SINOPSIS PENUBUHAN
TOISU - 01
T O I S U
Badan ini
merupakan BADAN KEBAJIKAN KELUARGA, yang dicipta melalui gabungan nama yang
menjadi tunggak kelahirannya iaitu:-
Nama arwah
ayah, TOIMON diambil suku pertama iaitu TOI.
Nama arwah
ibu, SUPIAH diambil suku kata pertama juga iaitu SU.
Kedua-dua
suku kata ini digabungkan menjadilah ’TOISU’ nama badan ini.
Toisu diujudkan atas kesedaran anak
lelakinya iaitu Haji Sufian bin Toimon kemudiannya dibawakan kesuatu
perundingan dengan adik lelakinya iaitu Basrom bin Toimon dan 2 adik
perempuannya iaitu Datin Hajjah Rostijah dengan Hajah Rosmiah secara tidak
langsung 2 adik iparnya sama iaitu Dato’ Dr Hj Yusoff bin Hassan dan Haji Fadlilah
bin Osman (Kedua-duanya ipar). Perbincangan ini berlaku di rumah No 1 Jalan
Enggang 14, Kampung Keramat, Kuala Lumpur.
Badan ini berfungsi atas nama
kebajikan dengan berpaksikan pendekatan adik beradik yang terhasil dari nama
TOISU seramai 10 orang, iaitu 2 orang lelaki dan 8 orang perempuan. Bila
berlandaskan kebajikan sudah tentu badan ini tidak mencari keuntungan atau pun
laba hanya dapatlah sedikit pahala (itupun kalau ada). Mereka itu ialah
1.
Cik Rajipah
2.
Cik Seringatin
3.
Cik Suchinah
4.
Cik Muti’ah
5.
Cik Kiswanon
6.
En Sufian
7.
En Basrom
8.
Cik Rostijah
9.
Cik Rosmiah dan
10.
Cik Rusikin.
Hasrat hajat Hj Sufian, ingin merapatkan lagi hubungan adik beradiknya
supaya kaitan kekeluargaan ini terus mantap., diantara cucunya pula semakin
dekat. Beliau juga berhasrat dengan adanya TOISU ini, tidak ada diantara zuriat
yang terasa dipinggir atau terpinggir kerana telah ada sebuah perahu untuk
berjema’ah.
Ujudnya TOISU sekurang-kurangnya mereka akan dapat bertemu 2 atau 3 bulan
sekali iaitu dalam pertemuan, mesyuarat yang telah tersusun berarak dari rumah
ke rumah mengikut kesanggupan. Apa keanehan di sini segala perbelanjaan adalah
ditanggung oleh tuan rumah bukan wang TOISU.
Hasil dari itu bagi memperkasakan lagi tujuannya maka TOISU mencipta
kata-kata SAKTI atau MOTTO. Dalam mesyuarat kali pertama juga badan ini
bersetuju mengadakan suatu pertandingan mencipta LOGO persatuan dengan saudara
ISNU telah berjaya. Di majlis itu juga telah menentukan beberapa perkara
seperti di bawah ini.
a.
Semua anak TOISU duduk
sebagai Jawatankuasa Tetap seramai 10 orang.
b. Manakala anak-anaknya
yang telah kembali ke rahmahtullah, hendaklah tempatnya digantikan oleh salah
seorang cucu TOISU. Sebaik-baiknya mendapat persetujuan dari adik beradik yang
lain.
c.
Tidak ada seorang pun
anak TOISU yang menarik diri atau keluar.
Mesyuarat ini juga telah melahirkan sebuah MOTTO berbunyi ”BERAYAN
SEGEMAL SERI” yang membawa erti begitu mendalam kalau kita definasikan.
BERAYAN SEGEMAL
SERI, Yang membawa erti iaitu:-
a.
BERAYAN dari bahasa
Jawa bererti ( Persepakatan ).
b.
SEGEMAL dari bahasa
Melayu bererti ( Secekak ).
c.
SERI dari bahasa
Senskrit bererti ( Padi ).
Alangkah indahnya susunan ungkapan ini yang menyalurkan pengertiannya
”KESEPAKATAN PADAT & PADU”.
Kita semua faham kalau sudah berpadu dan padat dengan hasrat menjadikan
mampat atau tumpat. Maksudnya kalau keluarga TOISU menjunjung kata-kata ini dan
dilakukan dengan perbuatan yang ikhlas, pemerhati percaya apa yang dihasratkan
akan tercapai. Insya-Allah kerana dalam kamus Bahasa Melayu banyak
memperkatakan hal ini, umpamanya:-
a.
Seperti aur dengan
tebing.
b.
Bulat air kerana
pembentung, bulat kata kerana muafakat.
c.
Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
d.
Hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicicah.
e.
Pisang sesikat gulai
sebelanga, tanda muafakat ......... .....
f.
Cubit peha kiri, peha
kanan sakit jua,
g.
Telur sesangkak, pecah
sebiji .............. ................
