo

 

https://youtu.be/UYFVY_tV3oI?si=TJ3MTQWPnkgOpzuI

https://youtu.be/UYFVY_tV3oI?si=TJ3MTQWPnkgOpzuI

Keroncong Puteri Solo in Embah Cilik's nostalgia.

[09/12/2023, 2:12 pm] 09. 01. 06 Kang Jais Mohamad: Ini lagu kesukaan Mbah Cilik. Arwah akan jelaskan makeup lyric nya. 

Still remember "melakune koyo macan luwe" I thought she must be fierce... But it seems it means she walks daintily without making a noise.

[09/12, 2:13 pm] 09. 01. 06 Kang Jais Mohamad: Makeup tu maksud. Auto correct ni memandai.


Lagi keromcong

https://youtu.be/fk78LTYMkGk?feature=shared

Toi 9.04.07 Noi Isna 

24 November, 2023

2024

 Selamat tahun 2024. Berhati hati mulai tahun ini. 













https://studentportal.my/wp-content/uploads/2023/11/