03. Keluarga-8.4.03-Ros
Anakanda Rohai dan Zak, Miza dan Raim teruskan, tambah, ubah dan teruskan.
Berkepit sahaja, itulah tahunya. Ke
mana sahaja pergi beliau tetap setia dengan buku pelajarannya. Lulus pangkat
Dua dalam MCE 1966 merupakan kebanggaan seorang remaja bernama Ros Sururi.
Hanya berbekalkan keazaman tanpa pengalaman, beliau memohon guru sementara di
SJKT Ladang Sungai Buloh di Batu 1, 45700 Bukit Rotan dan terus diterima. Dalam
keadaan terpana akhirnya beliau diterima ke sesi 1968 – 1969 di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
Bersemangat sekali memulai tahun
1970, bertugas di sekolah pertama di negeri Melaka. Saya tidak ingat nama
sekolah. Penghujung tahun, motor Honda CB100 pendaftaran BAF9500 dibelinya
bersama abang saudaranya Kasmn Mohd Basrah. Satu masa mereka balik kampong
sering bersama sehinggalah di suatu masa BAF9500 mengalami masalah enjin motor.
Mereka betul-betul berhenti di tepi jalan jirat cina. Meremang ada, lucu pun
ada.
“Hei, lek mendeq kuvi ngarep neh
sitik. Ojo nang kene. Teloq ka ea, clererap celerop. Bulan ngobori. Veroh rak?”.
Bagai lipas kudong menolak dan di tarik motornya melimpasi (bahasa Sarawak) kawasan
itu.
Penempatan kedua
di SK Munshi Abdullah, Sabak Bernam. Bertemu guru sementara dan beralih kepada bakal
Jururawat. Bertunang pada tahun 1979 dan April 1981 melangsungkan
perkahwinannya di Sekinchan. Berpindah buat kali ketiga ke SK Ampang 2, Kuala
Lumpur sebagai guru muzik beredar. Tinggal di rumah sewa, atas bukit di Sungai
Buloh, Kepong. Selangor.
Pada tahun *1993
kali keempat, berpindah ke SK Seri Mawar, Parit Baru, Sabak Bernam sebagai
Penolong Kanan Kurikulum. Sempat juga membeli kereta Proton Wira dengan
pendaftaran Proton 15**. Di SK Dato’
Maharaja Lela, 45800 Jeram pada tahun 1999 sebagai Penolong Kanan Ko-kurikulum.
Mula menduduki rumah yang dibeli Lot 128 Ijok, Bestari Jaya dengan Mem sebagai Ketua Jururawat di Poliklinik Ijok
Simpang. Kemudian Jawatan tertinggi di SK Ijok dari tahun
2002 dengan kenangan manis yang ditinggalkan, iaitu Dataran Ilmu, menara
Madinah, dan perancangan Dewan Serbaguna yang sedia ujud dewasa ini.
2002 Umrah, 2004 Haji
Seterusnya bersara
wajib pada tahun 2006.
Mac 2009 masuk hospital Sungai Buloh.
Hj Ros, bleeding on his right ears – dibawa
dengan ambulan Klinik Kesihatan Ijok ke hospital Sungai Buloh Kepong pada jam
7.10 malam Selasa 23 MAC, 2010. Sebulan di sana dan dibenarkan pulang ke rumah.
Kumat lagi dan dihantar ke Hospital Daerah Tanjong Karang dan sihat sepenuhnya
empat bulan selepas itu. Sepanjang rawatan beliau dijagai oleh isteri tersayang
bercuti tanpa gaji. Thanks Allah.
Dari kiri: Rai, Hj Maf, Hjh Mut, Hj Suru,
Hj
Ros dan Hjh Sar. (Gambar pada 02.02.2014).
Nama sebenar terpaksa ditiadakan untuk perlindungan data. Admin