Untuk
memantapkan lagi hasrat ini, adalah terjunjung di kepala dan terpikul di bahu
anak-anak TOISU yang 10 orang iaitu:-
a. Tuan Haji
Sufian bin Taimon selaku Pengerusi
b. Tuan Haji
Kasmudin bin Basra selaku Setiausaha
c. Tuan Haji
Kasmurin bin Hj Sururi selaku Pen Setiausaha
d. Pn Hjh
Kiswanon binti Taimon selaku Ahli Jawatan Kuasa
e. En Basrom
Bin Taimon selaku Ahli Jawatan Kuasa
f. Datin Hjh
Rostijah binti Taimon selaku Ahli Jawatan Kuasa
g. Pn Hjh
Rosmiah binti Taimon selaku Ahli Jawatan Kuasa
h. Pn Hjh
Rusikin binti Taimon selaku Ahli Jawatan Kuasa
i. En Jais
bin Muhammad selaku Ganti ibunya Pn Rajipah
j. Pn Hjh
Marsijah binti Mansor selaku Mewakili ibunya Seringatin
Ditambah 2 orang lagi yang dipilih melalui mesyuarat dari
kaitan IPAR iaitu
a.
Yang Bhg Dato’ Dr Hj Yusoff bin Hassan DSSA; AMS; KMN; PJK; JP; PC; sebagai
Timbalan Pengerusi (Menantu).
b.
Tn Hj Fadilah bin Osman sebagai Bendahari (Menantu).
PERANCANGAN.
1.
TOISU telah merancang
ke arah Berayan Segemal Seri iaitu:-
a. Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat di rumah anak-anak TOISU cara
bergilir-gilir dengan perbelanjaan urusan tempat makanan dan persiapan
ditanggung oleh tuan rumah. Dalam pusingan PERTAMA diadakan di rumah :-
1 Datin Hjh Rostijah Taimon PJK; PPN; pada 10 Dis 2006
2 Tn Hj Kasmudin Basrah AMN; PJK; pada
04 Feb 2007
3 Pn Hjh Rusikin Taimon PJK: pada
25 Mac 2007
4 En Jais Muhammad pada
22 Apr 2007
5 Tn Hj Sufian Taimon pada
23 Jun 2007
6 Pn Hjh Rusmiah Taimon pada
17 Nov 2007
7 Tn Hj Kasmurin Hj Sururi PPT pada
16 Feb 2008
8 Pn Hjh Marsijah Mansor pada
01 May 2008
9 En Basrom Taimon pada
16 Ogos 2008
10 Pn Hjh Kiswanon Taimon pada
14 Feb 2009
b. Sementara PELANCARANNYA berlangsung
pada 22.12.2007 bersamaan hari Sabtu jam 9.00 bertempat di Dewan Besar Kampung
Assam Jawa, Kuala Selangor.
c. Merapatkan tali persaudaraan walaupun berada di seberang laut umpamanya
dari Ponggol, Tenggelek, Indonesia (Hj Kasmudin).
d. Memperbaiki tapak pusara TOISU dari Malaysia di Kampung Assam Jawa oleh Hj
Abdul Ghani bin Kashmir PBM;..
e. Kunjungan Keluarga TOISU dari Malaysia ke Indonesia dengan belanjanya
TANGGUNG sendiri. (Ketua rombongan Tn Hj Sufian Taimon).
f. Berayan Segemal Seri bercita-cita hendak memperindahkan pusara keluarga di
Tenggelek, Indonesia.
TITIK HITAM DALAM TOISU.
Sayangnya hasrat
murni ini dicemari oleh satu dua lafaz dan kalimah yang boleh merosakkan TOISU.
Semuanya nada sumbang ini lahir dari zuriat TOISU sendiri.
TOISU LAHIR MEMANG SELARAS DENGAN PERBILANGAN:-
Bukit sama
didaki.
Lurah sama
dituruni.
Laba sama
dikutip.
Rugi sama
ditatang.
Hati kuman sama
dicecah.
Hati gajah sama
dilapah.
Berat sama
dipikul.
Ringan sama
dijinjing.
Pangkal sama
dipupuk.
Pucuk sama
digetas.
Bunga sama
dipetik.
Atau dalam Peribahasa SUKU DUSUNNYA.
Potitong kou ni
dot aso kepingarahan matdikaou, Amu no atoliban I yod ko
Sinuluw it aki
poror.
Sipemerhati penuh percaya kalau pendukung TOISU mempunyai
keyakinan diri dan berpegang pada pepatah ini, Inn shaa-Allah dia akan berjaya.
Jika menebang
menuju pangkal.
Jika melanting
menuju tangkai.
PENUTUP.
Sebagai pemerhati saya berpendapat, kelahiran TOISU amat bermakna kepada
semua zuriat TOISU. Apa yang berlaku adalah perkara biasa dalam satu-satu persatuan
atau badan. Walau bagaimanapun TOISU adalah baik kerana dia tidak menjadi
seperti kata kiasan
”Kekeruhan dalam bersatu lebih baik daripada keheningan
dalam perpecahan..”
TERIMA KASIH.
Dari PEMERHATI.+.
Diadaptasikan daripada bahan asal, tulisan dan nukilan Dato’ Dr Hj Yusoff bin Hassan oleh
admin Kod_08.04.07