28 December, 2010

Perlantikan Jawatankuasa Penerbitan Buletin TOISU Pertama



Ruj. Tuan          :
Kami                 :     35 dlm. TOISU
Tarikh               :          FEBRUARI, 2014
Kepada:

NAMA BIN NAMA
Lot 96, Jalan Hj Sharif 2,
Batu 8, Ijok,
45600 Bestari Jaya, Selangor.

Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI JAWATANKUASA PENERBITAN BULETIN TOISU

Assalamualaikum. Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Mesyuarat TOISU berlangsung pada 14 DISEMBER, 2013 yang lalu, sebulat suara bersetuju melantik Tuan/Puan/Cik sebagai Ahli Jawatankuasa Penerbitan Buletin TOISU untuk merangka dan merancang penerbitan Buletin TOISU.

3.         Sehubungan dengan itu Tuan/Puan/Cik dijemput ke mesyuarat yang akan diadakan pada ketentuan seperti berikut:-
3.1       Tarikh              :           8 Februari, 2014 Sabtu.
3.2       Masa                :           10.00 pagi.
3.3       Tempat            :           RUMAH UPU CHENDERA BURUNG,
LOT 770, JALAN DAENG CELAK,
TAMAN MELAWATI,
45000 KUALA SELANGOR.

4.         Tahniah di atas perlantikan Tuan/Puan/Cik. Semoga Tuan/Puan/Cik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin, inn shaa Allah.

Sekian terima kasih.

Saya yang benar, 

______________
Pengerusi TOISU
HJ SUFIAN TAIMON


hst/ISS 2.02.2014

sk       Penerbit Bahasa Inggeris, Tuan Haji Sufian Taimon
            Penerbit Bahasa Melayu, Dato’ Dr Haji Yusoff Hassan

09 December, 2010

Penghargaan Terima Kasih Datang Jemputan

"Dari TOISU Untuk TOISU".


~~~PRIVATE in case - ingat mengingatkan kula'An~~~

Terima kasih di atas kehadiran Jemputan Walimatul Urus tempoh hari...




YB Cikgu Kang Jais b Muhamad
dan
Kak Norizan

dari Jalan Telok Piai Kanan, (Jalan Kg Baru)
Kg. Assam Jawa
45700 Bukit Rotan Kuala Selangor.


Perkara;

WALIMATUL URUS ANAK PEREMPUANNYA

PADA   :  12.12.2010 ( satu hari jer)
TEMPAT:  Dewan Orang Ramai Assam Jawa tempat kita berhimpun pd 22 Dis
              2007 yang 3 tahun berlalu tu. Ingatlagikan..Sure remember.
JAM     :  10 pagi - 4.00 petang.

Sekian terima kasih di atas kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Cik nanti.

Ikhlas dari saya,
SU TOISU
toisukualaselangor@gmail.com
http://www.moe.gov.my/ppdkualaselangor/


Nor Isna Kod_08.04.07

07 December, 2010

TOISU 04.07 Nor Isna

No 31 Lot ***8. Bah pada Dis 2005 lalu. Bah paling besar Dis 1970 / Jan 1971

30 November, 2010

Root



1908 - 1967
1915 - 1992

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Yang mana pilihan anda.


Anak2 TOISU seramai 10 orang. Kenali mereka..yg mana 4 orang telah kembali ke rahmahtullah (innalillahhi wainnalillahi ro ji unn). Tenaga Pengasas TOISU & JKI mulai 10 Dis 2006.
~Dari Kiri En Basrom*, Hjh Rusikin PJK:, Hjh Suchinah, Pn Rajipah*, Datin Hjh Rustijah PJK; PPN;, Embah Supiah Hj Nor*, Hjh Kiswanun, Hjh Muti’ah, Hjh Seringaten*, Hjh Rusmiah, Hj Sufian;
~Dato’ Dr Hj Yusoff Hassan DSSA; AMS; KMN; PJK; JP; PC;, Hj Kasmurin Sururi PPN; PPT;, Hj Abdul Ghani Khasmir PBM; (Data 01 Dis 2010)



8.01  Pn RAJIPAH*
8.02 Hjh SARINGATEN*
8.03 Hjh SUCHINAH
8.04 Hjh MUTI'AH
8.05 Hjh KISWANUN
8.06 Hj SUFIAN
8.07 En BASROM*
8.08 Datin Hjh RUSTIJAH
8.09 RUSIKIN @ Hjh RUSMIAH

8.10 Hjh RUSIKIN

 Nor Isna Kod_08.04.07





24 November, 2010

Yuran Tertunggak

Assalamualaikum. [No 1 mewakili ar Em Toimon, 04 mewakili Hjh Muti'ah. 02. anak Hjh Muti'ah].

Berita keluarga TOISU 1.04.00

Pihak TOISU masih belum menerima yuran tahunan TOISU daripada keluarga 1.04.02 dan dari ahli keluarganya semenjak 2007 lagi. Yuran dianggarkan rm200++

Pihak TOISU masih belum menerima yuran tahunan Toisu daripada keluarga 1.04.06 dan dari ahli keluarganya semenjak 2007 lagi. Yuran dianggarkan rm300++

Pihak TOISU masih belum menerima yuran tahunan Toisu daripada keluarga 1.04.09 dan dari ahli keluarganya semenjak 2007 lagi. Yuran dianggarkan rm120++

Dipohonkan dapat dijelaskan secepatnya (bagi mengumpulkan dana)


nor isna Kod_08.04.07
wakil keluarga 1.4.00

setiausaha

nor isna


Bagi yang ingin memohon bantuan atau sebarang bentuk sumbangan, tuan bolehlah menulis surat kepada

Tuan Pengerusi atau
kepada anak-anak beliau

Jelaskan tujuan permohonan tuan puan itu. Selamat mencuba.

Terima Kasih Jemputan Makan Tgh Hari

TeriMa Kasih Di Atas Kehadiran

Jemputan Makan Tengah Hari - Menu; DAGING LEMBU KORBAN


Assalamualaikum.
tERIMA KASIH DI ATAS KEHADIRAN TUAN/PUAN/CIK Pada Hari Sabtu 20 November, 2010 jam 1.00 tengah hari, Abang Haji Kasmudin Hj Basrah (Wah Busro) / Kak Hjh Sarah hp 01 loro 62450xx menjemput semua adik beradik termasuk anak-anak buah, cucu-cucu, cicit kalau ada (keturunan gagasan TOISU) untuk kemajlis MAKAN tengah hari di rumahnya Jalan Rizab 1 Haji Sharif Batu 8 Ijok, untuk hajat MAKAN DAGING LEMBU KORBAN yang disembelih pada semalamnya iaitu pada Hari Raya Haji ke-3.

Semoga jemputan ini diambil perhatian serius dan tidak diuzurkan. Juga bertujuan merapatkan hubungan sesama kita bersama.
 
Dari saya yang menjemput secara bertulis bagi pihak Hj Kasmudin dan bagi pihak 1Toisu.

Jemputan LISAN disampaikan kepada saya pada jam 8.15 malam Ahad 30 Oktober 2010 yang lepas sempena membawa mak, pak menziarahi Wak Suchinah Toimon; mari baru lepas meriyang.

NOTA:


Saya jemput melalui SmS, FaceBook, dan eMail. Emboh opo salahe gor 3 ket 12 seng teko..
 
Sekian terima kasih diucapkan.

"DARI TOISU DAN UNTUK TOISU"
"Berayan Segemal Seri"
Do the best.

Jemputan

Persatuan Zuriat Toimon Dengan Supiah
Berayan Segemal Seri ( TOISU ),
d/a No. 0x Jalan Koop 5, Taman Koperasi Bena Batu 8 Ijok,
45620 BESTARI JAYA, Selangor Darul Ehsan.
http://toisu.blogspot.com/  eMail : visnu.sururi@gmail.com  HP : 01269550xx


Ikhlas dari saya, visnu.sururi@gmail.com  
http://toisu.blogspot.com/
Nor Isna Kod_08.04.07

18 November, 2010

15 November, 2010

Ucapan

Selamat Hari Raya Idil Adha 1432H.

(Insya-Allah akan kuciptakan lagu Selamat Idil Adha - agar sepopulor Dendang Perantau). Dia suruh kita cipta..

Labai kau Lah, hu ma lab bai, 
Labbai kau lah, sarri kala-kala bai,
Min nal ham da, wan niq mat taa
wa ka wal mul, laa sar ri kal lah.'..... ..... ....... .....

Pergi haji ke Baitullah
Menunaikan rukun islam kelima .....

Allah huakbar Allah hu akbar Allah huakbar ...
...  ....  ....  ....
Allah huakbar wallillah Ilham...


Sayup sayup kedengaran di cuping telinga aku, nun jauh di sana. Bila ku amat-amati perasaan sayu, hiba, sedih, pilu, gembira bercampur baur. Malahan titis-titis air mata tergenang di kelopak mata ku. Meniti dan menitis lalu jatuh ke peha ku. Hangat terasa. Fikiran ku terus terbang, terbang bebas melayang terus melayang bak tidur tanpa berselimut. Sebebas burung terbang, burung terbang di hutan rimba nan menghijau.

Aku masih betah melayani fenomena ini dan kalau boleh aku ingin merasai ini untuk selamanya.

Tup-tup bahuku digoncang, digoncang-goncang. Goyang bergoyang-goyang, bergoyang-goyang. Antara dengar dengan tidak aku terdengar seakan-akan satu suara. Entah dari mana datang arah suara itu. Semakin aku amati semakin sayup, gemersik meruntun jiwa, sungguh dan amat syahdu menyusup-nyusup perlahan menerjah masuk ke benak telinga ku.

Hatiku melonjak kegirangan, Yeeh ye eh, ya ya aa aa. a ah a ah.. AAA AA AAAHHHHHHH HHhhhhhh. Ah, ah... Nanti dulu, Jangan dulu. Jangan dulu. Nanti. Tunggu, tunggu aku. Tungguuu, aku belum puas.
*Ada lagi rukun haji yang belum selesai. Apakah dia* 

Dengan perlahan-lahan fenomena yang aku rasai, sayup mula meninggalkan ku kini.

Ah, ah, ah... Nanti dulu, Jangan dulu.
Tunggu aku.
Tunggu.. Aku pasrah kini.


Sekonyong-konyong ku terdengar bait-bait cinta yang teramat biasa ku dengar 'Assalamualaikum sahabat ku yang ku kasihi dan dikasihi Allah'. 

Antara sayup meninggalkan ku pergi dengan bisikan manja menerjah ke telinga ku, bagaikan ada sesuatu percikan ketika melintasi pertemuan itu.

Ya, antara malas, minat, memulai tugas pagi itu; Lantas ku jawab bait-bait
itu, Spontan ku jawab 'Waalaikum salam'.

Ku bayangkan dan ku terbayang, mungkin sinar wajah ku ketika itu bagai bintang filem hitam putih tersohor tanah air dengan mimik muka bertanglung di kiri kanan misaiku. Manisnya ada. Aku sengeh lirih.

Tiada siapa yang menyuruh ku membuka kelopak mata ku. Aku sendiri pun tidak tahu siapa yang menyuruh ku berbuat demikian.

Aku jadi kaget banget.

Hai, bermimpikah aku?
Aku bermimpi kah?
Tadi aku bermimpikah?
Tidak..... Ia kah aku bermimpi?.

Ku tepuk-tepuk pipi kanan ku dan pipi kiri ku serentak berkali-kali untuk mengiakan yang aku ini betul-betul telah sedar dan di alam nyata. Ya, memang ia kini aku  memang betul-betul sedar telah berada di padang Arafah, dalam khemah serba putih.

Alhamdulillah. Sampai juga hajatku kini. Rupanya di Malaysia jam telah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Di sini pula menunjukkan jam 10.00 malam. La patutlah, mengantuk banget nih.

Walaupun masih dalam keadaan termangu itu, antara sedar dengan tidak, mulut ku terpacul dengan kata-kata;

Jom jom jom, ikut ikut ikut aku. Kita pergi ke Mina, hanya 5 km sahaja dari sini. Kan dari Mudzalifah nih tido sana; kita lontar dengki kita kat sane.

Yang yang, Sayang sudah kutip anak-anak batu?

Nak buat apa tu abang Aji oi?
Sudah kutip ke.. kataku.

SUdahhhh, Ini. Ada dalam uncang. Uncang istimewa. Buatan sendiri (Made in Ijok). 

Okey. Okey, okey.

Kalau gitu jomlah kita pergi, barulah tiada syaitan dalam diri kita (harapannya begitulah)..

..sebenarnya kisah ini panjang. Sama panjang dengan kesah 1001 malam. Cukup setakat ini sahajalah dahulu.. Yang sudah pernah ke sana, pasti tahu meneruskan cerita ini.

Walau apa pun saya mengucapkan kepada anda semua Selamat Hari Raya Haji 1432h dengan ucapan Buat sembelihan korban tahun ini?..


Slmt bertemu lagi..
Nor Isna Kod_08.04.07

11 November, 2010

Jemputan Makan Tengah Hari - Menu; DAGING LEMBU KORBAN

Kepada semua keluarga TOISU yang berikut..




1.  Pn RAJIPAH (Allahyarhamah *1994)
2.  Hjh SARINGATEN (Allahyarhamah 21082009)
3.  Hjh SUCHINAH
4,  Hjh MUTI'AH
5.  Hjh KISWANUN
6.  Hj SUFIAN
7.  En BASROM (Allahyarhamah 23012009)
8.  Datin Hjh RUSTIJAH
9.  Hjh RUSIKIN @ RUSMIAH
10.Hjh RUSIKIN

Pada Hari Sabtu 20 November, 2010 jam 1.00 tengah hari, Abang Haji Kasmudin Hj Basrah (Busro) /Kak Hjh Sarah hp 01 loro 62450xx menjemput semua adik beradik termasuk anak-anak buah, cucu-cucu, cicit kalau ada untuk kemajlis MAKAN tengah hari di rumahnya Jalan Rizab Haji Sharif Batu 8 Ijok, untuk hajat MAKAN DAGING LEMBU KORBAN yang disembelih pada semalam iaitu pada Hari Raya Haji ke-3.

Semuga jemputan ini tidak diuzurkan. Dari saya yang menjemput secara bertulis.

Jemputan LISAN disampaikan kepada saya pada jam 8.15 malam Ahad 30 Oktober 2010 yang lepas sempena membawa mak, pak menziarahi Wak Suchinah Toimon; baru kebah daripada demam.

NOTA:

SILA sampaikan KEPADA SEMUA AHLI-AHLI TOISU walaupun di mana berada DI MALAYSIA INI. Melalui FaceBook pun boleh.
 

Sekian terima kasih diucapkan.

Do the best.
Ikhlas dari saya,
visnu.sururi@gmail.com

Nor Isna Kod_08.04.07